LADING


 

Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeri Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak Ustaz Hanafi yang berasal dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai. Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya yang amat berbeza.

Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya manakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.

Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan berkesan. Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s