ANDA TIDAK GAGAL!!!!


ANDA TIDAK GAGAL!!!!

Ramai di antara kita yang telah mencuba berbagai kaedah, cara dan proses untuk menjadikan sesuatu yang kita hajati sebagai realiti. Walaubagaimanapun apabila kaedah-kaedah dan     cara-cara tersebut tidak memberi imbuhan seperti apa yang kita inginkan, kita mula kecewa dan mula menyalahkan diri bahawa kita tak layak untuk perkara tersebut.

Kita JANGAN sesekali menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan keadaan sekeliling kita apabila kita ‘gagal’ mencapai sesuatu. Kita harus ingat dan beringat selalu, bahawa KITA BUKANNYA GAGAL.. tetapi belum mencapai kejayaan. Kita dilahirkan ke atas dunia ini atas izin Allah yang Maha Esa bukanlah sebagai seorang yang gagal!

Sekiranya anda mengatakan bahawa anda seorang yang gagal, maka lihat kembali bagaimana Allah telah menjadikan kita sebagai manusia. Setiapa manusia itu dijadikan dari setitis air mani yang di dalamnya terkandung JUTAAN sperma yang setiapa satunya berpotensi berkembang menjadi manusia. Di dalam jutaan sperma itu HANYA SATU… hanya satu yang Berjaya sampai ke telur ibu (Ovum).  Maka sperma itu disenyawakan di dalam ovum dan atas izin Allah maka jadilah telur itu sebagai manusia. Dan salah satu manusia itu adalah ANDA!!! Anda yang sedang membaca petikan-petikan ini.

Ketahuilah hakikat bahawa anda adalah JUARA dikalangan juara dalam proses menjadi manusia. Anda yang terpilih dari kalangan berjuta. Mengapa perlu anda mengatakan bahawa anda seorang yang gagal??

Anda masih membaca petikan ini?? Jika Ya, teruskan pembacaan anda. Jika anda masih membaca petikan ini, cuba imbas kembali pada masa anda belum mengenal huruf A..B..C dan D. Alif..Baa..Taa dan tsa.. 1..2 dan 3. Bagaimana anda pada ketika itu? Anda merasa satu kekurangan yang perlu ditambah. Kita mula belajar mengenal huruf, mula mencantum huruf-huruf dan membunyikannya. Kita sudah mula membentuk perkataan, dan akhirnya kita sudah pandai membentuk sebuah karangan.

Sememangnya peringkat permulaan sesuatu yang agak sukar. Tetapi kesukaran itulah yang menjadikan kita terus berkembang. Inilah..!!! daripada seorang yang ‘buta huruf’ anda kini sudah mampu membaca, menulis dan mungkin sebagai pengarang yang hebat. Mengapa perlu mengatakan bahawa anda seorang yang gagal??

Sesungguhnya Allah itu tidak menjadikan setiap sesuatu itu dengan sia-sia.. ini menunjukkan bahawa setiapa apa yang diciptakan, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita ini ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kita. Bukanlah apa yang tidak berlaku seperti apa yang kita mahukan menunjukkan kita seorang yang gagal, tetapi Allah mahu menunjukkan kepada kita apa yang kurangnya pada persiapan diri kita. Kekurangan-kekurangan itulah yang perlu kita baiki dan tingkatkan kualitinya.

Adakah anda masih membaca??

Terima kasih, teruskan pembacaan anda!

Kenalkah anda pada pencipta lampu / mentol yang menerangi ruang rumah dan pejabat anda?

Ya… dialah Thomas Eva Edison. Pada permulaan rekaanya, beribu percubaan dilakukan untuk menyalakan mentol, namun tidak berhasil. Dikatakan percubaannya sebanyak 9999 kali gagal!!

Apabila ditanya mengapakah beliau gagal menyalakan 9999 cubaan sebelum itu, beliau dengan pantas menjawab, “saya tidak gagal..Cuma saya belajar mengapa dan kenapa ianya tidak menjadi”.

Nah..!! bagaimana pendapat anda? Seseorang yang belajar dari kesilapan dan kekurangan diri mampu mencipta sesuatu yang dianggap agung pada masa kini. Bukannya seseorang yang hanya menyalahkan diri dan menangisi kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya.

Kita tidak gagal.. Cuma perlu belajar apa, mengapa dan kenapa ianya tidak menjadi seperti yang kita harapkan.

Kembangkan potensi diri anda🙂

ANDA TIDAK GAGAL!!!!

Cuma belajarlah membaiki kekurangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s