SI BESAR YANG KECIL


Di dalam sebuah hutan yang tebal, terdapat sekumpulan gajah yang hidup bebas berkeliaran, makan dan beranak pinak. Di dalam kumpulan gajah itu terdapat sepasang gajah yang terdiri daripada Ibu gajah & anaknya yang masih kecil. Sering bersama ibunya, menjadikan anak gajah itu berasa selamat.

Pada suatu hari… tanpa diduga, sekumpulan pemburu haram telah memasang jerangkap samar di hutan bagi menangkap gajah. Nasib tidak menyebelahi ibu gajah, dia termasuk ke dalam perangkap yang dipasang pemburu. Ibu gajah menderita sakit berhari-hari sebelum kematian datang menjemputnya. Anak gajah itu tetap duduk berdekatan ibunya, walaupun tahu ibunya sudah tidak bernyawa lagi.

Apabila pemburu haram itu datang memeriksa perangkap, mereka begitu gembira kerana perangkap mereka telah mengena. Tambahan pula terdapat anak gajah yang pastinya mempunyai harga yang tinggi di pasaran gelap. Anak gajah itu dibawa keluar dari hutan.

Anak gajah itu dijual kepada seorang lelaki yang mempunyai sebuah sarkas, yang mana dijanjikan tempat tinggal dan makanan yang cukup untuk haiwan yang ditangkap seperti mereka.

Pada hari pertama anak gajah itu sampai, kakinya telah dipasang rantai besi yang kuat dan diikat pada sebuah palang besi yang kuat. Anak gajah itu tidak suka diikat, lalu dia cuba untuk memutuskan rantai besi itu dengan menarik-nariknya.. namun, apalah daya dan kudrat seekor anak gajah yang masih kecil, tenaganya cukup kecil untuk melakukannya. Namun tetap dicubanya setiap hari, sehinggalah suatu hari anak gajah itu berhenti menarik rantai, kerana beranggapan bahawa rantai itu terlalu kuat untuk diputuskan.

Anak gajah itu diberi nama Bimbo. Dilatih setiap hari mengangkat barang. Dari seringan-ringan barang, sehinggalah seberat-berat barang. Dia dilatih membuat persembahan, seperti duduk, melukis, mengayuh basikal dan menari. Tugasnya adalah untuk menghiburkan para penonton. Setiap perbuatannya menjadikan penonton terhibur dengannya. Namun, anak gajah tetap berdukacita, jiwanya tertekan. Setiap kali latihan badannya akan disebat, dan malam harinya kakinya dirantai.

Hari berganti hari, bulan bertukar bulan dan tahun silih berganti.. akhirnya Bimbo menjadi seekor gajah jantan dewasa. Badannya besar, sihat dan kuat. Setiap orang yang melihatnya pasti akan kagum melihat tubuhnya yang hebat itu.

Bimbo sudah dewasa, menjadikan dia sudah tidak sesuai dijadikan alat persembahan di sarkas. Akhirnya Bimbo dijual kepada seorang pengusaha balak dengan harga yang cukup tinggi. Bimbo mempunyai tugas baru. Dia dipaksa mengangkat dan menarik kayu balak yang ditebang dan membawanya ke sungai untuk dihanyutkan. Bimbo sering dipuji oleh pekerja-pekerja balak tentang kekuatan yang dimilikinya, membuatkan Bimbo merasa bangga apabila memikirkannya. Tugasnya bermula awal pagi dan berakhir pada petangnya. Namun pada malam hari, Bimbo akan kembali dipasang rantai di kakinya. Sama seperti di sarkas. Bimbo sedih, disebalik kekuatannya mengangkat dan menarik balak, dia masih tidak mampu memutuskan rantai yang sudah membelenggu kakinya sejak dari kecil. Apabila rantai itu dipasang di kakinya, dia merasakan dirinya begitu lemah.

Pada suatu hari, Bimbo menerima kawan baru. Seekor gajah yang dibawa khas dari Thailand, Chula namanya. Nasibnya cukup sama dengan Bimbo, ibunya dibunuh dan Chula dibawa lari. Cuma bezanya Chula tak pernah bekerja di sarkas. Sejak dari kecil lagi Chula sudah dilatih untuk bekerja dikawasan pembalakan di Thailand.

Pada malam harinya Bimbo dan Chula akan dirantai dan diikat pada sebatang pokok. Semasa kedua-dua gajah itu sedang tidur, datang dua ekor tikus hutan dan mentertawakan mereka. Ketawa tikus hutan itu membuatkan Bimbo dan Chula tersedar dari tidur. Lalu Chula menjerit ke arah tikus tersebut.

Apa yang kamu ketawakan?’ Tanya Chula.

kami ketawakan tentang kebodohan kamu berdua’.. jawab si Tikus Hutan sambil terus menerus ketawa.

Lalu Bimbo pula bertanya.. ‘mengapa kamu mengatakan kami berdua bodoh?’.

kamu berdua bodoh sebab kamu bekerja berat disiang hari, tenaga kamu kuat dan dipergunakan untuk mengangkat barang-barang yang berat. Tapi malamnya kamu diikat dengan rantai yang sekecil ini dan kamu tak mampu berbuat apa-apa?’.. kata si tikus sambil mengejek.

Tikus yang seekor lagi menambah, ‘anai-anai dihutan tu mampu menumbangkan pokok yang besar, kamu pula tidak mampu memutuskan rantai itu? Bodoh bukan?’..

Lalu kedua-dua tikus itu lari meninggalkan Bimbo dan Chula yang sedang kebingungan. Tiba-tiba.. Chula bangun dengan penuh semangat, dia berkata kepada Bimbo,

Aku akan lari meninggalkan tempat ini malam ini juga! Aku ingin bebas di hutan sana. Tempat kita bukan di sini!. Tegas Chula.

Mendengar kata-kata Chula itu Bimbo melarang keras. Katanya gajah sepertinya sudah tidak mampu lari, kerana dia sudah cuba untuk lari semasa kecil tetapi tak pernah berjaya.

Kata-kata Bimbo itu sudah tidak berkesan pada hatinya, Chula sudah sedar hakikatnya dia adalah seekor gajah. Chula mengumpulkan seluruh tenaganya, lalu rantai yang membelenggu hidupnya direntap.

TUUUUSSS… dengan sekali rentap, rantai itu putus dengan mudah! Lalu Chula mendesak agar Bimbo melakukannya. Bimbo tetap ragu-ragu dia akan berjaya. Hatinya serba salah. Chula semakin mendesak, memaksa Bimbo lari bersamanya. Bimbo tetap dalam kebingungannya. Chula tiada pilihan lain, dia terpaksa lari meninggalkan Bimbo dalam keraguannya.

Menyedari ada gajah yang terlepas dari ikatan, pekerja balak bergegas masuk kedalam hutan untuk menangkapnya semula. Bimbo semakin cemas, khuatir akan keselamatan Chula apabila melihatkan semua pembalak bersenjatakan senapang.

Tidak lama selepas itu… PAAAANGG..PAAAANGGG..

Berdas-das bunyi senapang kedengaran dilepaskan ke satu arah. Seiring dengan itu, suara Chula menjerit kesakitan jelas kedengaran.

Walaupun tubuh Chula tidak kelihatan dalam gelap malam yang pekat itu, namun suaranya dapat didengari dengan jelas oleh Bimbo. Dengan tersekat-sekat penuh derita Chula berkata,

Bimbo, bebaskanlah dirimu dari rantai yang kecil itu…. Kamu sudah cukup kuat untuk mengatasinya… Sedarlah dari keraguan… aku tidak menyesal aku tewas di sini… tetapi sekurang-kurangnya… aku mati tidak di rantai.. aku mati sebagai gajah yang bebas…’

Selepas itu suara Chula sudah tidak lagi kedengaran.. puas Bimbo memanggil namanya, namun tiada sahutan. Malam itu Bimbo tidak dapat melelapkan matanya, hatinya begitu sedih kerana kehilangan seorang kawan. Hilang dalam keadaan yang begitu tragis.

Keesokan harinya, para petugas telah menukarkan rantai kaki Bimbo kepada rantai yang baru. Lebih berkilat dan kelihatan kukuh, walaupun saiznya tetap sama. Bimbo semakin sedih.

Malam itu semasa tidur, Bimbo tersedar apabila didatangi Chula. Chula datang kepadanya dengan wajah ceria. Kelihatannya lebih bersih.kulitnya putih bercahaya.  Chula hanya berkata,

Aku pergi dengan jiwa yang bebas..bebaskanlah akal & jiwa mu’..

Bayangan Chula semakin lama semakin menghilang, dan terus lenyap bersama senyuman terukir.

Bimbo cuba menjerit memanggil nama rakannya itu, namun suaranya mati dikerongkong.

Kini tinggallah Bimbo kesepian bertemankan rantai itu. Bimbo sering menangisi nasib dirinya, sehingga menjejaskan kesihatannya dengan teruk.

Pada suatu hari, pengusaha balak terpaksa membeli gajah yang lain bagi menggantikan pemilik asal rantai ‘Bimbo’  😥

17 responses to “SI BESAR YANG KECIL

  1. ohh…peribahasa moden…abad 21.baru ain tau….
    cikgu ain x de plak ajar pasal peribahasa moden ni…nnt ain sruh dia ajar ank2 murid dia.hehe:)

  2. akhirnya…bimbo mati di rantai??
    ain pernah baca kisah yang macm ni…”tdak ada siapa y bleh mnjadikan seseorang itu berani klu dia sdiri x inginkan keberanian n x yakin dgan kemampunnya.”-dr hm tuah iskandar.
    dan itu yang berlaku pd bimbo dan chula.sepatutnya bimbo kena yakin pd dri dia sdiri..n x mudah utk berputus asa n x bergantung pd klmahan di waktu kecil…dan kita sepatutnya kagum dgan chula dan klu bleh jd mcm dia…”lbih baik kita mncuba sesuatu dan gagal drpd x mcuba lgsung n dianggap berjaya.”-dr hm tuah iskandar.
    cerita yang bagus…pnuh dgan nilai motivasi.
    pilihan terletak pd kita….sama ada nak jd mcm BIMBO ataupun mcm CHULA???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s