SEORANG GADIS BUTA


SEORANG GADIS BUTA

Seorang gadis buta. Beliau sangat membenci dirinya. Beliau membenci orang lain kerana sempurna sifat,  tidak seperti dirinya yang buta.

Walaupun begitu, dia tidak membenci kekasihnya. Dia menganggap kekasihnya cukup memahami dan menerimanya sebagai gadis buta. Sebagai tanda kasih, gadis buta itu memberikan pemuda itu seutas jam tangan.

Pemuda itu senang hati memakainya sambil berkata;

“Hanya kematian sahaja yang akan memisahkan aku dengan jam ini”.

Pemuda itu sentiasa ada di samping menemaninya. Gadis buta itu sentiasa menyatakan bahawa sekiranya dia mampu melihat, ingin sekali dia menatap wajah kekasihnya itu dan menikahinya.

Pada suatu masa, gadis buta itu mendapat berita gembira. Ada seseorang yang mahu mendermakan matanya kepada gadis buta.

Selepas dua minggu menjalani pembendahan, gadis yang dahulunya buta kini sudah mampu melihat segalanya di dunia.

Dia terus berlari mencari kekasihnya, itulah perkara yang sangat dia hajatkan.

Apabila menemui kekasihnya itu, alangkah terkejutnya gadis itu apabila melihat pemuda itu juga buta!!

Gadis itu rasa sangat kecewa, rasa tertipu. Lalu gadis itu memarahi dan menghalau pemuda buta itu dari hidupnya.

Pemuda buta itu terkejut dan meninggalkan gadis itu dalam tangisan yang begitu hiba.

Selang beberapa lama selepas kejadian…

semasa majlis perkahwinan gadis itu dengan seorang hartawan, gadis itu menerima sebungkus hadiah yang tidaklah kemas balutannya.

Si gadis membuka balutan dan seraya menangis. Di dalamnya terkandung seutas jam tangan dan sekeping nota bertulis;

“TOLONG JAGA MATA SAYA BAIK-BAIK”

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s