KERAMBIT


Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.

Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.

P/S : kalau korang pernah tengok cerita Hang Tuah filem P.ramlee ( Colour Version ), korang cuba tengok lakonan Saadiah ketika membuat tarian menggunakan kerambit untuk membunuh Dato Karma Wijaya.. kerambit disembunyikan di celah sanggul. menunjukkan bagaimana kaum wanita dahulu menjaga keselamatan diri.

sekarang ni kita mengambil mudah dengan mengabaikan keselamatan diri sendiri. nak bawa kerambit dah merupakan satu kesalahan sekarang ni, tapi ada alternatif lain yang agak affektif dan sangat saya syorkan.

BLACK PEPPER SPRAY..!!! murah je, paling murah RM15 kalau tak silap.

BUAT ORANG LELAKI : KALAU KORANG BERGADUH / TENGOK ORANG BERGADUH, PASTIKAN MEREKA BERSENJATA ATAU TIDAK. JIKA TANGAN KOSONG, MUNGKIN SENANG TAPI JANGAN AMBIL MUDAH. JIKA BERSENJATA PASTIKAN SENJATA JENIS APA DAN TAHU KEMAMPUAN ANDA UNTUK MENGHADAPINYA.

TAPI KALAU NAMPAK ORANG BERGADUH DALAM GELAP, DAN TANGANNYA MENYERANG ALA-ALA “MELAYANG”, BAIK KORANG JANGAN LIBATKAN DIRI JIKA ILMU TAK PENUH DI DADA. ADA KERAMBIT LA TU..

* Pengalaman penulis ketika berhadapan pemabuk berkerambit.. bila dah mabuk, satu sen tak berguna.

* berguru pada yang tahu..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s