TUHAN TIDAK ADIL..!!!


RENUNGAN 1

TUHAN TIDAK ADIL..!!


Dikisahkan pada satu ketika dahulu terdapat seorang petani yang hidupnya sangat miskin.. hidupnya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak, masing-masing masih kecil belaka.

Kerjanya hanya menanam buah tembikai sahaja. Dengan keluasan tanah yang hanya sekangkang kera itulah dia bercucuk tanam dan menyara keluarganya. Pendapatannya tidak menentu. Jika musim hujan, buah tembikainya banyak yang rosak akibat akarnya buruk. Jika musim panas pula, banyak buahnya yang kekeringan.. ini membuatkan petani tersebut sering kecewa dengan hidupnya.

TUHAN TIDAK ADIL!!! TUHAN BERLAKU ZALIM PADA AKU.!! Itulah kata-kata yang sering terpacul semasa dia mengerjakan kebunnya. Hatinya mengeluh dan mulutnya bersungut. Dia kecewa dengan Tuhan yang dirasakan tidak berlaku adil pada dirinya. Tanah demi tanah dicangkulnya..

Aku bekerja sejak aku muda, sehingga aku mempunyai keluarga dan anak, tetapi kenapa Tuhan tidak menjadikan aku kaya? Kenapa? Aku bekerja sejak pagi hingga ke petang, tapi aku sentiasa tidak cukup makan.. kenapa?..’ Dia terus merungut dan mencaci Tuhan..

TUHAN TIDAK ADIIIIIILLLLL..!!!!

Hari demi hari, pokok tembikai yang ditanamnya itu semakin membesar. Semakin membesar, namun semakin membesar jugalah kebencian petani tersebut kepada Tuhan.. dia tetap mengatakan bahawa Tuhan itu tidak adil.

‘Tengok..! pokok tembikai yang aku tanam ni kecil sahaja pokoknya, bahkan menjalar di atas tanah, tapi buahnya cukup besar. Lebih besar dari pokoknya..’. Hatinya bertambah merungut melihatkan keadaan tersebut..

Lalu dia menuding jari pada sepohon pokok kayu, yang dinamakan pokok Cenerai oleh masyarakat sekitar, sambil berkata :

‘Pokok yang sebegini besar dan meninggi langit yang Tuhan ciptakan, tapi buahnya hanya kecil-kecil belaka, hanya sebesar perdu jari kelengking aku saja??’

Hatinya membara panas. Lalu bertempik “Tuhan tidak adiiiiiiiill’.

Hari kian beranjak ke tengahari.. bahang mentari semakin menggigit kulit gersang si petani.. Lalu si petani merehatkan diri sambil membasahkan tekak dengan air yang di bawanya. Angin dingin yang bertiup ditengah kebun itu membuai lena si petani yang mulutnya masih lagi mencaci tuhan..

Si petani lena di dalam kecewa.. tiba-tiba..

PAAAPPP… Sebutir buah Cenerai gugur dan betul-betul jatuh di atas batang hidung si petani tersebut. Si petani terkejut dari lenanya, dan mengambil buah Cenerai tersebut.. sedetik dia merenung buah Cenerai itu, air matanya mengalir bercucuran.. sambil menangis, dia berkata..

‘Alangkah baiknya Allah tidak menciptakan engkau sebesar tembikai..’


*Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.. Allah itu tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya *

BUAH CENERAI


10 responses to “TUHAN TIDAK ADIL..!!!

  1. Kisah buah cenerai dan lukisan katun anda sangat menarik. Adakah cerita ini dipetik dari mana-mana buku sejarah atau penulisan lama. Cerita dan lukisan ini mengambarkan kepentingan dan keistimewaan “buah cenerai”

    • saya akui ini bukanlah idea asal saya, tapi cerita mengenai buah cenerai ini adalah cerita yang saya ingati sejak dari kecil lagi. saya sendiri tidak pasti siapa menciptanya. walaubagaimnapun, saya olah dengan menggunakan gaya bahasa saya sendiri dengan beberapa penambhan plot..

  2. macam untuk seseorang itu menghadapi sesuatu masalah@setiap kali ditimpa musibah.Memanglah Allah itu tempat kembali segala masalah…tak semua individu boleh menerima keadaan mereka pada awalnya…Tanpa sedar atau tak individu itu sudah pun mengeluh@ resah gelisah,rasa menyesal dll…mesti ada pemberontakan dalam jiwa dan hatinya mengenai apa yang berlaku pada dirinya…jadi bagaimana untuk penyelesaian..bagaimana pula untuk individu tersebut menghadapi rutin hariannya berhadapan dengan manusia….jika mengadu pada Allah,Allah sahaja yang tahu masalah kita tapi bagaimana untuk kita leraikan dihadapan manusia?adakah hanya mengadu kepada Tuhannya sahaja atau bagaimana?

  3. kadang2 ujian yg Allah berikan adalah utk menguji keimanan hambanya..Jln menuju Allah mmg sukar..terkadang kuat dan terkadang lemah dalam kita menghadapinya..kgdkala mengundang putus asa, tp ingatlah dgn 1 kepayahan yg Allah datangkan ada bersamanya 1000 kemanisan.Tenang dan sabarlah menghadapinya..kerna sifat sabar itu salah satu tanda org yg beriman..

  4. best kn kisah ni……..:)tertarik sbenarnya mase mula2 dgr.kpd pembaca2 klu tension2 stress ke atau rasa diri ini down renung2kn kisah ini 🙂
    p/s:jgn down gred diri dl,refresh semula knp terjadinya sesuatu,takut2 dlm tidak sedar kita telah menyalahkn takdir.. kufur jadinya.ceh2,mcm ustzh r pule :p
    betulkn apa yang saya kata kn wahai pembaca2 yang dirahmati allah sekalian

  5. -“Dan barangsiapa mengerjakan amal kebajikan,nail laki-laki mahupun perempuan sedang dia beriman,maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.”-4:124
    -“Bukankah Allah hakim yang paling adil?.”-95:8

Tinggalkan Jawapan kepada qistin najla Batal balasan