KENANGAN SOFT-SKILL


PROGRAM SOFT-SKILL ADALAH PROGRAM KETRAMPILAN GRADUAN, KHUSUS UNTUK MAHSISWA/WI YANG BARU SAHAJA MENAMATKAN PENGAJIAN. PROGRAM YANG SELAMA 7 MINGGU INI DAN DILAKSANAKAN DI KAMPUS KUSZA, SANGAT BERMAKNA DAN BERERTI BUAT SAYA DAN RAKAN-RAKAN YANG SAMA-SAMA MENGHARUNGINYA.. KEPAHITAN PADA PERMULAANYA, TETAPI KEMANISAN SEUMUR HIDUP DI AKHIRNYA.

PROGRAM INI DIKATAKAN JULUNG-JULUNG KALI DIADAKAN DI UNIVERSITI DARUL IMAN KAMPUS KUSZA. BOLEH DIKATAKAN BAHAWA PROGRAM INI ADALAH SEBAGAI PERCUBAAN. TETAPI APA YANG KAMI DAPAT, TERSANGATLAH BERNILAI.

PROGRAM INI DILAKSANAKAN  SEMASA SAYA BARU MENAMATKAN DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM (SYARIAH). SEBANYAK TIGA MODUL UTAMA DIPRAKTIKKAN, ANTARANYA;

1) MODUL BAHASA INGGERIS

2) MODUL KEUSAHAWANAN

3) MODUL INSANIAH

KETIGA-TIGA MODUL INI MENEKANKAN ASPEK KOMUNIKASI DAN PENYAMPAIAN SECARA TERUS. MUDAH KATA DI AJAR MACAMANA NAK BERCAKAP DAN BERHADAPAN DENGAN ORANG RAMAI.

SEMUA JURUSAN DI CAMPURKAN DAN DIBAHAGI-BAHAGIKAN MENGIKUT KELAS MASING-MASING. SEBANYAK 9 ‘GROUP’ DAPAT DIADAKAN. SETIAP GROUP ADA KETUANYA, CAM BIASA, SAYA MENGETUAI GROUP 1 :p

TERLALU BANYAK AKTIVITI, TERLALU BANYAK PROGRAM, TERLALU BANYAK TEKANAN, TERLALU BANYAK KESERONOKAN DAN KENANGAN.. BANYAK AKTIVITI YANG MEMERLUKAN KITORANG KELUAR DARI KAMPUS DAN MENEMUI PARA USAHAWAN YANG BERJAYA DI LUAR KAMPUS DAN MENEMURAMAH MEREKA. HASIL TEMURAMAH ITU KITORANG KENA BENTANGKAN PADA AHLI KUMPULAN SEKELAS.

ADA JUGA AKTIVITI YANG DILAKUKAN UNTUK ‘MEMAKSA’ KITORANG BERFIKIR DILUAR KOTAK..!! SAMPAI SORANG KAWAN SAYA NI NAIK TENSION SEBAB TAK DAPAT NAK KELUAR DARI KOTAK.. HEHEHE..

BAWAH NI SAYA SEDIAKAN BEBERAPA GAMBAR KENANGAN SEPANJANG PROGRAM. SEKEPING GAMBAR MENCERITAKAN 1001 KISAH🙂

ketika menyampaikan sedikit ucapan mewakili kumpulan satu (*nampak Slim kan masa tu?😛 )

aksi ketika mendeklamasikan sajak. ala-ala Herman Tino gitu. hehe

MELAKUKAN “RITUAL” SEBELUM MEMBUAT PERSEMBAHAN.

TRANSFORM.!!!!

KORANG NAMPAK APA YANG SAYA PEGANG TU?? hehe

MEETING TERGEMPAR!!!!!

MELAKUKAN MEETING KORPORAT, AGENDANYA IALAH: PENAWARAN DAN PEMBELIAN BARANGAN KETENTERAAN. (BAJU KALIS PELURU).

korang percaya ke tak??.. tapi itu la hakikatnya. hehe

TENGAH TRAINING NAK JADI AYAH.. (korang jgn fikir bukan2 plak).

ANTARA BABAK YANG AKAN DIPENTASKAN DI DALAM PEMENTASAN DRAMA RADIO.. HEHE.. BUKAN LA, KAT DEWAN KULIAH UTAMA. saya sebagai ayah lagi Mithali, tapi miskin. huhu

TENGAH ‘PRESENT’ MENGENAI PERUSAHAAN KEREPEK YANG KAMI BUAT TEMUBUAL.

BERBAGAI-BAGAI JENIS KEREPEK & KEROPOK DIBEKALKAN KEPADA KAMI SEHARI SEBELUM PRESENT ATAS TUJUAN PROMOSI,

WALAU BAGAIMANAPUN, HANYA SEJENIS KEREPEK SAHAJA YANG SEMPAT ‘DISELAMATKAN’.

yang lain aku malas nak tanya ke mana hilangnya.. huhu

AKU.. SEDANG MENGURUSKAN “MAYAT” AKU SENDIRI.. tak seram ke tu. heeee

ACTION..!!! DRAMA BERMULA DENGAN PENUH DRAMA.

AKU SEBAGAI PAK YAAKOB, ORANG TUA LUMPUH SEPARUH BADAN. DRAMA YANG BERTAJUK: “BILA DIRI DAH TUA..APA PUN TAK BOLEH”.

KURANG AJARAN LO..KELUAAAAR..!!!!! $%&*@!#%% (INDONESIA VERSION)

PAK YAAKOB KETIKA MEMARAHI ANAKNYA, SALMAH, KERANA PULANG LEWAT MALAM TATKALA BULAN MENGAMBANG.

“BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL..JASAD TERBUJUR DI PEMBARINGAN”

BILA MALAIKATUL MAUT DATANG MENJEMPUT, DITAMBAH LAGI PENYAKIT SEMPUT, ANAK DARA SORANG PULAK MENAMBAH SERABUT..MAKA..

AL-FATIHAH

SEMOGA ROH PAK YAAKOB DAN ISTERINYA DICUCURI RAHMAT, DAN ANAKNYA SALMAH DIBERI PETUNJUK.

*banyak lagi gambar yang akan dimasukkan.. buat masa ni, yang ni je dulu🙂

6 responses to “KENANGAN SOFT-SKILL

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s