JOKER VS JOKER


 

SIAPA ANDA??

ANDA DI PIHAK JOKER YANG MANA?

NANTIKAN KEMUNCULANNYA…

 

 

 

 

 

 

VS                                                                                                                                                                                                       VS

 


RIWAYAT HAYAT


  • DILAHIRKAN PADA 3 MAC 1985.
  • DI KAMPUNG SUNGAI RAMBAI, MELAKA.
  • LAHIR PADA JAM 4 PAGI, TETAPI DALAM SIJIL KELAHIRAN TERTERA PADA JAM 6.00 PAGI. MENGAPA?? 🙂

MEMBESAR SELAMA SETAHUN DI SANA DAN KEMUDIANNYA BERPINDAH KE KEM DESA PAHLAWAN, KOTA BHARU KELANTAN. MENGINAP DI DALAM KEM TENTERA SELAMA 15 TAHUN SEHINGGA BERPINDAH KE RUMAH SENDIRI DI KOK LANAS. SEBAB AYAH DAH BORING DOK DALAM KEM.

 

PENDIDIKAN:

1) Menerima pendidikan awal di Taman Didikan kanak-kanak Batalion ke-3 Rejimen Askar melayu Di-Raja, Kem Desa Pahlawan.

2) Menyambung persekolahan ke peringkat darjah 1-6 di Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan (SKDP).

  1. 1 Serindit- 2 Serindit- 3 Serindit- 4 Serindit- 5 Serindit dan seterusnya ke kelas 6 Serindit.

masa tu nama kelas menggunakan nama burung, seperti Kenari, Nuri, Merak, Serindit dan Pipit. kelas Serindit merupakan Kelas yang berada di ranking ke-2 ( dari belakang ). bangga betul aku.

sepanjang belajar selama 6 tahun di situ, nama aku sering berada pada senarai yang pertama pada mana-mana ‘list’, samada senarai kehadiran, jadual bertugas dan sebagainya.

sejak dari darjah satu hingga enam, dalam jadual bertugas nama aku mesti pada hari Ahad, nama yang pertama dan tak pernah kena tugasan lain, mesti sapu papan hitam. hehe.

pendek cerita, sampai la UPSR kat situ. dapat keputusan 2 A, 1 B, 2 C. Bangga betul ayah aku masa tolong pergi amik keputusan aku kat sekolah. aku tak dapat mengambilnya sendiri, kerana aku terpaksa di ‘kuarantin‘ kan di rumah berikutan aku baru sahaja melalui proses klinikal untuk melayakkan aku melangkah ke alam dewasa. satu proses yang cukup ‘digeruni‘ untuk dilalui tetapi cukup ‘manis‘ untuk dikenangi 😛

 

SEKOLAH MENENGAH :

Aku seterusnya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat Menengah, lalu sekolah yang dicadangkan mak dan ayah dan langsung aku tak nak, terpaksa menjadi pilihan. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Aman, kok Lanas.

akhirnya, aku seronok di situ. bermula dengan kelas Peralihan selama setahun, sehinggalah ke tingkatan 3. selama 4 tahun untuk mengikuti pelajaran ke peringkat PMR. sekolah Menengah kebangsaan 3 tahun je. jeles betul aku masa tu.

AKTIVITI SEKOLAH :

1) Tingkatan 1 dilantik menjadi pengawas sekolah.

  • Songkok Hitam; Kemeja Hijau; Kasut Hitam ( Bangga sikit ) 😛

2) Tingkatan 2 juga masih dilantik Pengawas Sekolah

  • juga dilantik menjadi Skuad Leader bagi Skuad Kawad kaki sekolah. budak-budak tingkatan3 menyampah betul dengan aku, sampai sorang pun xnak join. dek kerana tak mahu merendahkan ‘martabat’ senior mereka.
  • pada masa ini aku mendapat gelaran ‘* anjing‘.
  • pada masa ini juga aku ‘kehilangan’ kawan. ( tikam belakang ).

3) Tingkatan 3, aku dilantik menjadi Ketua Pengawas.

  • * kawan‘ aku semakin ramai.
  • di sini aku mula mengenali SILAT!!! (JANGAN KLIK) 🙂

 

BERSAMBUNG 🙂

p/s : mana-mana perkataan yang bertanda ‘*‘, akan diceritakan dalam ruangan yang akan datang. sekadar berkongsi pengalaman hidup, bukan untuk menghina sesiapa.

 

 

SHARING IS CARING


ADAKAH ANDA MENCARI CONTOH TUGASAN / THESIS / PEMBENTANGAN??

ADAKAH ANDA MASIH MENYIMPAN THESIS / PEMBENTANGAN / TUGASAN LAMA YANG DIBERIKAN PENSYARAH KEPADA ANDA?

ANDAKAH ANDA TERLALU SAYANG UNTUK MEMBUANGNYA KERANA IA ADALAH HASIL TITIK PELUH ANDA SENDIRI?

BERMINATKAH ANDA UNTUK BERKONGSI DAN MEMBERI MANFAAT BERTERUSAN MELALUI TUGASAN / THESIS & PEMBENTANGAN ANDA ITU?

JIKA JAWAPANNYA YA, SILA KLIK DI SINI.

JIKA JAWAPANNYA TIDAK, KLIK DI SINI.

TERBUKA KEPADA SEMUA..!!

BERKONGSI SECARA BERPAHALA, INSYA-ALLAH.

SUMBANGAN YANG TERPILIH UNTUK DISIARKAN AKAN MENERIMA “HADIAH” MISTERI 🙂

KETAHUI KEKUATAN NIAT ANDA..!!


KEKUATAN NIAT

Inson Mata Aji Semar………
Niat Inson Mata Aji Semar………
(Kepada masyarakat jawa, saya mohon maaf , sebab saya sendiri pun tidak faham apa maksud …kalimat di atas ). Saya hanya memetik kalimat Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee. Apa yang saya faham ialah Niat Inson
(Bermaksud Niat Saya…. selebihnya apa aje lah……asal faham)

Merupakan dua kalimah sakti untuk membuka dan menutup pintu gua, di dalam gua itu ada harta dan wang berjuta., di bawakan oleh 40 penyamun. Niat juga di gunakan untuk membuka pintu “ Gua Hati Anda” dan anda akan memperolehi harta dan wang yang berjuta akan datang kepada anda melalui 40 atau lebih cara untuk mendapatkanya sama ada melalui cara “menyamun atau dengan cara ikhlas” “rela atau terpaksa” yang penting anda akan mendapatkanya.

Kenapa niat begitu hebat untuk merealisasikan apa pun impian kita ?
Apakah sebenar niat itu ?
Bagaimana niat ini bekerja?
Benda Apakah niat ini jisim atau tenaga?
Diperbuat daripada bahan apakah niat ini?
Niat ini makhluk atau sifat ?
Bertanyalah perlahan-lahan dalam hati anda apakah jawapan dari soalan saya di atas…..anda akan terkejut dengan jawapan dari hati anda ( bukan dari analisa fikiran), maka anda akan faham kenapa hati menjadi nahkoda dalam kehidupan kita dan Cahaya Ilahi dalam pembentukan akhlak kita…………

Ini merupakan soalan- soalan yang saya bertanya kepada diri saya sendiri. Sehinggalah saya memperoleh sebuah jawapan yang sangat indah dan luar biasa. Sejak itu saya mula mengkagumi Islam dalam sudut pandang yang sangat berbeza dari apa yang pernah saya pelajari dahulu.

Dengan lafas Bismilahhirohmannirohim ( sila perbetulkan bacaan anda dalam bahasa Q’uran). Saya memulakan topik ini dengan hati yang sangat ikhlas dengan fakta yang telus dan saya bershukur atas ilmu yang telah diberikan.

Soalan yang pertama yang saya ajukan kepada peserta kursus dalam Kursus Minda Bawah Sedar anjuran menjaro.

Menjaro: Jika bacaan anda bagus, rukuk anda bagus, sujud anda kemas dan cantik. Jika anda tidak ada niat langsung untuk melakukan solat apakah solat anda sah ?
Peserta : Tidak sah, ( mereka menjawab serentak )

Menjaro: ( sambil berselawat, di ikuti oleh para peserta kursus ). Kenapa..?
Peserta : Niat merupakan syarat sah solat………..
Menjaro: Sambil tersenyum……….. jika solat tidak sah tanpa niat, apakah anda pergi kerja tanpa niat itu sah? Anda makan tanpa niat itu sah ? anda belajar tanpa niat itu sah?
Peserta: Tidak…………

Menjaro: sebab itu anda BOSAN dengan pekerjaan anda, sebab itu anda makan tidak pernah menikmati makanan anda dan anda rakus dalam mencari makanan, sebab itu anda belajar susah untuk otak anda untuk memahami apa yang anda belajar…………..

Sifat Manusia

Niat bukan lah sesuatu yang anda lakukan, niat adalah apa yang anda hubungkan, link. Niat bukanlah internet, tetapi inernet jaringan dalam hati anda dengan Allah. Dimana anda berniat disitulah energy anda akan membuat satu hubungan inernet dalam diri anda, sebab ALLAH tidak di luar atau di dalam diri anda dia tidak bertempat dan tidak di tempatkan.Anda adalah ……….niat tersebut…..ANDA ADALAH APA YANG ANDA NIAT KAN.

Dia seumpama cahaya yang berada di dalam miskah, cahaya dalam cahaya. Jika anda berniat maka anda telah melakukan link dengan Allah. Gerak anda gerak tepat, penglihatan anda, pendengaran anda dan seluruh kehidupan anda ada link. Anda tidak merasakan bersendirian dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

Tidak ada kesilapan dalam hidup anda. Anda tahu segala musibah dan kegembiraan semuanya adalah terbaik untuk anda. Allah beserta dengan anda dalam membuat segala keputusan. Pilihanya adalah yang tepat untuk anda, segalanya mengandungi hikmah.Anda tidak akan merungut dalam menerima musibah dan kegembiran, bagi anda menerima musibah dan kegembiraan adalah sama.

Bila bercakap tentang niat kita telah bercakap tentang manusia. Niat, jiwa, fikiran, tubuh dan apa pun yang bersangkutan tentang diri anda adalah satu sistem. Tidak ada konsep faraitkan diri anda. Jadi niat berjalan serentak mind body dan spritual. Bila pemisahan ini berlaku inilah yang di katakan spritual virus, keruntuhan moral dan perbuatan manusia.

Jika anda bekerja fikiran anda akan bertanya untuk apa anda bekerja dan kenapa ( why )? Virus spritual dari fikiran mula menyerang diri anda.
Jika anda berzikir fikiran akan bertanya untuk apa saya berzikir ?
Virus spritual dari fikiran mula menyerang diri anda.
Bila hati anda berkata saya bekerja kerana Allah, saya berzikir agar hati saya menjadi tenang kerana Allah………… fikiran anda akan diam . Stop.
Tiada alasan lagi untuk tidak menjalankan dengan sempurna. Stop.
Ini amanah dari Allah. Stop.
Ini merupakan “locking mind teknik” untuk mengunci pergerakan fikiran. Stop.

Kenapa.?
Untuk apa ?
Sebab Apa ?
Hati akan faham dan menjalankan apa yang anda sarankan termasuk saranan spritual asmaq tunggal “ Allah”. Anda akan lihat bagaimana efektifnya jika niat di gunakan sebagai jambatan dalam jiwa anda. Anchorkan setiap saranan jiwa anda setiap 6 m

SUMBER PETIKAN : MENJARO