KAMU TETAP AKAN MENYESAL..!!!!


Kamu akan tetap menyesal…!!!!

Pada satu ketika dahulu, terdapat 3 orang pemuda yang berkawan baik sedari kecil. Ke mana saja mereka pergi dan apa sahaja yang mereka lakukan mereka tetap bersama-bersama.

Setelah sekian lama bersama-sama membesar di dalam kampung, tercetus perasaan ingin keluar dan mengembara melihat keindahan seluruh alam. Kata sepakat dicapai, lalu mereka mengatur rencana untuk meneruskan pengembaraan mereka nanti.

Pengembaraan mereka pun bermula..

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Dipendekkan cerita, semasa mereka berada di dalam hutan mereka telah menemui sebuah gua yang sangat gelap. Mereka teragak-agak untuk memasukinya kerana keadaannya yang sangat gelap.

Semasa mereka sedang berkira-kira mengenai gua tersebut, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua yang entah dari mana datangnya menyapa pemuda bertiga itu.

Ketiga-tiga pemuda yang terkejut dan kehairanan bertanya kepada lelaki tua tersebut, siapakah dia, dari mana datangnya dan ke mana pula hala tujunya?.

Namun pertanyaan ketiga-tiga pemuda itu langsung tidak dijawab. Sebaliknya hanya disambut dengan senyuman nipis sambil  orang tua itu berkata,

“sudah ramai orang yang masuk ke dalam gua ini, dan ramai yang telah  menyesalinya”. Kata orang tua tersebut.

Pemuda pertama kehairanan, lalu bertanya. “ Apa yang mereka kesalkan?”

Sekali lagi pertanyaan pemuda itu tidak dijawab, hanya disambut senyuman nipis penuh makna sebelum orang tua itu beredar meninggalkan ketiga-tiga pemuda yang terpinga-pinga.

Pemuda kedua bertanya kepada kepada rakannya, apa yang perlu mereka lakukan. Berkatalah pemuda ketiga, “ Mungkin orang tua itu sudah tidak siuman..dan mahu mengenakan kita semua”.

Pemuda pertama lalu berkata. “Mungkin dia cuba memberi sesuatu amaran.. mungkin ada sesuatu yang dia sembunyikan di sini dan tidak mahu kita menemuinya”.

“Apa-apa pun kita mesti memasuki gua ini bersama-sama..kita cuba siasat apa yang ada di dalamnya”.  Balas pemuda kedua.

Cadangan daripada pemuda kedua disokong oleh rakannya yang lain. Lalu mereka memasuki gua yang gelap gelemat tanpa sebarang cahaya.

Mereka terpaksa berjalan perlahan-lahan kerana tidak dapat melihat sebarang objek walaupun tangan mereka sendiri..!! sampai di tengah-tengah gua, mereka merasakan sangat banyak batu-batu yang bersepahan di lantai gua dan menyukarkan mereka untuk berjalan dalam kegelapan.

Ketiga-tiga pemuda tersebut meraba-raba di lantai gua dan hanya batu-batu yang dapat dirasakan. Pemuda pertama berkata, “Apa yang ada di dalam gua ni? Hanya batu-batu sahaja yang banyak..kita membuang masa di sini.” Pemuda pertama tidak mengambil apa-apa daripada gua tersebut.

Pemuda kedua pula berkata. “Iyelah..tiada apa-apa di sini, selain batu. Tapi tak mengapalah, aku ambil seketul batu kecil ni, mungkin ada gunanya nanti”. Pemuda kedua mengambil batu kecil dan menggenggamnya.

Pemuda ketiga mengambil dua biji batu, dengan perasaan marah dia berkata.        “ Orang tua ni nak perbodohkan kita agaknya. Bila aku keluar dari gua nanti, akan aku lemparinya dengan batu ini”. Kata pemuda ketiga lalu mengajak rakannya keluar dari gua tersebut.

Sesudah mereka keluar dari gua itu, alangkah terkejutnya mereka bahawa batu yang mereka pegang itu adalah EMAS.!!

Pemuda pertama sangat menyesal kerana tidak mengambil batu di dalam gua itu tadi, manakala pemuda kedua sangat menyesal hanya mengambil seketul sahaja batu kecil. Pemuda ketiga juga sangat menyesal hanya mengambil dua ketul sahaja, sedangkan dia mampu mengambil batu yang banyak.

Ketiga-tiga pemuda tersebut mengakui kebenaran yang dikatakan oleh orang tua tersebut. Tetapi mereka bertiga tetap tidak berpuas hati, lalu mereka masuk semula ke dalam gua untuk mengutip sebanyak mana yang mereka mampu bawa. Kain buat membungkus pakaian dan segala peralatan pengembaraan mereka diambil sebagai ‘guni’ buat mengumpul emas.

Setibanya di dalam gua mereka berebut-rebut dalam kegelapan mengaut segala batu-batu yang disangkakan emas, sehingga kadang-kala menimbulkan perkelahian.

Setelah penuh guni dengan emas tersebut, ketiga-tiga pemuda itu termengah-mengah kepenatan mengusung karung guni yang sarat dengan emas.

Setibanya di luar gua, mereka terlalu ghairah untuk melihat ‘hasil’ yang mereka perolehi. Ketiga-ketiga mereka serentak membuka guni. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat isinya guninya hanyalah berisi berketul-ketul batu-batu yang tiada nilainya.

PENYESALAN

Mereka menyesal dan menginsafi apa yang berlaku di atas mereka.

SEKIAN, WASSALAM

PENGAJARAN KISAH INI :

1)    Dunia ini diibaratkan seperti gua ; bersederhanalah dalam mengambil isinya.

2)    Redha apabila tiada, bersederhana apabila kurang dan jangan tamak apabila banyak.

3)    Sayangilah warga tua 😛

1 responses to “KAMU TETAP AKAN MENYESAL..!!!!

Tinggalkan komen