CINTA PANDANG PERTAMA


Alhamdulillah..bersyukur aku kepada Allah, tuhan sekalian alam. Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.. Allah masih lagi memberi kesempatan untuk aku menulis kisah hidup aku yang mungkin tak menarik pun untuk dibaca, harapnya adalah sejemput dua iktibar yang mungkin boleh pembaca sekalian ambil kira..

Kali ni aku tuliskan mengenai Cinta Pandang Pertama.. haaa..  mungkin dalam minda anda semua dah terbayangkan mengenai cinta antara dua insan, merpati terbang sejoli atau romeo dan Juliet, mahupun Laila dan Majnun.. bukan cinta itu yang aku maksudkan.

“Cinta” aku bermula ketika aku sedang mencari silat di KUSZA ketika itu (sekitar tahun 2004-2005). Silat yang aku cuba cari silat yang agak lembut sedikit permainannya, tapi boleh dibawa bertempur.

Masa tu aku menginap di Kompleks Asrama Tok Jembal, yang menempatkan beberapa blok asrama lelaki dan perempuan untuk pelajar KUSZA dan KUSTEM (kini UMT). Untuk pelajar KUSZA hanya pelajar lelaki sahaja yang tinggal di situ. Dua blok disediakan untuk kami.

Aku hanya berulang-alik menaiki bas KUSZA atau menumpang moto kawan untuk pergi ke kelas yang dalam kampus. Kenangan berasak-asak dan berhimpit-himpit dalam bas memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hayat. Masa tu pakai bas “Jepun”, air-cond tiada, pakai tingkap sorong tarik je. Budak-budak UNISZA dah tak merasa suasana macamtu sekarang. Semua kerusi sorang satu, dah tiada rasa nak berkongsi. Kalau dulu budak-budak boleh berhimpit-himpit sampai bergayut kat pintu bas, membuatkan kitorang rasa jadi “satu” dan kenal satu sama lain. Sekarang, kau hal kau, aku hal aku. ( tapi bukan semua camtu).

Berbalik kepada cerita asal, semasa aku berulang alik naik bas dari tok jembal ke kelas, pernah aku terpandang satu kain rentang berwarna putih tergantung pada pagar KUSZA, masa tu pagar kusza pakai pagar jaring lagi. Kain rentang tu pun pakai kain putih tulisan tangan guna dakwat cat berwarna. Sekarang ni pakai “banner” printing punya. Lagi gempak ilustrasinya, buat sorang je. Tak payah kotor-kotor tangan dok mengecat kain rentang ramai-ramai.. tapi tu la, semakin hebat teknologi, semakin senang kerja manusia, semakin keseronokan  kerjasama itu “hilang”. Masihkah boleh dikembalikan??

Kain rentang yang aku maksudkan tu ialah iklan sebuah persatuan silat yang bertapak di KUSZA masa tu, tapi aku tak sedar kewujudannya. Rasanya masa tu diorang lebih bersifat “Underground” mungkin. Persatuan tersebut ialah Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Masa aku tengok iklan tu, sikit pun tak terasa nak join. Sebab apa??  Masa tu aku terasa ‘ego’ sikit kerana dah belajar silat yang lain sebelum ni. Iklan pulak Silat yang ada nama ‘ustaz’. Sapa entah ustaz tu, aku pun tak heran sangat masa tu. Ikhlas aku cakap, hati aku masa tu memandang rendah pada silat tu, hanya kerana nama.

Kuasa Allah s.w.t, pada semester 3 aku ditakdirkan dok sebilik dengan sorang “senior” aku, pangkat senior la, sebab dia semester atas lagi walaupun umur aku tua sikit daripada dia. Takdenya aku nak panggil dia abang, panggil nama je, lebih kamcing kan. Hehe.

Nama sebenarnya Fauzi B. Abdullah.. orang Pahang. Ada sorang lagi kawan aku sebilik, Mohd. Riduan B. Arshad, atau lebih popular di kalangan rakan2 sekelas dia dengan panggilan Tok Ayah. Sebabnya? Tak dapat dinyatakan di sini J

Maka hiduplah kami bertiga sebagai ‘roomate’ yang berkongsi susah dan senang. Segala rahsia kami, kami je la yang tahu.

Di pendekkan cerita, aku masa tu tak tahu yang dia ni ahli silat cekak hanafi KUSZA. Di suatu tengahari, tatkala aku baru lepas balik dari kelas aku dok la kat meja belajar aku tu nak sejukkan badan bawah kipas. Masa tu si Fauzi baru pas Solat Zohor, lepas je dia ni berdoa entah macamana tangan dia cepat je nak amik pen dari poket kemeja aku, (mungkin berkenan kat pen mahal aku kot..hehe). sampai je tangan dia kat poket aku, aku terkejut. Aku terus.. PAAAP!!! Siku dia aku tampar sampai tangannya terlepas dari poket kemeja aku.

Dia terkejut.. dia tanya aku, ‘kau ada belajar Silat Cekak Hanafi ke??’.

Aku kata takde belajar, Silat Cekak Hanafi tu pun aku tak tahu macamana rupanya. Aku tampar tu pun sebab spontan terkejut. Fauzi kata aku tampar tadi ‘kaedah A’ dalam Cekak Hanafi. Dia kata yang aku ni sesuai masuk Silat Cekak Hanafi. Aku pun terus Tanya Silat tu macamnana.. dia yang masa tu baru lepas solat, dengan kopiah atas kepala, baju melayu biru dan berkain pelikat, tanpa diminta terus buat “mini demo” depan aku. Aku disuruhnya serang dia, dia tunjuk sikit buah cekak Hanafi. Aku tak faham sangat, tapi saje buat muka kagum sebab tengok kesungguhan dia menerangkan kat aku.

Dia kata kat aku, kalau aku nak tahu macamna Silat Cekak Hanafi ni, dia suruh aku ikut dia pergi training, petang tu jugak!! Sebab diorang ada training petang tu kat KUSZA.

Petang menjelma.. aku ikut Poji ( Fauzi ) pergi latihan. Bertempat di hadapan Gimnasium KUSZA tempat diorang training. Masa kitorang sampai tu, orang lain dah training, si Poji ni datang lewat. Aku dok bersila kat tepi longkang sambil memerhatikan diorang training. Jurulatih ( Abang Halim ) tengok aku je, pelik kot ada orang luar datang tengok training. Poji cakap kat jurulatih tu aku Cuma nak tengok silat ni macamna rupanya.

Bila aku tengok diorang training, aku pelik lagi hairan. Yang menyerang berdiri lurus, yang menunggu serangan juga berdiri lurus. Aku tertanya-tanya, siapa ‘cekak’? yang menyerang atau yang menunggu? Berdirinya tak berkuda-kuda, logik ke nak buat buah silat?

Kemudian Abang Halim (Jurulatih) memberi penerangan buah kepada ahli-ahli, masa tu aku cuba “mencuri” dengar,..aku dapat memahaminya sikit. Hati aku dah ‘jatuh Cinta’ sebenarnya pada Silat tu masa tu, dek kerana silat tu nampak rileks dan bersahaja. Tapi mampu buat buah yang nampaknya keras tetapi cukup ringkas. Hati dah berkenan, tapi ‘otak’ ni masih lagi tak faham apa yang sebenarnya silat cekak ni. Otak ni masih lagi ‘menentang’, mungkin kerana skema silat terdahulu yang aku belajar.

Lalu keputusan di ambil ketika itu juga, aku mendaftarkan diri sebagai ahli Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi KUSZA.. sejak dari itu hingga ke hari ini (2010) aku sudah tidak lagi memandang ke belakang, aku terus dan terus dalam Silat Cekak Hanafi. Semakin hari semakin sayang J

Apa yang aku temui dalam silat Cekak Hanafi?? Nantikan kemunculannya🙂

3 responses to “CINTA PANDANG PERTAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s