BUANG HANTU TU..!!!!!


Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

(sumber Berita Harian Online / http://berita-harian-online.com/pengertian-hantu)

Di atas adalah sebahagian dari beberapa penjelasan ringkas mengenai hantu yang sering menghantui pemikiran dan perasaan masyarakat dan kita sendiri.

Walaupun kisah mengenai hantu cukup popular dan tersebar luas (boleh dikatakan sebagai cerita sepanjang zaman), namun jumlah orang yang pernah berhadapan atau mengalami situasi dengan ‘hantu’ teramatlah sedikit.

Cuba kita perhatikan dan fikirkan dari sudut logik ilmiah, kebanyakan kisah-kisah ‘hantu’ adalah bersifat umum.

Saya bawakan satu contoh;

Lelaki A berjalan seorang diri dikawasan sunyi pada waktu malam. Dia bertemu dengan sesuatu berwarna putih melayang-layang di udara dan lenyap. Dia lari ketakutan dan pulang ke rumah. Keesokannya beliau demam. Keluarganya mengetahui peristiwa tersebut dan menceritakan kepada orang lain. Orang lain yang mendengar mempercayainya dan menceritakannya kepada orang yang lain pula. Begitulah seterusnya sehinggalah gempar satu kampung dan meningkatkan peminat-peminat dikedai kopi.

Itu konsep asas dalam kes bertemu hantu yang memberi keyakinan kepada minda kita bahawa hantu itu wujud!

Sebagai seseorang yang mengaku dirinya cerdik dan mempunyai pegangan agama, seharusnya bertanyakan kepada dirinya sendiri beberapa persoalan mengenai ‘hantu’.  Antaranya;

Persoalannya,

Mengapakah ‘hantu’ sering keluar di tengah malam yang sunyi?

Mengapakah hantu hanya muncul seketika sahaja?

Mengapa hantu lebih sinonim dengan gambaran perempuan?

Jika berada di dalam kumpulan, tidak semua ahli kumpulan akan ternampak hantu. Biasanya seorang sahaja yang akan terpandang. Benar bukan?

Persoalan itu anda boleh menjawabnya sendiri.

Bosan?? Jika Ya, tinggalkan laman ini segera. Jika tidak, bagus! Teruskan pembacaan anda.

Pada hemah saya, hasil pemerhatian, kaji selidik yang tidak seberapa dari kebanyakan orang, dan beberapa peristiwa ganjil yang saya sendiri alami, saya membuat kesimpulan bahawa itu semua bukanlah hantu. Tetapi hanyalah gambaran minda @ mental kita terhadap sesuatu.

Kita wajib mempercayai wujudnya Iblis, Syaitan dan Jin. Kesemua makhluk ciptaan Allah itu benar akan kewujudannya. Namun, tiada pernyataan akan wujudnya ‘hantu’. Hantu @ momok  adalah bahasa Melayu kuno yang diguna pakai untuk merujuk kepada sesuatu yang menakutkan.

Jadi, dari mana datangnya hantu itu?

Hantu itu datangnya dari dalam diri kita sendiri. Diri kita yang paling dalam yang beralaskan pemikiran yang cetek.

Sedari kecil kita sering mendengar pelbagai kisah hantu, dari ibubapa, adik beradik, saudara-mara, datuk nenek dan jiran tetangga. Hantu yang mereka temui adalah berwarna putih, berwarna hitam, dan sebagainya.

Apabila meningkat dewasa, kita menonton filem-filem barat, jepun, dan Thailand yang mengisahkan mengenai hantu. Pelbagai karektor dipaparkan melalui filem dan kita yang menontonnya rasa ianya benar-benar ada. Jadi, imej hantu itu ‘terakam’ secara automatik ke dalam minda kita. Adakah kisah hantu yang kita dengar semasa kecil dahulu dah hilang?? Tidak!! Sama sekali tidak. Imej-imej itu akan bertambah dengan imej hantu moden yang dipaparkan di dalam filem.

Pengkalan data minda anda akan ‘sesak’ dengan maklumat-maklumat berkaitan dengan hantu. Sama sekali data-data ini sukar untuk di’delete’. Jadi apa kesannya? Kesannya kita tidak akan terasa semasa kita di dalam pejabat yang sibuk, di dalam bilik kuliah yang hingar bingar, pasaraya yang sibuk dan asrama yang dipenuhi pelajar.

 

Kita akan merasai kesannya apabila kita bersendirian di dalam pejabat, kesejukan, apabila kawan-kawan semua pulang ke kampung masing-masing dan kita bersendirian di asrama.

Apa yang berlaku?

Anda mulai seperti ada ‘orang lain’ di dalam pejabat @ asrama anda. Anda seperti mendengar suara, merasai pergerakan dan lebih hebat melihat bayangan!!

Kesemua yang berlaku itu adalah ‘replay’ atau tayangan semula apa yang kita ‘simpan’ di dalam minda kita.

JANGAN TAKUT.!!

Itu hanyalah di dalam diri anda sendiri.. anda yang menyimpannya dan anda telah memasangnya semula. Cerita hantu Ju-On yang anda tonton tidak akan berlaku di dalam pejabat @ asrama anda dengan hantu tersebut keluar dan menarik kaki anda!!

Otak, minda, segala pancaindera, malahan otot-otot ditubuh mempunyai ‘memori’nya yang tersendiri. Memori terjadi hanya apabila data sesuatu diterima. Dan memori itu akan dikeluarkan dalam pelbagai cara apabila sesuatu keadaan serasi dengan memori tersebut. Minda anda menyimpan data hantu dan menjadi memori hantu, apabila berada dalam situasi yang serasi dengan memori tersebut maka desakan jiwa anda akan menolak memori tersebut dan mata anda akan menjadi LCD projector bagi menayangkan memori itu.

Adakah anda faham??

Tak faham tak mengapa..  teruskan pembacaan anda..

Sebagai contoh, dahulu anda menyukai kek coklat yang dimasak oleh ibu anda. Aromanya, warnanya, rasanya dan rupa kek tersebut. Sekarang, anda berada jauh dari ibu anda kerana sudah bekerja atau menyambung pengajian.

Suatu hari anda berjalan-jalan di sebuah bazaar, ketika itu tiada langsung ingatan kepada ibu anda. Tiba-tiba deria bau anda ‘menangkap’ bau kek yang dijual disitu. Bau itu cukup sama dengan bau kek yang sering dimasak oleh ibu anda di kampung. Nah.. ketika itu apa gambaran minda yang terlintas di pemikiran dan mata anda??

Pastinya imej ibu anda yang terpampang..!!

Sandarkan konsep memori ini dengan kisah hantu di atas.. anda boleh faham bagaimana gambaran hantu itu muncul?? J

 

Bertemu lagi dikeluaran akan datang.. byeee J

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s