NANTILAH DULU….


NANTILAH DULU..!!!!

Di dalam sebuah kampung, terdapat dua orang lelaki yang berkawan baik. Seorang dari mereka agak berada, dan merupakan seorang peniaga. Isin namanya (bukan nama sebenar). Manakala seorang lagi, agak sederhana orangnya. Tidak terlalu berharta dan tidak pula terlalu miskin. Beliau dipanggil Yusof @ usop (juga bukan nama sebenar).

Walaupun mereka berkawan baik, namun perangai mereka berlainan. Isin agak suka bercakap besar dan gemar mengenakan orang lain. Lebih-lebih lagi mengenakan usop. Usop pula mempunyai sikap pendiam dan sering merendahkan diri. Sikap usop ini sering dipergunakan oleh Isin untuk memuaskan hatinya..

Suatu hari, Isin si peniaga ini mahu ke bandar atas urusan perniagaan. Namun hatinya bimbang untuk meninggalkan rumahnya tanpa dijaga, kerana hartanya disimpan di rumah. Lalu Isin berjumpa dengan Usop dan memintanya supaya menjaga rumahnya untuk dua malam sepanjang dia menyelesaikan urusannya di bandar. Isin berjanji akan memberikan upah menjaga rumahnya kepada Usop selepas sahaja dia pulang dari Bandar.

Lalu Isin memberikan kunci rumahnya kepada Usop supaya senang Usop menjaganya. Lantas Isin bertolak ke bandar bersama dengan beberapa barang perniagaannya.

Pada malam itu, Usop pergi ke rumah Isin untuk tidur di dalamnya, supaya orang yang berniat jahat akan membatalkan niatnya, kerana menyangkakan isin ada di dalam rumah.

Tetapi alangkah terkejutnya Usop kerana kunci rumah yang diberikan oleh Isin adalah salah, dan pintu tidak boleh dibuka. Maka terpaksalah Usop tidur diluar rumah dan melalui malam yang sukar. Usop menggigil kesejukan sehingga ke pagi esoknya.

Keesokan malamnya, Usop terpaksa membawa selimut tebal dan tidur berbumbungkan langit dan basah berembun. Selimut yang tebal tidak memberi kesan.

Keesokan paginya, Isin pulang dari bandar. Sesampainya di dirumah, langsung dia tidak menunjukkan perasaan terkejut melihatkan Usop tidur di luar rumah. Isin membuka pintu rumahnya dengan kunci yang lain tanpa mengambil kunci ditangan Usop.

Usop menanyakan mengenai upahnya,  tetapi Isin tidak memberinya. Dia memberi alasan terlalu penat dan berikan dia peluang untuk berehat dahulu, barulah dia akan membayarnya. Usop faham dan pulang ke rumahnya untuk berehat kerana semalaman tidak dapat tidur lena dek kesejukan.

Menjelang esoknya, Usop ke rumah Isin untuk menanyakan mengenai upahnya, tetapi hanya dijawab oleh Isin, “Nantilah dulu.. nanti aku bayar”.

Usop pulang ke rumah dengan perasaan kecewa.

Keesokan harinya pula, Usop pergi lagi ke rumah Isin untuk meminta upahnya, tetapi masih menerima jawapan yang sama, “Nantilah dulu.. kau pun tak ke mana-mana”.

Usop berasa cukup kecewa dan tersinggung dengan apa yang telah dilakukan oleh Isin. Usop sudah tidak mahu meminta upahnya lagi. Kerana tidak mahu dikecewakan dan malu sekali lagi.

Selang beberapa hari.. Usop teringin membuat jamuan dan ingin menjemput Isin untuk makan malam bersama. Lalu Usop pergi ke rumah Isin dan menjemputnya untuk datang ke rumahnya pada malam ini untuk makan malam bersama. Isin yang menerima jemputan Usop itu, berasa sangat gembira. Dalam hatinya berbunga-bunga kerana belanja makan malamnya dapat dijimatkan.

Pada malam yang ditetapkan, Isin segera datang ke rumah Usop untuk memenuhi undangan rakannya itu. Sesampainya di rumah Usop, isin berasa hairan kerana tiada sebarang persiapan dan hidangan malam seperti yang dijanjikan. Lalu Isin segera ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh Usop. Alangkah pelik dan hairannya Isin melihat Usop sedang menunggu dihadapan seperiuk nasi yang belum menggelegak, dengan sebatang lilin dinyalakan di bawah periuk tersebut.

Merasa hairan dengan apa yang dilakukan oleh Usop, Isin segera bertanya, “Apa yang kau buat tu?”. Usop tidak segera menjawab, sebaliknya hanya tersenyum memandang rakannya itu. Dalam kehairanan, Isin juga turut sama duduk bersila menghadap seperiuk nasi yang dipanaskan dengan hanya sebatang lilin.

Isin tidak senang melihat apa yang dilakukan Isin. Lalu dia bertanya, “ Lauk-pauk yang lain kau dah masak ke?”.

Usop menjawab pendek, “Belum.. Nantilah dulu. Kita tunggu nasi ni masak dulu”. Usop tetap tersenyum.

Isin bertambah-tambah pelik lagi hairan, kenapa kawannya sangat berlainan pada malam ini, tidak seperti selalunya.

Masa semakin berlalu dan malam semakin larut.. nasi yang di masak tidak juga masak, malah sudah berbatang-batang lilin abis dinyalakan. Isin semakin rimas, setiap kali ditanya bila boleh di makan, pasti Usop akan menjawab, “nantilah dulu..kamu pun tak ke mana-mana”. Itulah jawapannya setiap kali ditanya, dan menambahkan rasa tidak senang pada hati Isin.

Apabila hampir tengah malam, hati Isin semakin panas, di tambah lagi dengan perut yang berkeroncong. Sudahnya, Isin bingkas bangun dan mengherdik Usop, “Kalau begini la caranya kau layan tetamu, kau jangan harap dapat berkawan dengan aku lagi..!!”.  

Lalu Isin bergegas hendak keluar dari rumah Usop. Tatkala itu usop berkata;

kalaulah aku dapat bayaran upah menjaga rumah mu itu, tentu aku boleh beli dapur, kita pun boleh makan dengan cepat, kan? Usop berkata sambil tersenyum sinis kepada Isin.

Isin terkejut dan merasa malu bukan kepalang. Pagi-pagi esoknya Isin datang ke rumah Usop dan membayar segala upah yang dijanjikannya dulu.

3 responses to “NANTILAH DULU….

  1. pengajaran ats apa yg dilakukan….klu semua manusia bersikap mcm isin xtau la nk ckp lg mana…kesabaran usop ptt dicontohi….klu ade crite pengajaran yg lebih menarik jgn lupe share tau…^_^

  2. Pingback: NANTILAH DULU..!! | Halimlading21's Blog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s