SEJARAH AKU DALAM SILAT


Silat.. silat adalah seni mempertahankan diri yang tercipta, terlahir dan dikembangkan di seluruh alam Melayu di Nusantara. Aku yang dilahirkan di dalam keturunan Melayu Islam ( berdarah Bugis/Pakistan ) sedikit sebanyak menerima dan menyambung wasiat pusaka nenek moyang dulu dalam perkembangan silat.

Aku sendiri tak pasti bila aku meminati seni silat ni. Yang aku ingat, aku mula berjinak-jinak dengan Seni Silat ni semasa aku masih menuntut di tingkatan 3. Ketika itu aku bersekolah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Aman, Kok Lanas. ( Kelantan ). Sekolah tu dari segi infrastrukturnya memang agak kecil dan tidak keterlaluan jika saya katakan agak “mundur” berbanding dengan sekolah-sekolah yang lain. Tapi itu bukan ukuran utama untuk menimba ilmu. Di situ saya bermula…

Sekolah yang kecil, tapi tapak kawasan yang paling luas.. dikelilingi oleh ladang tinggal kelolaan KADA dulu, pastu dah jadi hutan malar hijau. Tempat budak2 sekolah aku dulu ponteng lari masuk hutan. Kutip hasil hutan dan segala khazanah yang ada di dalam tu. Balik ke kelas, masing-masing berbangga dengan hasil mereka. Siapa yang paling banyak hasilnya, dia akan menjadi “pencerita” yang hebat. Hehe.. kenangan dahulu.

Kembali pada cerita asal.. sekolah tu tiada sebarang kelab/persatuan yang ditubuhkan. Jadi budak2 sekadar pergi sekolah balik sekolah. Mungkin boring, sebab tu ramai yang ponteng masuk hutan. Dipendekkan cerita, hadirlah seorang Ustaz baru datang mengajar di sekolah aku tu, Ustaz Nor Azlan. Orangnya berbadan gempal berkulit gelap sedikit. Nampak cam garang walaupun masih muda ketika tu. Lepas kenal, jadi serasi plak. Mungkin stail dia agak sama dengan aku kot. Dia suka ngajar kitorang ni ala-ala tentera sikit. Sebab dia ni askar wataniah menurut ceritanya. Tapi aku tak pernah kena denda dengan dia pun, maklumlah Ketua Pengawas masa tu. Tingkatan 3 dah jadi ketua pengawas tu!! Jangan main2. Hehe. Masa tu sekolah tu setakat tingkatan 3 je, kami la paling “senior”.

Pendek cerita, Ustaz Azlan nak bawa silat dalam sekolah. Diluluskan oleh Mudir (Pengetua). Aku sebagai ketua pengawas yang berwibawa la kononnya, terpaksa mencari dan memaksa budak-budak ni join silat. Hasil usaha “kuku besi” aku dan dasar kerah perintah ustaz Azlan, maka dapatlah aku kumpulkan seramai lebih kurang 60 orang ahli dari pelbagai kelas.

Tension abis budak2 ni dengan aku.. tapi aku peduli apa, suruh amik ilmu, bukan suruh buat maksiat. Jahat ke?? Korang nilai la sendiri.

Gurulatih Silat Gayung di bawa masuk. Tapi aku tak ingat, samada Gayung Pusaka atau Gayung Malaysia ketika itu. Harap maaf. Training bermula. Latihan agak keras dan tak boleh main-main. Sebab yang nak belajar ni ilmu mempertahankan diri atau nyawa. Bukan ilmu nak buat kuih raya..

Walaupun agak keras latihannya, aku seronok training ramai-ramai. Terasa kekuatan perpaduan masa tu. Kami training buah asas, buah pukul, buah kunci dan buah apa nth lagi, aku pun dah tak ingat.

Tapi tu la, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kelas Gayung kami lebih kurang sebulan je bertahan. Mula-mula dari sikit-sikit ahli tak turun training, sehingga kelas terpaksa di tutup. Hari terakhir aku pergi training, aku sampai awal, sorang2 ketika tu. Sementara menunggu kawan lain datang, aku panaskan badan cam biasa.

Semasa aku dok panaskan badan tu, kat hujung padang ada seorang abang ni, masa tu aku tak tahu dia ni sapa dok tengok je aku training sorang-sorang. Bila dah lama masa berlalu, budak-budak lain pun tak datang-datang lagi, abang tu pun datang dekat kat aku. Bila dia perkenalkan diri baru aku tau yang dia ni anak buah Gayung jgak, anak murid Gurulatih aku kat gelanggang utama. Lepas sembang-sembang kejap, abang ni bagitau bahawa dia ni datang atas arahan Gurulatih tu, tengok kelas latihan kitorang. Kalau ramai Guru tu suruh ajar, kalau tak ramai, dia sampaikan salam untuk ahli yang tinggal, dengan erti kata lain, kelas terpaksa ditutup.

Bila dengar je abang tu cakap cmtu, Allah je yang tahu perasaan aku ketika tu. Hancur sehancurnya.. terasa usaha selama ini tak berbaloi. Rasa dikhianati kawan-kawan pun ada. Tapi aku tak salahkan diorang. Mungkin Allah tak buka hati diorang untuk semua ni.

Kelas latihan dah takde, tapi aku masih teruskan latihan sendiri secara persendirian di tapak ‘gelanggang’. Masa tu budak-budak ni kata aku dah gila, kelas dah takde tapi masih pergi lagi. Masa tu aku memang degil, gila tak gila, aku tetap turun training. Sebab kelas tidak ditutup secara rasmi, Cuma berkubur tanpa nesan. Aku hanya teruskan latihan bersendirian sekadar buah yang aku dapat dari tangan guru, buah tepis dan tangkis paling utama.

Satu hari aku dicabar sorang kawan sekelas aku. Dia ni memang antara samseng sekolah aku ni. Dia memang kerek lama dengan aku. Dia ajak aku sparring dengan dia. Aku menolak, dengan alasan aku tak belajar abis. Tapi dah dasar samseng sekolah, penolakan aku tu dianggap sebagai satu penerimaan. Aku kena “test” masa tu jgak, dia sepak terajang pelbagai arah. Dia tinggi, kaki pun panjang. Satu kelebihan yang disalah guna oleh dia. Tapi Alhamdulillah.. berkat setakat ilmu yang aku belajar walaupun sedikit, memang terbukti boleh dipakai ketika memerlukan. Aku hanya mampu tepis dan sanggah je serangan dia tu. Bila dia penat, serangan pun tak mengena target, dia berhenti. Bagus juga, aku pun dah penat. Dia kata kata kat aku bahawa aku dah “lulus”. Aku pun tak faham apa yang dimaksudkan lulus.

Banyak lagi pengalaman sekolah yang aku dicabar oleh samseng-samseng dari sekolah lain, tali barutnya kawan-kawan sekelas sendiri, sama-sama pernah belajar silat dulu. Sesuatu yang cukup memeritkan sehingga kini. Tusukan dari kawan cukup berbisa dari racun musuh..

Tamat tingkatan 3, aku berpindah ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddumil-Ilmi, Ketereh. Aku jauh dari rumah aku. Selepas aku sambung ke sekolah tu, Ustaz Azlan menghubungi aku, dia maklumkan kelas silat gayung telah dimulakan semula. Tapi Guru yang lain. Hati aku betul-betul gembira. Rasa macam orang yang kita sayang dah mati hidup kembali.

Aku terus join latihan silat kat situ.. terpaksa ulang semula silibus yang aku dah dapat dulu. Bercampur pulak dengan budak-budak baru masa tu. Aku penuntut yang paling tua kat situ. Tapi takpela, nak belajar punya pasal. Gurulatih kami masa tu muda lagi orangnya, dalam awal 30-an umurnya. Namanya aku tak ingat.

Satu hari semasa aku tengah training, ada seorang pakcik yang agak tua dalam anggaran 55-60 tahun datang tengok kitorang training. Dia dok perhati aku je, sampai aku naik takut jadinya.. ye la, orang tua tengok kan. Kalau orang muda tu mungkin lain sikit perasaan kot. Hehe..

Masa kitorang tengah rehat-rehat (Biasanya 10 minit), aku tengok Gurulatih aku tadi pergi bersalam dengan orang tua tu, daripada gayanya orang tua tu memang cukup dihormati oleh Guru aku ni. Tiba-tiba orang tua ni panggil aku. Dengan seram-seramnya aku pergi kat dia. Dia Tanya aku, dah berapa lama berlatih silat? Aku kata baru seminggu dua. Aku cakap camtu sebab gelanggang ni baru dibuka seminggu dua ni.

Orang tua tu tak percaya, dia kata aku tipu. Dia kata gaya aku buat buah silat bukan gaya orang baru seminggu dua berlatih silat. Last-last aku mengaku, yang aku ni pernah belajar gayung sebelum ni di sekolah ni jgak dulu. Aku bukan nak menipu dia, Cuma aku nak belajar dari peringkat ‘zero’ dan tak mahu orang tahu aku pernah belajar sebelum ini. Tapi, orang tua tu lebih dulu makan garam dari aku. Dia tak marah pun. Rupa-rupanya orang tua tu adalah Guru kepada Gurulatih aku. Maknanya orang tua tu dah peringkat Tok Guru, bukan calang-calang orang nak ajak bermain.

Kelas training berjalan dan terus berjalan seperti biasa.. sehinggalah suatu hari, perkara yang sama terus menimpa aku untuk kali yang kedua. Kelas Gayung akhirnya tinggal aku seorang sahaja yang turun. Kebetulan pada hari terakhir latihan, Tok Guru kepada Gurulatih aku tu turun padang, tapi hanya di sambut dengan gelanggang yang kosong tanpa keriuhan dan peluh anak-anak Gayung.

Satu suasana perasaan yang aku tak dapat gambarkan pada anda semua, ketika orang tua tu menepuk bahu aku sambil berkata : “kalau betul mu nak terus belajar Gayung, boleh datang ke gelanggang aku kat Pulai Chondong”.. orang tua tu terus pergi, balik meninggalkan aku dan gelanggang yang kembali berkubur sehingga sekarang.

Hanya Allah je yang tahu perasaan aku ketika tu. Kalau dulunya aku boleh menangis sehingga menitiskan airmata, tapi bila ditimpa musibah yang sama, aku dah tak mampu menangis.

Aku terus belajar hingga habis SPM dan terus menyambung pengajian ke Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (KUSZA) pada Mei 2004. Mengambil Jurusan Diploma Pengajian Islam Syariah.

Sejak di kolej lagi aku agak aktif dalam persatuan dan selalu je join apa-apa program dalam KUSZA. Dalam masa yang sama, hati ini masih mengintai-ngintai silat Gayung yang ada. Yang diminati dan dicari sudah diketemui, tapi hati pulak berbelah bagi antara kesibukan belajar, persatuan dan nak di tambah lagi dengan silat. Badan pun dah “penat” nak terima training Gayung. Tapi hati masih cukup teringin nak sakit-sakit badan. Hehe.

Ketika tu hati ada tertanya-tanya, mengapa aku tidak mencuba Seni Silat yang lain? Adakah hanya Gayung sahaja?

Aku terus cuba mengintai-mengintai silat yang lain, silat yang agak lembut permainannya.

 



20 responses to “SEJARAH AKU DALAM SILAT

  1. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was recommended this website by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my trouble. You’re wonderful! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog Best Regards Andy Yoder

  2. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was recommended this blog by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my problem. You’re amazing! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog Best Regards Nick Cassetta

  3. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was recommended this web site by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my trouble. You’re wonderful! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog Best Regards Cindy Lawrence

  4. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was suggested this web site by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble. You are amazing! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog Best Regards Lawrence Cassetta

  5. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was recommended this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my difficulty. You are wonderful! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog Best Regards Agata Andy

  6. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was suggested this website by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my difficulty. You are incredible! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog Best Regards Cassetta Lisa

  7. This is the straight SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog journal for anyone who wants to seek out out nearly this message. You request so such its almost effortful to debate with you (not that I real would want…HaHa). You definitely put a new spin on a topic thats been cursive about for age. Overnice shove, but high!

  8. An intriguing communication is couturier note. I consider that you should make writer on this subject, it might not be a prejudice thing but generally people are not enough to mouth on such topics. To the next. Cheers like your SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog.

  9. SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's Blog I was suggested this web site by my cousin. I’m not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my problem. You’re amazing! Thanks! your article about SEJARAH AKU DALAM SILAT | Halimlading21's BlogBest Regards Rolf

  10. seronok baca kisah hidup seseorang ni…tmbhn ag kisah anta….byk pengajaran yg dpt diperoleh…semangt anta dalam mencari ilmu 2 yg terbaik…..^_^…teruskn perjuangan anta sabagai khalifah di bumi Allah ni….

  11. Pingback: nurmanaiamnsz

  12. seolah2 mcm ada tayangan kat depan mata kita..hanya dengan satu tulisan,kita dapat faham apa yang penulis cuba sampaikan..cthnya mcm kita baca novel takpun mcm kita baca surat khabar pasal kemalangan…seperti apa y dituliskan tu..kita nmpk sejelasnya..tu la real mksud ain…:):)

  13. Pingback: RIWAYAT HAYAT « Halimlading21's Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s