TIP-TIP KESELAMATAN SEMASA PULANG DARI TEMPAT KERJA (*TERUTAMA WANITA)


TIP-TIP KESELAMATAN SEMASA PULANG DARI TEMPAT KERJA. (*terutama wanita)

SEKADAR HIASAN

1) Sebelum pulang / keluar dari tempat kerja, PASTIKAN anda menelefon salah seorang dari ahli keluarga anda, bahawa anda dalam perjalanan pulang ke rumah.

2) Semasa keluar dari lif dan menuju ke tempat parkir kereta, JANGAN asyik menelefon rakan anda sehingga anda tidak menyedari keadaan sekeliling selamat atau tidak.

3) Semasa keluar dari pejabat / lif, PASTIKAN anda sudah menggengam kunci kereta. JANGAN semasa menuju ke kereta, anda sibuk terkial-kial mencari kunci kereta sehingga tidak sedar keadaan sekeliling.

4) PASTIKAN orang yang tidak dikenali / mencurigakan tidak berada di kawasan kereta anda. Sekiranya ada individu yang mencurigakan, JANGAN terus menuju dan masuk ke kereta. Peluang mereka untuk melakukan sesuatu yang buruk cukup mudah sekiranya mereka dapat menceroboh ketika anda masuk ke dalam kereta. Sebaliknya anda perlu berpatah balik kedalam pejabat dan cuba hubungi keluarga terdekat / pengawal keselamatan.

5) Sekiranya keadaan selamat, segera masuk ke dalam kenderaan anda dan terus mengunci pintu dengan sebaiknya. Kebanyakan daripada kita mengabaikan aspek keselamatan dengan tidak segera mengunci pintu kenderaan.

6) Pulang terus ke rumah anda, sekiranya ada individu yang tidak dikenali menahan anda, cuba ELAKKAN daripada berhenti. Kerana dikhuatiri penjenayah melakukan penyamaran. (modus operandi bagi kes samun, rogol, bunuh dan culik).

INGATLAH… berhati-hati walau di mana jua anda berada dan apa yang anda lakukan. Penjenayah sentiasa memerhatikan. Semoga anda semua selamat 

One response to “TIP-TIP KESELAMATAN SEMASA PULANG DARI TEMPAT KERJA (*TERUTAMA WANITA)

  1. Pingback: Halimlading21's Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s