KELUARGA


Saya tinggal di kawasan Kok Lanas, Kelantan. dok kat kawasan perumahan kos sederhana je.. tapi kitorang selesa. kekayaan dan kebahagiaan terletak di tangan Tuhan.

Ni mak saya.. nama dia Faizah bte Senin. antara bussines women yang saya kenal di kawasan rumah saya tu. dia jual macam2, Pasu Bunga, Baja Bunga/Pokok, pokok orkid, pokok limau purut, limau nipis dan apa entah lagi.

dia juga dealer kosmetik, Avon. saya selalu dapat produk Avon dari dia, free je. hehe.

Ada juga menanam pokok2 herba di sekeliling rumah. antaranya pokok tongkat ali, misai kucing, kucing galak, pokok ajaib, mas cotek dan macam2 lagi..

Anda tahu ni pokok apa? haaa…pokok ni menyimpan seribu satu misteri. Apa misterinya? saya pun tak pasti, itulah yang menjadi misterinya.. bukti keagungan Ciptaan Ilahi.. mak dan ayah saya tanam depan rumah.

Bunganya berwarna putih selebar tapak tangan orang dewasa.. berbunga dihujung daunnya, berwarna harum lembut.

bunga ni jgn korang harap dapat amik gambarnya pada waktu siang hari..

Kenapa?? haa.. bunga ni hanya akan berkembang pada selepas jam 12 tengah malam sahaja !!! pagi2 sok dia dah layu. hanya berkembang SATU MALAM sahaja. Ada orang kata bunga ni ada “penunggu”. tak diketahui apa yang ditunggunya. yang penting semua tu KARUT LAGI KHURAFAT belaka..

Allah yang Maha Mencipta, Dia lah yang Berhak menjaganya..

INI AYAH SAYA.. ENCIK ABDUL GHAFFAR BIN HARUN. MASIH LAGI BERKHIDMAT DALAM KEMENTERIAN PERTAHANAN. BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU AM DI BATALION KE-16 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA, KEM DESA PAHLAWAN KELANTAN.

JUGA AKTIF DALAM KHIDMAT MASYARAKAT, ANTARANYA MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI SARJAN TADBIR DALAM IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA ( PLATUN 0852 ).

SELAIN ITU, AKTIF DALAM MEMERANGI JENAYAH SYARIAH DINEGERI KELANTAN, SEBAGAI SALAH SEORANG ANGGOTA “SKUAD AMRU”, SKUAD DIBAWAH SELIAAN JABATAN HAL EHWAL ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.

SEORANG YANG TEGAS DAN KADANG2 GARANG.. KALAU HITAM KATANYA, MAKA HITAMLAH..KALAU PUTIH KATANYA, MAKA PUTIHLAH. KALAU NAK ‘KALER’ LAIN, MAKA BERPUTIH MATALAH JAWABNYA.. HAHA.

* JANGAN RAPAT, NANTI KENA LIPAT*


2 responses to “KELUARGA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s