SALAM LEBARAN.. SALAM AIDILFITRI


Ucapan selamat Hari Raya daripada hadis-hadis sahih ialah:


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”. (Lihat: Fathul Bari 2/446)

Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dari Jubair bin Nufair ia berkata:


كَانَ اَصْحَابُ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، اِذَا الْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيْدِ يَقُوْلُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

“Para sahabat Rasulullah s.a.w. apabila bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: Semoga Allah menerima dari kami dan darimu”.

Menurut Ibnu Hajar, isnad hadis ini hasan. (Lihat: kitab Fathul Bari 2/446)

Ibnu Qudamah rahimahullah menjelaskan: “Muhammad bin Ziyad berkata: Aku pernah bersama Abu Umamah al-Bahali dan selainnya dari kalangan para sahabat Nabi. Mereka bila kembali dari solat hari raya berkata sebahagiannya dengan ucapan :


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

“Semoga Allah menerima dari kami dan dari kamu”.(Lihat: Al-Mughni 2/295)

Menurut Imam Ahmad: “Isnad hadis Abu Ummah jayyid (baik). (Lihat: Al-Jauharun Naqi. 3/446) Begitu juga Imam Suyuti berkata: Isnad hadis ini hasan. (Lihat: Al-Hawi. 1/81)

Dimaklumi dalam masyarakat kita(Malaysia), apabila tiba hari raya puasa /aidilfitri, sentiasa kedengaran ucapan hari raya seperti:

“Selamat Hari Raya”
“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin”
& macam2 lagi….

Ucapan hari raya ini telah menjadi adat dalam masyarakat kita… & ramai yang tidak tahu bagaimana ucapan hari raya pada zaman dulu sebagaimana zaman sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Jadi, bermula hari ini saya mengajak saya sendiri & semua  Umat Islam, “JOM kita amalkan SUNNAH Ucapan Hari Raya” seperti:

“Selamat Hari Raya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

atau

“Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Moga-moga perkara ini disebarkan kepada kawan-kawan, sanak-saudara & keluarga di hari raya nanti dengan amalan Sunnah Ucapan Raya ini…

Advertisements