“SAYA HANYA MAHUKAN IKAN!!”


Ramli  bergegas mengemaskan alat-alat kelengkapan menangkap ikannya. Segala perlatan tersebut dimasukkan ke dalam sampan kecilnya. Setelah selesai barulah pemuda tersebut mendayung sampannya untuk pulang kerumah. Mencari rezeki dengan menangkap ikan sudah sebati dengan dirinya sejak dari kecil hinggalah kini. 

GAMBAR SEKADAR HIASAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Jika musim tidak mengizinkan dia turun ke sungai menangkap ikan, dia akan membuat pekerjaan lain agar rezekinya tidak terputus. Sumber hutan menjadi pilihan kedua sumber pendapatannya.

Suatu hari ketika sedang sibuk menjala, memasang bubu dan mengail ikan, secara tiba-tiba cuaca berubah secara mendadak. Ribut serta hujan lebat melanda kawasan sungai tempat Ramli mencari rezeki. Sampan Ramli teroleng-oleng dan hanyut dibawa arus sungai yang semakin deras. malang tidak berbau, seperti jatuh ditimpa tangga, sampan pemuda tersebut pecah terlanggar batu sungai. Maka pemuda tersebut terkapai-kapai cuba menyelamatkan diri dari ditelan ke perut sungai yang semakin menggila itu. Pantang maut sebelum ajal, pemuda itu tersangkut pada rimbunan akar pokok yang berada di tebing sungai. Dia pengsan di situ…

Setelah beberapa jam, pemuda itu membuka matanya. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati dia berada di rumah orang yang tidak dikenalinya.. yang berada di sisinya adalah seorang pemuda yang hampir sebaya dengannya, tinggal dengan ibunya yang sudah tua.

Dari cerita pemuda kampung itu dan ibunya, maka ketahuilah Ramli bahawa dia telah diselamatkan dari celahan akar pokok dan dibawa kerumah itu..

Ramli mengucapkan syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menyambung hidup dan diketemukan dengan dua orang manusia yang sangat baik hati dan layanannya.. melihat kepada cara hidup keluarga itu yang tidak banyak berbeza dengan kehidupannya, maka pemuda itu dapat mengagak bahawa pendapatan sara hidup mereka sama dengannya, menangkap ikan. Ini kerana rumah itu bersebelahan dengan sungai. Itu adalah agakan pertama Ramli. Ramli dipelawa oleh pemuda kamung itu untuk tinggal bersama mereka sementara dia membina sebuah perahu baru untuk kegunaan Ramli pulang ke kampung asalnya. Ramli terpaksa bersetuju memandangkan itu sahaja pilihan yang dia ada.

Keesokan paginya Ramli melihat pemuda kampung itu bersama ibunya masuk ke hutan untuk mencari dan mengutip hasilnya. Ramli tidak dibenarkan ikut bersama dengan alasan belum cukup sihat dan perlu banyak berehat.

Sepanjang pemergian kedua beranak itu ke hutan, Ramli berjalan-jalan meninjau sekitar rumah pemuda itu. Kehidupannya sangat sederhana dan agak mendamaikan. Ramli berjalan di pinggiran sungai yang bersebelahan dengan rumah tersebut, alangkah terkejutnya Ramli apabila mendapati di dalam sungai itu cukup banyak ikan-ikan yang berenang-renang ke sana ke mari, seolah-olah tidak pernah diusik!

Ramli segera berlari ke rumah pemuda itu dan membuat sebuah joran daripada buluh kecil yang banyak terdapat di sekitar rumah. Dalam beberapa ketika, joran itu siap!.

IKAN SUNGAI

IKAN SUNGAI

Ramli memancing sehinggalah kedua beranak itu pulang dari hutan membawa hasil yang tidak seberapa. Hanya sekadar cukup untuk bekalan harian. semasa pemuda itu dan ibunya menghampiri Ramli, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat berpuluh-puluh ekor ikan berada di sisi Ramli. Pemuda itu bertanya;

“apakah benda ini?”.

Pertanyaan pemuda itu membuatkan Ramli terkejut, kerana pemuda itu dan ibunya seolah-olah tidak mengetahui itu adalah ikan.

Ibu pemuda itu pula bertanya;

“Adakah ikan ini boleh dimakan?”

Dalam kebingungan Ramli menjawab berbagai-bagai pertanyaan dari kedua-dua beranak tu. Kedua-duanya seperti tidak pernah kenal dengan haiwan yang bernama ‘ikan’ ini. Ramli kecewa, bingung dan simpati. Segalanya bercampur baur.

            Pada malam itu, ramli yang menyediakan makan malam, segala menunya berasaskan ikan. Dari yang dibakar, disalai, direbus dan sebagainya. Setelah segalanya siap, Ramli mengajak kedua beranak itu makan bersama. Pada mulanya mereka enggan menjamah, seolah-olah takut dengan apa yang dihidangkan oleh Ramli. Namun setelah melihat Ramli makan dengan berselera, mereka mencubanya.

            Setelah beberapa suap ikan tersebut dimakan, kedua beranak itu dengan penuh lahap dan berselera memakan ikan-ikan tersebut. Habis kesemuanya tidak bersisa.

            Kedua beranak itu tersandar kekenyangan dengan hidangan ikan-ikan tersebut. Pemuda dan ibunya mengakui bahawa sepanjang mereka hidup di tepi sungai itu tidak pernah mereka melihat, menangkap dan memakan ikan tersebut. Ini adalah pertama kali mereka merasainya. Ramli merasa terlalu hairan. Bagaimana mereka tidak tahu kewujudan ikan-ikan di sungai tersebut dan langsung tidak tahu cara menangkapnya. Sedangkan mereka sanggup meredah  ke tengah-tengah hutan belantara berbatu-batu jauhnya dan mengutip hasil tidak seberapa.  Ramli menyatakan kepada pemuda tersebut, bahawa dia akan mengajar pemuda itu cara untuk menangkap ikan di sungai.

            Keesokan paginya, kedua beranak itu tidak masuk ke hutan. Mereka bersama Ramli ke sungai untuk melihat Ramli menangkap ikan. Tidak sampai beberapa minit Ramli mencampak tali jorannya, lekat seekor ikan dihujungnya. Ramli menyentap naik ikan tersebut ke darat. Maka melompat kerianganlah kedua beranak itu sambil terbayangkan hidangan makan tengahari dan malam nanti.

Selepas beberapa ekor ikan didaratkan, Ramli menyerahkan jorannya kepada pemuda tersebut untuk mencuba mengail ikannya sendiri. Pemuda tersebut berkerut wajahnya, enggan menerima joran tersebut. Lalu berkata;

“Saya hanya mahukan ikan, bukannya joran”.

Ramli menerangkan kepada pemuda tersebut, bahawa dengan joran itulah kita akan mendapat ikan.

Pemuda itu masih enggan menerima joran tersebut. Dia dan ibunya tetap berkeras mahukan ikan, bukannya joran. Menurutnya lagi, joran bukannya boleh dimakan. Mendengar penjelasan mereka, Ramli cukup kecewa.

            Selama beberapa hari Ramli tinggal di situ, dia hanya menjadi tukang pengail ikan bagi kedua beranak itu. Mereka sudah tidak lagi masuk ke hutan. Akhirnya Ramli membuat keputusan. Dalam diam-diam, Ramli menyiapkan sebuah rakit untuk dia pulang ke kampung halamannya.

Keesokan paginya, pagi-pagi lagi sebelum kedua beranak itu bangun, Ramli keluar meninggalkan rumah itu. Ramli mencacakkan jorannya itu di tebing sungai, dengan tujuan agar pemuda dan ibunya itu dapat menggunakannya nanti. Ramli mengayuh rakitnya meninggalkan kedua beranak itu yang masih dalam ketagihan ikan.

GAMBAR SEKADAR HIASAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN

 

Apabila kedua beranak itu bangun, mereka terus mencari Ramli untuk memintanya menangkap ikan. Tetapi panggilan mereka tidak disahut. Mereka menuju ke sungai kerana beranggapan Ramli sudah berada di situ. Kehadiran mereka hanya disambut sebatang joran yang terpacak di tepi tebing sungai tanpa bertuan. Pemuda itu duduk mencangkung dan hanya memandang joran itu dari atas dan ke bawah tanpa tahu apa yang perlu dibuat.

Begitulah apa yang dilakukan oleh pemuda itu saban hari dan saban minggu. Minggu berganti bulan.

Ramli yang sudah tiba dikampung halamannya meneruskan aktiviti hariannya seperti dahulu. Menahan pukat, memasang bubu, menjala dan mengail. Hasilnya dijual di pasar-pasar.

Semasa menjual hasil-hasilny di pasar, dia terdengar bualan-bualan pengail-pengail lain yang sepertinya bercerita mengenai seorang pemuda yang berkelakuan pelik di hujung sungai. Mereka menceritakan sepanjang mereka melalui sungai itu untuk menangkap ikan, pasti akan melihat seorang pemuda yang hanya duduk mencangkung di tepi sebatang joran. Dari pagi hinga ke petang.

            Daripada penerangan mereka, tahulah Ramli bahawa itulah pemuda yang pernah menolongnya dan itulah pemuda yang enggan menerima ilmu memancingnya dulu. Ramli benar-benar sedih dan kecewa.

 

           

 

One response to ““SAYA HANYA MAHUKAN IKAN!!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s