WANITA KERAP MENJADI MANGSA KEKEJAMAN..


Wanita kerap jadi mangsa kekejaman
Oleh Jami’ah Shukri 

2010/09/21

KEHEBATAN wanita pada dekad ini semakin menyerlah dalam apa saja bidang dengan kedudukan sama taraf dan tidak kurang sebilangan mereka lebih tinggi pencapaiannya kerana berpendidikan tinggi, jawatan tinggi dan kukuh serta menguasai ekonomi berbanding lelaki.

Pada situasi lain, penonjolan itu ada kalanya menenggelamkan kehebatan lelaki. Namun dalam kehebatan wanita dalam pelbagai bidang, mereka masih dianggap insan yang lemah dan sering kali menjadi mangsa kekejaman daripada pihak tidak bertanggungjawab dan hilang sifat kemanusiaan.

Tidak mustahil mengapa banyak kes kekejaman serta penganiayaan berlaku membabitkan wanita yang menjadi mangsa jenayah seperti dibunuh, dirogol, diragut dan peras ugut atas sebab tertentu. Jika dulu, kes seumpama itu kurang berlaku, namun pada dekad ini ia seolah-olah perkara lazim dan tidak dianggap kes terperinci lagi.

Zaman dulu, jarang lihat wanita berjalan bersendirian, sebaliknya mereka ada teman dan sekali gus boleh membantu sekiranya menghadapi sebarang kemungkinan. Berbanding sekarang kehidupan moden menjadikan wanita lebih berani, sentiasa sibuk, berkejar-kejar memburu kerjaya dan bebas ke mana saja berseorangan.

Kemungkinan kehidupan terdedah kepada bahaya ada di sekeliling seakan tidak dihiraukan sehinggalah mereka menjadi mangsa sasaran kekejaman daripada orang yang ingin mengambil kesempatan ke atas kelemahan wanita ini. Sama ada mereka bersendirian atau ada teman, risiko terdedah kepada jenayah tetap ada.

Sebebas mana juga melangkah atau setinggi mana kecemerlangan wanita dalam bidang masing-masing, akhirnya golongan itu tewas akibat kelemahan mereka melawan takdir sasaran jenayah sama ada disebabkan mangsa keadaan, berlaku dengan rela hati atau penjenayah sudah tetapkan sasaran melakukan sesuatu terhadapnya.

Bagi penjenayah pula, ia bergantung kepada ‘selera’ dan peluang yang ada. Pemilihan kaedah jenayah juga tertakluk serta bergantung kepada tahap kepuasan dan kejayaan yang diinginkan mereka.
Kes menyayat hati membabitkan jutawan kosmetik Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, Datuk Sosilawati Lawiya, bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38 dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, dipercayai dibunuh dengan kejam ketika mengadakan urus niaga pembelian tanah di Banting, Selangor, dengan seorang peguam bergelar Datuk, umpamanya dianggap kes jenayah paling kejam selepas dipercayai diperdayakan mereka.

Banyak lagi kes lain membabitkan wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam termasuk penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian diculik di Pusat Beli-belah Bangsar, pada Jun 2003 dengan mayatnya rentung sebelum dirogol dan dibakar, ditemui di longkang di tapak pembinaan di Lebuh Raya Pantai Baru, pada Jun 2003 manakala Altantuyaa Shaaribu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan di Mukim Bukit Raja, Selangor, pada 20 Oktober 2006.

Begitu juga dengan kes rogol, ragut atau peras ugut terhadap wanita, terlalu banyak kes yang dilaporkan saban hari kes dipaparkan di akhbar dan televisyen.

Mengapa pembunuhan atau perbuatan kejam lain berlaku? Pastinya sifat keperikemanusiaan sudah tidak wujud lagi dalam diri penjenayah, demi untuk menutup perbuatan dan menghapuskan bahan bukti yang membolehkan mereka lari daripada disabitkan kesalahan, lalu sanggup berbuat apa saja termasuk membunuh.

Sama ada suspek yang terbabit membunuh mangsa berjaya ditahan dan dihukum setimpal mengikut undang-undang atau sebaliknya, namun wanita juga yang tepat terkena tempiasnya atas keganasan, kekejaman dan kegelojohan pihak tertentu bagi memenuhi serkah nafsunya sama ada seksual atau kebendaan.

Lumrahnya wanita dari segi lahiriah dianggap insan yang lemah berbanding lelaki, tetapi sekarang golongan itu sudah semakin kuat dalam pendidikan, ekonomi dan kerjaya. Bagaimanapun, disebabkan keadaan kehidupan dunia luar yang lebih mengagungkan sifat tamak haloba menjadikan manusia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan apa saja yang di luar kotak fikiran kita untuk memenuhi impian.

Bagi Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata bermacam-macam kes ngeri dan kejam boleh berlaku dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya akibat tiada sifat keperimanusiaan dan berfikiran waras.

Kalangan pihak tertentu sanggup nekad melakukan jenayah atas sebab kesempitan hidup dan mahu terus membina empayar kekayaan yang tidak pernah berkesudahan dalam diri tanpa pernah merasa puas atau bersyukur dengan apa yang dimiliki.

“Justeru, ada antara mereka yang disebabkan kesempitan ekonomi menjadi mereka tamak haloba, hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan sehingga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi naluri keinginan mengubah suasana kehidupannya.

Tidak kurang juga ada yang memang sudah senang dan kaya, tetapi tidak pernah bersyukur dengan limpahan rezeki serta kemewahan dimiliki. Mereka mahu terus membina empayar kekayaan dengan apa cara sekali pun termasuk tidak menghiraukan undang-undang. Disebabkan duit beraja di mata dan hati, sifat kemanusiaan ditolak tepi,” katanya.

Kehidupan ini penuh dengan permainan dan percaturan. Masing-masing mengatur strategi manakala pihak lain juga ada strategi mereka tersendiri bagi memudahkan mereka saling menangkis untuk mengelak dikesan.

“Permainan ini tidak berkesudahan. Dalam apa juga kesnya, akibatnya mangsa terlantar di hospital, dipenjara atau bersemadi dalam kubur,” katanya.

Jika diimbau kes pembunuhan kejam Sosilawati, beliau (Sosilawati) disifatkan wanita yang bijak dalam mengendalikan urusan perniagaan termasuk membawa tiga lagi individu lain yang masing-masing ada peranan (peguam dan pegawai bank) untuk mengelak ditipu dalam urusan berkenaan.

Bagaimanapun, permainan rakan perniagaannya itu lebih licik yang akhirnya menyebabkan dirinya serta tiga individu lain terkorban. Justeru, tidak saja, wanita, malah sesiapa saja insan termasuk lelaki sudah ditentukan qada dan qadar masing-masing, cuma sifat keikhlasan, dengki mendengki, iri hati dan dendam perlu yang kerap bersarang dalam diri perlu dibenamkan demi kesejahteraan dalam institusi kemasyarakatan.

P/S : WANITA MENJADI MANGSA.. LELAKI NI PEMANGSA KE??? KOMEN SIKIT..

2 responses to “WANITA KERAP MENJADI MANGSA KEKEJAMAN..

  1. Tidak semua lelaki ‘PEMANGSA’ kerana kadang-kadang perempuan yang jadi PRIMARYNYA…
    Kalau tak ada angin manakan pula pokok bergoyang..Dan kalau lelaki itu tidak tercabar mereka tidak akan MENCABAR…kerana sesetengah lelaki juga beremosi dan pantang dicabar..
    Dan tidaak semua perempuan yang akan melakukan dan berkelakuan demikian ATAU PEREMPUAN NI YANG CARI MASALAH ATAU CARI PASAL..dek kerana masalah atau tekanan yang dihadapinya mereka akan lakukan apa sahaja bagi memuaskan diri x kesahlh baik lelaki ata perempuan,bagi mereka itu adalah pilihan mereka untuk selesaikan masalah.Asalkan EMPAYAR TIDAK MUSNAH..
    Tidak semua lelaki itu pemangsa dan tidak semua perempuan itu mangsa pada dasarnya..kerana tidak semua perkara dan sesuatu yang terjadi asasny hanya pada permpuan atau hanya pada lelaki sahaja..mesti dalam kalangan salah sorang…
    RAMBUT SAMA HITAM TAPI HATI LAIN-LAIN…Berbeza pula zamzn era serba canggih ni rambut mcm2 warna sukar r nak decide yang ne betul yang ne salah

  2. wanita sering menjadi mangsa kepada keganasan dan juga kekejaman…persoalannya,”lelaki ni PEMANGSA ke??.”
    -PEMANGSA dari segi apa yang dimaksudkan??
    -adakh semua PEMANGSA tu lelaki??
    -kenapa mesti lelaki itu PEMANGSA??
    boleh jawab??hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s