KELEBIHAN SILAT CEKAK HANAFI


– Ringkas dan Tangkas
– Sessi pembelajaran dalam masa 7 Bulan
– Berasaskan pergerakan semula jadi manusia

Silat Cekak Hanafi tergolong dalam seni beladiri atau “martial arts” yang tujuan utamanya adalah untuk menjaga nyawa dan tubuh badan daripada serangan. Dengan kaedah dan buah yang ada, Silat Cekak Hanafi mampu menangkis serangan dengan mudah, cepat dan tepat. Ia bukan jenis pencak yakni silat yang bertari atau berbunga. Silat Cekak Hanafi adalah sesuai untuk semua insan tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, yang sempurna atau kurang sempurna anggota.

Silat Cekak Hanafi diajar secara berpakej dan diajar sehingga tamat. Dalam kaedah biasa, pakej sehingga tamat silat ini dapat disempurnakan di dalam tempoh 6 bulan. Tempoh ini boleh diselaraskan dengan keperluan sesuatu kelas seperti di sekolah- sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi. Selapas tamat, penuntut-penuntut boleh meningkatkan kemahiran secara bersendirian atau mengikuti kelas-kelas kemahiran yang diadakan dari masa ke semasa. Sebagai silat yang berasaskan gerakan seni, maka ia tidak memerlukan dan tidak menekankan keperluan kekuatan dan tenaga luar biasa untuk mengalahkan musuh. 

Kaedah pembelajaran bersistematik dan tidak menyukarkan diri serta membolehkan penuntut mempertahankan diri walaupun di tempat-tempat yang sempit seperti di atas papan sekeping.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s