Hidup di dalam dunia sekarang ini banyak benda dan perkara yang kita sanggup buat dan juga banyak perkara yang kita tak sanggup buat. Kita sanggup melakukan sesuatu perkara yang kita minati walaupun ia tidak mendatangkan keuntungkan komersil kepada diri sendiri, lebih-lebih lagi jika perkara itu ada keuntungannya.
Perkara yang kita tak sanggup buat pula memang banyak alasan yang akan dikemukakan, walaupun perkara itu memang akan menguntungkan diri sendiri. Anda percaya atau tidak? Percaya atau tidak, itu realiti yang perlu kita terima. Buktinya?
1) KITA SANGGUPBERBARIS PANJANG DAN LAMA UNTUK MEMBELI TIKET WAYANG, TIKET BOLA, TIKET FUN-FAIR DAN SEBARANG TIKET DI DUNIA INI..
TAPI KITA TAK SANGGUPBERBARIS PANJANG WALAUPUN SEKEJAP DI BELAKANG IMAM UNTUK MENEMPAH TIKET SYURGA ALLAH..
2) KITA SANGGUPMENGELILINGI DUNIA UNTUK MENCIPTA
NAMA..
TAPIKITA TAK SANGGUPMENGELILINGI KAABAH UNTUK MENCIPTA KESEMPURNAAN AGAMA..
3) KITA SANGGUPMELAKUKAN APA YANG ORANG LAIN TIDAK BERANI BUAT KONONNYA UNTUK MEMECAH TRADISI..
TAPIKITA TAK SANGGUPBUAT APA YANG DISURUH NABI KONONNYA SUDAH TIDAK BERTEPATAN DENGAN REALITI..
4) KITA SANGGUPMENYERU KEPADA YANG ‘MAKRUF’..
TAPIKITA TAK SANGGUPMENEGAH KEPADA YANG ‘MUNKAR’.
5) KITA SANGGUPBERJAGA MALAM SEMATA-MATA KERANA SESUATU SIARAN LANGSUNG..
TAPIKITA TAK SANGGUPBERJAGA MALAM UNTUK BERURUSAN SECARA LANGSUNG DENGAN ALLAH..
Sesungguhnya kesanggupan kita dalam melakukan kemaksiatan kepada Allah, cukup mudah berbanding kesanggupan kita melakukan ibadah kepada Allah. Semoga Allah menurunkan rahmat dan cahaya Petunjuk-Nya kepada kita semua. Sampaikan kepada mereka yang tidak hadir.