Bagaimana meraih ilmu dengan mudah??

 

TUNTUTLAH ILMU YANG BERGUNASesuatu ilmu yang baik dan bermanfaat akan hanya masuk melalui hati, dan akan membentuk seluruh jiwa dan jasadnya dengan kebaikan. Tetapi ilmu yang buruk dan merosakkan akan masuk dari segenap penjuru, akhirnya akan merosakkan hati.

Namun, bukan semua hati mampu menerima ilmu yang berguna itu sepenuhnya. Kecuali dengan 7 kunci untuk menerima ilmu.

1)      JAGA PEMAKANAN

Hati yang lembut dan mudah dibentuk, ialah orang yang menjaga pemakanannya setiap hari. Lihat saja bagaimana orang-orang hebat di dunia ini,lihat bagaimana mereka menjaga pemakanannya. Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda;

“kami adalah umat yang hanya makan ketika kami lapar dan berhenti makan sebelum kami kenyang”.

 

2)      PEMILIHAN MAKANAN

Makanlah dari sumber yang halal dan dengan cara yang baik. Penyediaan makanan juga harus dititik beratkan.. ramai yang mengambil mudah perkara ini. Dalam Surah Al-nahl ayat 114, Allah menjelaskan;

“oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”

 

3)      BANYAKKAN BERPUASA

Cuba amalkan sunnah Rasulullah dengan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana organ penghadaman sentiasa bekerja keras apabila kita sentiasa banyak makan. Organ penghadaman menjadi terbeban. Rehatkan organ perut dengan berpuasa.

4)      BANYAK ISTIGHFAR

Kalimah astaghfirullah (betulkan dlm bacaan arab), bukan sekadar kalimah singkat yang terpacul sekadar di bibir. Tetapi ianya kalimah yang mampu membuka hati nurani, membuka pintu rezeki seluas-luasnya dan mendapat rahmat Allah s.w.t. penuhi hari kita seharian dengan beristighfar bagi mendapatkan hati yang terang.

5)      PELIHARALAH MASA

Sunnah Rasulullah, tidur selepas Isyak dan bagun di dua pertiga malam. Masa seharian kita tidak seharusnya berlalu dengan begitu sahaja. Jangan dibuat perkara yang tidak berfaedah, apatah lagi dengan perkara-perkara yang melibatkan maksiat, mengumpat, memfitnah, mencaci dan sebagainya. Apabila seseorang itu mula terlibat dengan perkara-perkara tersebut, maka hatinya akan sedikit demi sedikit menjadi keras dan kotor.

6)      PELIHARALAH HABLUMMINALLAH DAN HABLUMMINANNAAS (HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA)

Sesiapa sahaja yang mahukan hatinya terang dan bersih, maka hendaklah terlebih dahulu memelihara hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.

7)      PELIHARALAH SOLAT

Solat itu tiang agama..!! solatlah di awal waktu, kerana pada waktu itulah terkandung 1001 rahsia, yang mana sel-sel tubuh kita akan tercas dengan baik dan bertenaga sepanjang masa..

 

 

“seseungguhnya aku hanya menyampaikan dan berkongsi”

BUANG HANTU TU..!!!!!


Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai pawang bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

(sumber Berita Harian Online / http://berita-harian-online.com/pengertian-hantu)

Di atas adalah sebahagian dari beberapa penjelasan ringkas mengenai hantu yang sering menghantui pemikiran dan perasaan masyarakat dan kita sendiri.

Walaupun kisah mengenai hantu cukup popular dan tersebar luas (boleh dikatakan sebagai cerita sepanjang zaman), namun jumlah orang yang pernah berhadapan atau mengalami situasi dengan ‘hantu’ teramatlah sedikit.

Cuba kita perhatikan dan fikirkan dari sudut logik ilmiah, kebanyakan kisah-kisah ‘hantu’ adalah bersifat umum.

Saya bawakan satu contoh;

Lelaki A berjalan seorang diri dikawasan sunyi pada waktu malam. Dia bertemu dengan sesuatu berwarna putih melayang-layang di udara dan lenyap. Dia lari ketakutan dan pulang ke rumah. Keesokannya beliau demam. Keluarganya mengetahui peristiwa tersebut dan menceritakan kepada orang lain. Orang lain yang mendengar mempercayainya dan menceritakannya kepada orang yang lain pula. Begitulah seterusnya sehinggalah gempar satu kampung dan meningkatkan peminat-peminat dikedai kopi.

Itu konsep asas dalam kes bertemu hantu yang memberi keyakinan kepada minda kita bahawa hantu itu wujud!

Sebagai seseorang yang mengaku dirinya cerdik dan mempunyai pegangan agama, seharusnya bertanyakan kepada dirinya sendiri beberapa persoalan mengenai ‘hantu’.  Antaranya;

Persoalannya,

Mengapakah ‘hantu’ sering keluar di tengah malam yang sunyi?

Mengapakah hantu hanya muncul seketika sahaja?

Mengapa hantu lebih sinonim dengan gambaran perempuan?

Jika berada di dalam kumpulan, tidak semua ahli kumpulan akan ternampak hantu. Biasanya seorang sahaja yang akan terpandang. Benar bukan?

Persoalan itu anda boleh menjawabnya sendiri.

Bosan?? Jika Ya, tinggalkan laman ini segera. Jika tidak, bagus! Teruskan pembacaan anda.

Pada hemah saya, hasil pemerhatian, kaji selidik yang tidak seberapa dari kebanyakan orang, dan beberapa peristiwa ganjil yang saya sendiri alami, saya membuat kesimpulan bahawa itu semua bukanlah hantu. Tetapi hanyalah gambaran minda @ mental kita terhadap sesuatu.

Kita wajib mempercayai wujudnya Iblis, Syaitan dan Jin. Kesemua makhluk ciptaan Allah itu benar akan kewujudannya. Namun, tiada pernyataan akan wujudnya ‘hantu’. Hantu @ momok  adalah bahasa Melayu kuno yang diguna pakai untuk merujuk kepada sesuatu yang menakutkan.

Jadi, dari mana datangnya hantu itu?

Hantu itu datangnya dari dalam diri kita sendiri. Diri kita yang paling dalam yang beralaskan pemikiran yang cetek.

Sedari kecil kita sering mendengar pelbagai kisah hantu, dari ibubapa, adik beradik, saudara-mara, datuk nenek dan jiran tetangga. Hantu yang mereka temui adalah berwarna putih, berwarna hitam, dan sebagainya.

Apabila meningkat dewasa, kita menonton filem-filem barat, jepun, dan Thailand yang mengisahkan mengenai hantu. Pelbagai karektor dipaparkan melalui filem dan kita yang menontonnya rasa ianya benar-benar ada. Jadi, imej hantu itu ‘terakam’ secara automatik ke dalam minda kita. Adakah kisah hantu yang kita dengar semasa kecil dahulu dah hilang?? Tidak!! Sama sekali tidak. Imej-imej itu akan bertambah dengan imej hantu moden yang dipaparkan di dalam filem.

Pengkalan data minda anda akan ‘sesak’ dengan maklumat-maklumat berkaitan dengan hantu. Sama sekali data-data ini sukar untuk di’delete’. Jadi apa kesannya? Kesannya kita tidak akan terasa semasa kita di dalam pejabat yang sibuk, di dalam bilik kuliah yang hingar bingar, pasaraya yang sibuk dan asrama yang dipenuhi pelajar.

 

Kita akan merasai kesannya apabila kita bersendirian di dalam pejabat, kesejukan, apabila kawan-kawan semua pulang ke kampung masing-masing dan kita bersendirian di asrama.

Apa yang berlaku?

Anda mulai seperti ada ‘orang lain’ di dalam pejabat @ asrama anda. Anda seperti mendengar suara, merasai pergerakan dan lebih hebat melihat bayangan!!

Kesemua yang berlaku itu adalah ‘replay’ atau tayangan semula apa yang kita ‘simpan’ di dalam minda kita.

JANGAN TAKUT.!!

Itu hanyalah di dalam diri anda sendiri.. anda yang menyimpannya dan anda telah memasangnya semula. Cerita hantu Ju-On yang anda tonton tidak akan berlaku di dalam pejabat @ asrama anda dengan hantu tersebut keluar dan menarik kaki anda!!

Otak, minda, segala pancaindera, malahan otot-otot ditubuh mempunyai ‘memori’nya yang tersendiri. Memori terjadi hanya apabila data sesuatu diterima. Dan memori itu akan dikeluarkan dalam pelbagai cara apabila sesuatu keadaan serasi dengan memori tersebut. Minda anda menyimpan data hantu dan menjadi memori hantu, apabila berada dalam situasi yang serasi dengan memori tersebut maka desakan jiwa anda akan menolak memori tersebut dan mata anda akan menjadi LCD projector bagi menayangkan memori itu.

Adakah anda faham??

Tak faham tak mengapa..  teruskan pembacaan anda..

Sebagai contoh, dahulu anda menyukai kek coklat yang dimasak oleh ibu anda. Aromanya, warnanya, rasanya dan rupa kek tersebut. Sekarang, anda berada jauh dari ibu anda kerana sudah bekerja atau menyambung pengajian.

Suatu hari anda berjalan-jalan di sebuah bazaar, ketika itu tiada langsung ingatan kepada ibu anda. Tiba-tiba deria bau anda ‘menangkap’ bau kek yang dijual disitu. Bau itu cukup sama dengan bau kek yang sering dimasak oleh ibu anda di kampung. Nah.. ketika itu apa gambaran minda yang terlintas di pemikiran dan mata anda??

Pastinya imej ibu anda yang terpampang..!!

Sandarkan konsep memori ini dengan kisah hantu di atas.. anda boleh faham bagaimana gambaran hantu itu muncul?? J

 

Bertemu lagi dikeluaran akan datang.. byeee J