ADIK-BERADIK


INI ABANG SULUNG SAYA..UMUR 27 TAHUN KALAU TAK SILAP. MASIH SOLO. ABDUL HAKIM BIN ABDUL GHAFFAR. KERJA KAT @#$%^& . TEMPAT LONGGOKAN DUIT SEDUNIA. NAK DUIT?? MINTAK DENGAN DIA. KORANG BOLEH BUKA BLOG DIA KAT

http://hakimghaffar.blogspot.com/

Harry Potter?? bukaan.. ini saya, Abdul Halim Bin Abdul Ghaffar. Anak Kedua. umur 25 tahun. ni masa konvo diploma dulu. Universiti Darul Iman Malaysia, sekarang dah jadi Unisza.. pasni?? nth..

Ini masa aku berumur berapa entah.. dekat setahun rasanya.. masih belum merangkak masa ni, sebab memang aku tak merangkak pun! mak aku cakap aku terus berjalan. melanggar prosedur yang biasa dilalui oleh bayi. hehehe

aku yang paling kecik sekali. tgh tengok apa benda nth kat lantai yang menjadi ‘kegerunan’ abang aku. haha. yang smart kat belakang tu, ayah aku. tu baju masa dia akad nikah dengan mak aku dulu. dia bergambar sambil pakai baju tu sebab nak tunjuk kat kitorang, sebab kitorang xde masa diorang akad nikah😛

yang perempuan tu anak jiran. sapa entah. kalau ada yang kenal dengan sapa yang empunya gambar tu, tolong2 la hubungi saya.


ini gambar pokok bunga mak. dia saja nak amik gambar pokok ni, sambil menggunakan kami sebagai penghias tambahan. kreatif betul mak aku. depan sekali tu aku la, betapa tak puas hatinya aku dan abang aku dipergunakan sedemikian.

budak perempuan yang kecik tu, namanya Nurul. korang tengok gayanya, ganas kan? memang pun. lasak cam lelaki, aku yang lelaki ni pun tak lasak cam dia. konfius aku, sapa lelaki sebenarnya?? hmmm… mana ko nurul sekarang ni, mesti dah kawen. kuikui.

yang nampak kaki je tu, namanya kak Lin. gambarnya tak dapat dirakam ketika itu, kerana… korang boleh teka rasanya sebab apa. hehe. yang penting, dia selalu cubit aku bila aku masuk rumah dia. mana dia sekarang,aku nak cubit dia balik.. apa-apa pun aku masih bersyukur kerana aku tak dicampaknya ke bawah. (aku tinggal di kuarters Tentera tingkat 4). kucing hitam aku pernah terjatuh dari ketinggian ni, tapi tak mati pun. cuma pening je sekejap, lalu menjalankan rutin beliau seperti biasa.

yang macam samseng kampung pisang ni adik saya. ranking ke-3 dalam susun atur adik-beradik kami. satu2nya “parti Pembangkang” dalam keluarga kitorang. bangkang2 pun balik rumah jgak. tak pernah menang dalam bangkangannya, kerana tidak mendapat sokongan 2/3 ahli parlimen rumah.

sering bawak moto laju2 tanda protes, bajet rempit la tu..

sekarang belajar di Politeknik Seberang Perai, P.Pinang. amik kos apa ntah.. kejuruteraan mekanikal rasanya.

Ni yang ke-4.. masih menuntut tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas. Abdul Hanif Bin Abdul Ghaffar. Beliau seorang Ketua Kelas dan bertindak tanduk sebagai ketua di kelas yang di ketuainya.. seorang yang kemas, pergi sekolah dan balik sekolah tali leher tak pernah tanggal. Biar pergi balik sekolah naik basikal tengah panas. respek tul la..

Penyamun Bertopeng, yang menggelarkan diri mereka sebagai “keluang Man”.

gambar ini di rakam ketika mereka terkantoi tak dapat lari apabila hari telah siang. Membawa senjata yang diharamkan Kerajaan malaysia berupa raket, digunakan untuk “smash” sapa yang menghalang mereka. yang sorang lagi menunjukkan aksi berani dengan mengunyah pensil. motifnya?? tak dapat dipastikan..

Hasil maklumat unit risikan kami, gambar di atas amat dipercayai bahawa mereka berdua adalah “Keluang Man” yang ditangkap di dalam rumah tempoh hari. mereka merupakan beradik kembar ( Lelaki & Perempuan ). kini sedang menjalani latihan “elit Kids” di Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan. kelas 2 Gigih.

Nur Syhuhada Bte Abdul Ghaffar.. umur 1 tahun setengah. adik bongsu kami. belum menerima pendidikan formal, sedang dididik menjadi seorang yang mendengar kata orang tua. ada tanda-tanda protes dan ingkar pada sistem keluarga yang ada.

Sering dilihat memikirkan sesuatu yang serius. mungkinkah merangka strategi menggulingkan sistem keluarga yang sedia ada?? mungkin mahu menjatuhkan ranking abang2’y yang lain??

segalanya mungkin..

45 responses to “ADIK-BERADIK

    • sijil rendah persilatan adalah untuk menguji tahap kefahaman secara teori dan praktikal mengenai Silat cekak Hanafi. lebih kurang sama dengan grading taekwondo, tetapi tidak boleh disamakan..

  1. emm…tiada pape…qistin selalu je jalan-jalan di blog ni..cume tak mengomen je..sebagai terapilah katakan…:)

  2. ain x pernah hilang..:):)ade je..ain tengok x de sape2 pun,jd ain pun x tau nk buat ape..:):)sekadar melihat-lihat..alhamdulillah mereka semua selamat..ape y qistin buat smpai sibuk sgt?:):)

  3. sapa kata sy hilang?sy ada je………..sy tunggu je u all semua tak kuar2 pun….sibuk aritu pasal pergolakkan mesir…alhamdullilah semua dah selamat….

  4. terima kasih untuk ape??tp sama2…dah lama x tgok blog ni..qistin pun dah mghilang..x tau nak ckap ape…ape2pun,selamat maju jaya…ternnti2 ape y dinnti2kan:):)

      • maksud ain..dlm blog ni la…banyak statement(x de la bnyak sgt) yang a.halim tulis,”nanti2kan”,sila tunggu keluaran akan datang”..jadi ternanti2 la jgk perkembangan atau input baru…:):
        ptg ni start teori srp,esok pagi praktikal srp,ptang lpas jumaat mjlis ijazah asas dan potong..sabtu,x silap ain kursus asas kejurulatihan…ain tak ambik srp..yang lain2 tu ambik la…:):)

      • seperti yang saya jangkakan.. hehe. semuanya masih di dalam kotak fikiran dan minda yang menerawang, belum sempat diterjemahkan ke dalam penulisan. kalau la ada pembantu yang nak tolong taip🙂

    • Doakn ana diperlembahan NIL ni..najjah dlm imtihan..skrg fatrah imtihan kt Mesir ni…Dgr2 banjir kt Tmn Sri Kalong..banjir mcm dulu lg ke?

      • emm..ari tu ana cari blog sahabat ana yg study kt Usim..maaf banyak2 terlawat blog us halim secara xsengaja…asif jiddan2..

      • syukran us..ana tertarik baca bhgn renungan yg us tulis..cz ia dpt di jadikan muhasabah pada diri kita n ruangan adk-beradik cz teringat kt family ana.huhu..us bila nk update blog utk artikel yg terbaru..

      • kalu teringat, contact2 la family di sini.. hehe. tak sempat lagi nak update yang terbaru. semuanya masih dalam minda yang tak seberapa pintar ni. masih belum berkesempatan untuk diterjemahkan ke dalam blog ni. ustazah ada blog? atau menggunakan Facebook?🙂

      • selalu je contact family.dpt dgr suara je..huhu..ana guna facebook..xpandai nk menulis cuma suka baca blog ilmiah je..

      • sekadar nak menulis ni blog ni rasanya tidak perlu latihan penulisan akademik yang lengkap terlebih dahulu, cuma tulis je apa yang berlegar di minda dan di hati..
        Dr.Abdullah Aidh Al-Qarni ada menyebut bahwa, “menulis ini semudah bercakap, hanya memindahkan ke dalam bentuk tulisan”.
        Jutawan Bill Gates juga ada menyebut, setiap manusia mempunyai potensi yang cukup besar untuk maju, cuma kebanyakan kita terlalu banyak ‘
        membazirkan‘ bayangan yang terlintas di minda”🙂

      • iye..ana akui pandgn us..bg ana penulis berilmiah perlu ada skill dlm penulisannya..tambahan nk memcipta blog ilmiah yg mne ilmu n pandgn kita mnjadi bahan bacaan..klu kita mempunyai skill n latihan yg mntap..InsyAllah penulisan yg kita hasil dpt mnjdi rujukan.yg pentg kita dpt smpaikn dakwah kpd daie kita melalui penulisan..kdg2 seseorg mempunyai kekurangan..sedikit kekurgn pd diri ana dlm bidang penulisan..Alhamdulillah Allah anugerah kelebihan kpd us dlm bidang penulisan.pepn slmt meneruskn perjuangan…

      • Alhamdulillah..ana selamat sampai ke mesia..skrg berada kt mesia..doakn kami blh kembali study kt sana lg

  5. Pingback: 2010 in review « Halimlading21's Blog

  6. slm ukhuwwahfillah..dah besar ya..anak2 pak cik ghafar n cik dah ni ya…lama ana xtgk…teringat juga kt jiran tetangga ni..dh hmpir 4 thn tinggal kn taman sri kalong.selamt meneruskan perjuangan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s