ANTARA BATU DAN AIR


Selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Dan segala pujian adalah tertentu untuk Allah Subhanallahu Taala.

Salam perjuangan dan salam kasih mesra.

Perihal Batu

Dunia ini penuh dengan batu-batan dari pelbagai jenis batu. Batu mengikut takrifnya adalah sesuatu yang keras, kuat lagi padat.

Asal batu adalah dari perut bumi dalam bentuk cecair. Ia panas dan mengeleggak. Apabila gempa bumi berlaku, ia meletus, letusan itu boleh mencapai ketingian melebihi 10 km. Setelah itu ia sejuk dan membatu. Namun batu hanya merangkumi 20% dari permukaan bumi ini.

Rumah batu rancak dibina bagai cendawan, mahal dan merata dinegara kita. Rumah kayu makin berkurangan. Atap rumbia telah pupus ditelan zaman.

Zaman batu dimana manusia membuat rumah dari batu gua. Juga dizaman silam ukiran gua berbatu seperti ukiran yang dibuat kaum Ad dan Madyan masih terdapat sisanya sebagai peningalan sejarah iaitu di Jordan.

Firaun gunakan batu dan menyeksa hamba abdi untuk membuat piramid bagi melihat tuhan. Masih dapat dilihat sebagai bukti kewujudanya dan membenarkan Al Quran serta menjadi destinasi lawatan berjuta pelancong ke Mesir setiap tahun.

Batu nisan pula adalah sebagai tanda kematian orang yang pernah hidup di dunia. Agama lain juga mengunakan batu sebagai tanda kuburan mereka. Sesuailah dengan kepercayaan mereka yang menyembah batu. Iaitu tuhan-tuhan mereka diukuir dari batu dan disembah.

Batu yang bergolek tidak akan mengumpulkan lumut. Ini adalah pepatah Inggeris yang bermaksud jangan selalu menukar haluan atau kerja nanti hasilnya tiada.

Jambu batu sedap dimakan dan dibuat jus minuman. Pelbagai khasiat kesihatan yang diperolehi. Air batu campur sejenis minuman yang lazat lagi termasyur di Malaysia. Lebih lazat jika ditambah gula kabung, kacang dan jagung. Minumlah secara sederhana, jangan berlebihan, cegah dari mendapat sakit.

Batu dalam ginjal akan membuat kita terguling-guling kesakitan. Batu dalam hempedu akan membuat banyak angin dan terlalu kerap  muntah-muntah.

Dalam masyarakat orang Melayu terdapat pelbagai simpulan bahasa dan perumpamaan berkaitan batu. Antara yang mashyur adalah kepala batu dan hati batu.

Kepala batu jika diamati bermaksud, orang yang tidak mahu menurut atau mendengar nasihat orang walaupun dia salah. Akal manusia boleh menjadi lebih keras dari batu. Orang sebegini tidak boleh dibawa berbincang atau menjadi pemimpin. Dalam pengurusan orang sebegini dikatakan mempunyai peribadi Type A, otokratik atau kuku besi.

Hati batu pula menunjukkan kedegilan seseorang individu. Dalam persatuan kita pun terdapat ramai ahli yang sebegini. Hati batu melambangkan manusia yang tidak mendapat hidayah  penuh dengan sifat dengki dan iri hati, tamak dan pelbagai lagi. Hati batu adalah hati manusia yang kotor yang dimetrai mati.

Batu api bukan bermaksud batu yang berapi. Batu api adalah sifat keji manusia yang suka  menghasut serta melaga-lagakan orang. Dia terpengaruh dengan perangai atau nafsu iblis yang dinamakan amarah bisu. Orang begini sering menimbulkan kerosakan dan fitnah dimukabumi.

Ketam batu adalah sifat kedekut pada orang yang tidak mahu menderma misalnya. Kita bernasib baik kerana dalam persatuan terdapat ramai ahli yang bermurah hati.

Lempar batu sembunyi tangan. Orang yang melakukan kejahatan tapi pura-pura tidak tahu.

Ada udang sebalik batu menujukan ada maksud yang tersembunyi.

Batu loncatan bukan batu tapi adalah alat atau diperalatkan untuk mencapai suatu tujuan.

Seperti kaca terhempas ke batu mengambarkan kesan hati dan perasaan ahli-ahli yang telah melalui dua krisis perpecaham dalam persatuan.

Dalam kedua-dua krisis persatuan terdapat golongan-golongan lempar batu  sembunyi tangan, ada udang sebalik batu serta batu loncatan yang merosakkan persatuan. Semoga mereka sempat bertaubat sebelum ditanya diakhirat kelak.

Sudah terlanggar batu baru tersadar adalah mereka yang dapat petunjuk hanya setelah melakukan kesalahan.

Batu permata terdapat dalam pelbagai jenis. Yang paling bernilai adalah berlian. Berlian boleh memotong batu macam kayu memotong kayu.

Batu yang dimuliakan adalah  Hajar Aswad. Batu ini asalnya dari syurga terletak di penjuru timur Kaaba. Kaaba juga dibuat daripada batu oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Begitu juga jamrah tempat melontar. Sesiapa yang pergi berumrah atau haji akan diuji dengan batu. Kena keliling batu, melontar batu. Sekali imbas macam main-main saja, berpusing-pusing, membaling-baling. Itulah pesan almarhum Ustaz Hanafi bahawa berhaji itu adalah ujian tauhid. Antara maksudnya jangan pergi sembah batu, iaitu jangan syirik sebab Kaaba itu kiblat dada bukan kiblat hati.

Perihal Air

Sekeras-keras batu ia tewas dengan air. Air yang menitik dan mengalir boleh membelah atau memotong sekeras-keras batu seperti batu granit. Air nampak lembut tapi lebih kuat dari batu, halus, lembut dan tajam.

Retak menanti belah, gunung yang keras-keras seringkali dibasahi hujan berulang-ulang akan retak. Sebab itu kita dapati air terjun. Batu yang menakung air diatas gunung seperti tasik, kemudian air mengalir jadi sungai, air terjun dan  menghala ke laut.

Bila berlaku gempa didalam laut, lahar yang panas itu dibawa air hingga ada yang jadi tsunami seperti di Jepun dan Acheh. Api meletup, air atau ombak laut menganas menyapu bersih semua dilaluanya sehingga hilang lenyap tamadun manusia di muka bumi Allah. Walaupun air turut mengeleggak bertukar menjadi bentuk udara atau gas, ia kemudian akan bertukar kembali menjadi air dalam bentuk hujan. Inilah kitaran alam semulajadi iaitu hukum alam.

Air zam-zam adalah air yang dimuliakan sebagai tanda mukjizat kenabian.

Dalam persatuan kita ahli pelbagai ragam. Ada yang terlalu bersemangat mengikut sifat batu. Perbanyakanlah ikut sifat air. Air lembut, ia membersih serta menjernihkan. Air tenang dan boleh meratakan dirinya sendiri. Batu lemah dengan air, ia dibawa dan dipecah-pecahkan oleh air sehingga menjadi pasir.

Cerita kanak-kanak pula mengisahkan burung bangau guna batu minum air didalam balang. Dia mendapat ilham memasukan batu batu kedalam balang. Paras air pun naik dan dapatlah dia minum air tersebut bagi menghilangkan dahaga.

Iktibar-iktibar  yang boleh diperolehi seperti berikut :

1. Jangan jadi kepala batu

2. Ikut sifat air yang menyucikan

3. Lembutkan hati

4. Tidak merasa diri terlalu penting dalam organisasi

5. Jangan jadi bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut

6. Jangan jadi batu memotong batu

Saya amat terharu dan menghargai pengorbanan semua yang setia dan sedia mengharungi apa  jua cabaran yang mendatang dalam mempertahankan serta meneruskan perjuangan ini tanpa menjadikanya hal peribadi.

Sekian dahulu semoga berjumpa lagi dalam iktibar seterusnya.

Selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W .

Dan segala pujian adalah tertentu untuk Allah Subhanallahu Taala.

SUMBER : CEKAK HANAFI .COM 


2 responses to “ANTARA BATU DAN AIR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s