BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM


                Dikisahkan pada suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kawasan pekan. Di pekan tersebut kesemua masyarakatnya hidup aman dan damai. Masing-masing menjalani kehidupan yang teratur berdasarkan kerja masing-masing.

                Namun, ketenangan dan kedamaian penduduk pekan tersebut tercemar dengan berlakunya beberapa kes pecah rumah dan kecurian. Hal ini membimbangkan hati semua penduduk pekan tersebut. Pantang rumah ditinggalkan walaupun sekejap, mesti ada laporan kes pecah masuk dan kecurian. Siasatan telah dijalankan, namun pencurinya masih belum dapat dikesan. Semakin lama siasatan, semakin banyak kes pecah rumah dilaporkan. Pencuri itu semakin ghairah dan seronok dalam aktiviti haramnya.

Pada suatu hari, pencuri itu terpandang sebuah rumah yang agak besar. Diperhatikan rumah itu masih bertuan. Cuma dah ditingglkan sementara. Mungkin keluar menguruskan perniagaannya diluar. Fikir pencuri itu. Rencana jahat diatur. Pada malam itu, aktivitinya akan dijalankan.

                Tepat tengah malam, ketika semua penduduk kampung nyenyak dibuai mimpi, si pencuri memecah  masuk ke rumah besar tersebut. Lalu dia menggeledah seluruh sudut di dalam rumah tersebut. Ditakdirkan Allah s.w.t, lampu yang dibawanya tidak menyala. Jadi berbekalkan pengalaman lama dalam kegiatan haram itu, dia hanya meraba-raba di dalam gelap mencari harta yang bernilai. Dia agak hairan, rumah sebesar itu tetapi tiada perkakasan perabot seperti rumah-rumah yang lain. Yang ada hanyalah bungkusan-bungkusan yang dibungkus dengan kain.

                Memandangkan tiada benda lain yang ada di dalam rumah itu yang boleh di ambil, si pencuri itu terus sahaja memikul dua bungkusan besar dari bungkusan yang ada di dalam rumah itu tanpa mengetahui benda di dalamnya.

“daripada tiada langsung, baik ada sedikit aku bawak balik”, keluh si pencuri.

                Semasa perjalanan pulang ke rumahnya, tiba-tiba hujan lebat turun mencurah-curah menimpa si pencuri. Pencuri yang tak sempat nak mencari tempat perlindungan, terus sahaja meneruskan perjalanan dalam hujan lebat itu.

                Semakin lama semakin berat bungkusan yang dipikul oleh pencuri itu. Ini menimbulkan kehairanan dihatinya tentang isi kandungan bungkusan itu. Namun, perjalanan tetap diteruskan.

                Sesampainya di rumah, pencuri itu terus sahaja meletakkan bungkusan di dalam rumahnya dan tertidur keletihan memikul bungkusan yang berat.

                Keesokan paginya, si pencuri terus bangun mendapatkan bungkusan itu. Bungkusan yang masih basah dan menitik airnya dibuka oleh si pencuri dengan penuh rasa tak sabar. Alangkah terkejutnya si pencuri apabila mendapati ke semua isi di dalam bungkusan itu adalah kitab-kitab agama Islam.

Berpeluh si pencuri itu dan mula mengenangkan dosa yang sudah dilakukannya. Rumah yang dimasukinya itu adalah rumah ulamak besar yang biasanya keluar mengajar agama di seluruh kampung-kampung.

Terlintas difikirannya, “bagaimana la nanti ulamak tu nak mengajar bila aku dah curi semua kitabnya?.. berdosanya aku..”

                Hendak memulangkan kitab itu dia terasa takut dan malu. Tetapi kitab yang basah itu tetap dia jaga dan simpan. Si pencuri itu membentangkan ke semua kitab-kitab yang basah itu di beranda rumahnya, di halaman dan di atas bumbung untuk mengeringkannya. Jika dilihat dari jauh, rumah si pencuri itu dipenuhi dengan kitab-kitab agama.

                Di takdirkan Allah jualah, pada masa yang sama Sultan yang memerintah negeri itu telah memerintahkan seorang pegawai istana untuk masuk ke kampung-kampung mencari guru-guru agama untuk dijadikan sebagai pengajar agama Islam di Istana.

                Maka bergeraklah pegawai istana itu masuk kampung keluar kampung untuk menunaikan perintah Sultan. Akhirnya, pegawai sultan itu bertemulah dengan rumah si pencuri.

Sungguh kagum dan ta’ajub  pegawai Istana itu melihatkan rumah si pencuri itu. Fikir pegawai istana itu, “inilah rumah ulamak besar yang aku cari.. lihat sahaja rumahnya, di penuhi dengan buku-buku agama..tidak salah lagi..”

Lalu salam diberikan dan si pencuri keluar terketar-ketar ketakutan melihatkan pegawai Istana di halaman. Fikirnya kegiatan dirinya sudah terbongkar.

Sangkaan si pencuri meleset, apabila si pegawai Istana mempelawa dia ke istana untuk mengajar agama Islam di Istana. Berat hati si pencuri untuk menerima tawaran itu, hendak mengaku dia mencuri kitab agama sememangnya dia akan ditangkap. Hendak mengaku dia tidak alim, kitab agama sudah terang depan mata sekeliling rumah.

Pegawai Istana meninggalkan si pencuri untuk berfikir tentang tawaran itu. Hendak menolak dikhuatiri baginda Sultan akan murka. Si pencuri betul-betul di dalam dilemma.

                Setelah puas berfikir semasak-masaknya, si pencuri mengambil keputusan untuk bertemu dengan ulamak yang telah dia curi kitabnya itu. Tujuannya adalah untuk memohon maaf dan meminta agar ulamak itu yang sanggup mengambil tawarannya untuk mengajar di Istana.

                Sepasang mata si pencuri dan mata ulamak itu bertemu. Pengakuan mencuri dilakukan si pencuri sanggup menerima hukuman. Tetapi, ulamak tersebut hanya tersenyum dan sedikit pun tidak menunjukkan tanda kemarahan.

                Ulamak itu mengatakan bahawa;

“sesungguhnya engkau lebih layak mengajar di Istana itu berbanding dengan ku”.

Si pencuri itu kehairanan.. bagaimana dia yang jahil sekian lama tentang agama, tambahan pula menyara hidup dengan mencuri boleh menjadi lebih layak mengajar agama berbanding dengan ulamak itu?..

Ulamak itu berkata lagi;

“sesungguhnya engkau telah ditakdirkan Allah untuk bertemu dengan ku.. pergilah penuhi tawaran baginda Sultan itu. InsyaAllah, engkau akan beroleh rahmat”.

“Bagaimana aku hendak mengajar di Istana sedangkan aku buta agama?.. tanya si pencuri.

 

Ulamak itu mengajar si pencuri satu ilmu;

“Alif.. inilah huruf Alif.. begini tulisannya..begini bunyinya.. pergilah engkau ajari mereka akan huruf ini sebagaimana aku ajari kamu. Akan aku ajari kamu satu hari satu ilmu. Begitu juga kamu akan menyampaikan kepada mereka, hari demi hari..”

Sejak dari hari itu, si pencuri itu berulang alik dari rumah ulamak itu ke Istana. Mengajarkan keseluruh isi Istana ilmu yang diajarkan oleh ulamak itu kepadanya.

Dari bermula sekecil-kecil huruf, sehinggalah pembacaan Al-quran dan hukum-hakam, kesemuanya diajarkan oleh ulamak itu kepada si pencuri.

Pada suatu hari, ketika si pencuri datang ke rumah ulamak itu untuk mendapatkan ilmu, ulamak itu berkata; 

“kesemua ilmu yang aku perolehi telah aku sampaikan kepada mu.. sedar atau tidak, engkau telah mewarisi ilmu ku. Pergilah sebarkan ilmu ini kepada yang lain..”

Alangkah terkejutnya si pencuri itu, bahawa dia telah belajar sesuatu yang tersangat agung selama beberapa tahun kebelakangan ini. Dia telah melupakan aktiviti mencurinya sejak dia mula mengenali ulamak itu. Si pencuri telah menjadi ganti kepada ulama besar itu.

“Ya Allah..Aku sekadar menyampaikan dan berkongsi”

 

 

One response to “BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s