LEMBING


 

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.

Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu.

Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.

 

 

P/S : BERANI SAYA KATAKAN LEMBING ADALAH ANTARA SENJATA MELAYU YANG TERBAIK. KITA MENYIMPANNYA SEKURANG-KURANGNYA SEBAGAI “HIASAN” RUMAH..

TAPI INGAAAT..!!!

SAYA TIDAK MENYARANKAN ANDA MELETAKKANNYA SEBAGAI HIASAN DI RUANGAN TAMU. SAYA SYORKAN ANDA MELETAKKANNYA DI DALAM BILIK TIDUR ANDA.. KENAPA??

KEBANYAKAN KES PECAH MASUK RUMAH PASTI AKAN MENUJU KE RUANG TAMU DAHULU, DIKHUATIRI “SENJATA MAKAN TUAN“..

4 responses to “LEMBING

  1. Jaga dan junjung adat warisan melayu….
    Takkan melayu hilang di dunia
    gemgam amanah yang yg diletakkan dibahu…
    Supaya kita hidup aman sentosa….

Tinggalkan komen