ANTARA HAJI DAN DAM HAJI


ANTARA HAJI DAN DAM HAJI


Dikisahkan di dalam sebuah kampung, terdapat satu keluarga yang terdiri daripada seorang tua bernama Pak Hamid dan anak perempuannya yang baru tiga bulan  berkahwin dengan seorang pemuda yang menjadi pilihan hatinya.

Sejak berkahwin dengan anak perempuannya tiga bulan yang lepas, Pak Hamid merasa hairan dan tertanya-tanya, mengapa menantunya itu langsung tidak bekerja, hanya menghabiskan masa di rumah dengan makan dan tidur sepanjang hari. Namun begitu, menantunya itu langsung tidak pernah mengabaikan solat fardhu sehari semalam.

Walaubagaimanapun, pada pemikiran menantunya itu pula, dia tertanya-tanya, sejak dia berkahwin dan tinggal bersama bapa mertuanya itu, tidak pernah sekali pun dia melihat orang tua itu bersembahyang, walaupun satu waktu solat. Namun begitu, orang tua itu sangat rajin bekerja dengan melakukan pelbagai kerja-kerja kampung.

Hari berlalu saban waktu, namun sikap menantunya yang malas bekerja itu semakin merimaskan perasaan Pak Hamid. Hendak dinasihatkan secara terus terang, khuatir pula menantu tak boleh terima. Pak Hamid memerah otak tuanya untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang terbaik, lalu pak Hamid mendapat akal..!!

Di suatu petang yang damai, seusai Pak Hamid pulang bekerja , menantunya dipanggil untuk sama-sama bermain ‘Dam Haji’ di pangkin bawah pokok. Alasan Pak Hamid ialah kononnya dah lama dia tak bermain dam Haji dek kerana kesibukan masa. Terselindung niat untuk ‘menasihati’ menantunya melalui permainan itu… menantunya yang langsung tidak menyedari niat Pak mertuanya itu, menerima ajakan Pak Hamid. Permainan dam Haji pun dimulakan antara Bapa Mertua dan menantunya..

Dipendekkan cerita, semasa bermain Pak Hamid sengaja membuka ruang damnya agar senang buah damnya di’makan’ oleh menantunya selaku pihak lawan. Melihatkan keadaan itu, dan menantu itu pula menyangkakan Pak Hamid telah melakukan kesilapan besar dengan memberi peluang kepada dia untuk ‘makan besar’. Lalu menantunya itu menggerakkan buah damnya dan memakan 3-4 buah dam bapa mertuanya sambil menjerit-jerit kegembiraan, ‘Makan..makan..makan..hahaha’.

Menyedari menantunya dah termasuk perangkap, lalu Pak Hamid berkata dengan nada menyindir, “tahu makan je, kerja malas”.

Malu bukan kepalang rasa menantunya itu disindir setajam itu. Namun menantunya itu tetap bertenang dan merangka strategi untuk membuat serangan balas.

Pak Hamid tersenyum lebar tanda puas, setelah rancangannya betul-betul menepati sasaran. Tetapi dia langsung tidak menyedari strategi serangan balas yang diatur oleh menantunya itu.

Menantunya bertindak dengan membuka ruang damnya agar peluang buah dam bapa mertuanya boleh sampai ke peringkat “haji”. Melihatkan keadaan itu, dek kerana terlalu gembira kerana kemenangan pertama, Pak Hamid terus menggerakkan damnya terus keperingkat “haji” sambil menjerit-jerit, “Haji..Haji..Haji..Ayah dah dapat Haji”. Pak Hamid menjerit gembira.

Menantunya yang telah memasang perangkap, terus memulangkan paku buah keras.

Hmmm.. Haji saje je tu, Haji kosong, sembahyang pun malas”.. menantunya menyindir.

Terdiam bak dilanggar garuda dek kerana sindiran menantunya itu, Pak Hamid terus menghentikan permainan dam haji itu serta merta. Masing-masing telah terkena diri sendiri, tiada kata yang dapat dilafazkan.

* APA PENGAJARAN YANG KITA DAPAT?? :p

2 responses to “ANTARA HAJI DAN DAM HAJI

  1. menarik…:):)..ain rasa satunya,cara kita nak memberi teguran..kdng x perlu pun di bgtahu terus..cukup dngan perbuatan atau tguran scra x langsung pun boleh bg kesan kepada seseorang bahkan boleh jd kesan y sgt besar n berkesan..keduanya,konsep keseimbngan dalam khidupan..diantra dunia dan akhirat..:):)bnyk lg….:):)

  2. Pingback: ANTARA HAJI DAN DAM HAJI « Halimlading21's Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s