“DENGARILAH SUARA KU”


“DENGARILAH SUARA KU”

SUARA.. suara merupakan salah satu elemen yang cukup penting bagi manusia. Suara adalah elemen terbaik digunakan untuk menyampaikan maklumat, meluahkan perasaan dan tidak kurang juga melepaskan kemarahan. Dengan bersuara, sesuatu maklumat itu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.

Perkongsian masalah, menghuraikan kekusutan hati dan pemikiran jalan terbaiknya adalah dengan meluahkan dengan bersuara. Berbual dengan rakan, berbincang dengan ibubapa, pensyarah atau orang yang lebih tua, dengan kaunselor sebaik-baiknya adalah amat disyorkan. Kesemuanya menggunakan suara.

Anda, pastinya biasa merasa marah dan geram pada seseorang atau sesuatu bukan?

Bagaimana reaksi anda?

Anda mungkin menjerit, mengeluh, merengus dan sebagainya. Tidak kurang pula menyumpah dan mencaci bukan? (*jangan di amalkan).

Mengapa ini berlaku? Fikirkan..

Sekiranya anda mengalami kekusutan hati dan pemikiran dan anda diamkan sahaja. Bagaimana agaknya terjadi?

Sekiranya anda marah pada seseorang atau sesuatu dan anda diamkan sahaja, bagaimanakah kesannya?

Biasanya, dan pastinya anda akan merasa lebih kusut. Anda marah, pastinya dada anda akan lebih terasa ‘sesak’ dan sakit. Seperti ada seekor ‘raksasa’ yang mahu merobek keluar dari dada anda.

Urusan seharian semestinya menjadi tidak keruan, bukan?

Itu suara dari peti suara.. tanpanya kita cukup tertekan.

Tapi, bagaimana suara dari hati anda?

Kita terlalu sering terlupa..

Apa itu suara hati?

Dimana letaknya?

Bagaimana bunyinya?

Mengapa aku tidak mendengarnya?

Apa kesannya jika aku tidak mendengarnya?

Itu hanyalah beberapa cebisan persoalan yang terbit pada mereka yang mencari. Pada yang tidak mencari, suara-suara itu akan terus tenggelam dan membisu seribu bahasa. Membisu kerana kita sering menggunakan suara dari peti suara berpandukan logik akal dan emosi.

Apa itu suara hati?

Suara hati tidak memerlukan huruf vokal, tidak memerlukan susunan konsonan atau kompenan lain seperti suara lisan untuk ia berbicara. Ia telah ‘berbisik’ kepada kita sejak mula roh kita ditiupkan sehinggalah roh itu ditarik kembali menghadap ilahi.

Berbisik kepada kita hampir setiap masa. Membisikkan siapa kita di dunia, apa tujuan kita, ke mana harus di tuju, apa yang harus dipilih dan menjadi benteng menghadapi Qada dan Qadar Allah s.w.t.

Kita sering menghadapi situasi;

1)      “gaji ku besar, jawatan ku bagus dan dipandang tinggi masyarakat.. tetapi mengapa aku rasa tak gembira? Mengapa aku tidak cukup masa untuk diri ku dan keluarga ku?”

2)      “aku berpendidikan tinggi.. selepas berhenti kerja dan bekerja sendiri, aku merasa lebih tenteram, aman dan tiada apa yang nak dikejarkan. Dada merasa lapang  walaupun pendapatan tidak semewah dulu”.

Dan banyak contoh lain..

Apa yang berlaku?

Situasi pertama adalah kerana dia telah ‘menutup mulut’ suara hati. Dengan logik pemikiran jawatan besar dan gaji yang besar serta dipandang hebat masyarakat kebahagiaannya terjamin. Pemikirannya dan kehendaknya mengatakan, “tempat kau di sini”. Lalu ia terkurung di dalam sangkar emasnya sendiri.

Situasi kedua adalah kerana dia telah menjumpai suara hatinya.. suara hati yang sering membisikkan sejak dahulu lagi, ‘kau diperlukan di sini’. Ia telah menjumpai keperluannya berbanding kehendaknya.

Suara hati terletak di dalam jiwa (bukan hati). Kita sering mengabaikannya dan tidak mahu mendengar bicaranya. Secara mudahnya, saya samakan suara hati ini seperti isteri kita (jika berkahwin). Bagaimana dia mengajak kita untuk keluar mencari barang keperluan harian. Setiap hari dia mengajak dan kita menolaknya dengan alasan sibuk dan tiada masa, akhirnya dia merajuk.. bila tiba masanya kita memerlukan barang keperluan itu, kita terpaksa mencarinya seorang diri.

Nah.. pastinya berbeza bukan perasaan berbelanja seorang diri dengan berbelanja bersama isteri? Mungkin kita terbeli barang yang tak sepatutnya dibeli dan tertinggal barang yang mustahak. Begitu jualah sebaliknya..

Carilah.. temuilah.. kenalilah.. dengarilah bicaranya. Bersihkan hati dengan zikir kepada Allah, berdoalah semoga suara hati dipandu cahaya Ilahi.  

“SUCIKANLAH HATI DAN JIWA.. INSYAALLAH, KITA AKAN MENDENGAR GETARAN BICARANYA”

PDF: CARI DAN DENGARI SUARA HATI (MUAT TURUN)

Advertisements