RIWAYAT HAYAT


  • DILAHIRKAN PADA 3 MAC 1985.
  • DI KAMPUNG SUNGAI RAMBAI, MELAKA.
  • LAHIR PADA JAM 4 PAGI, TETAPI DALAM SIJIL KELAHIRAN TERTERA PADA JAM 6.00 PAGI. MENGAPA??🙂

MEMBESAR SELAMA SETAHUN DI SANA DAN KEMUDIANNYA BERPINDAH KE KEM DESA PAHLAWAN, KOTA BHARU KELANTAN. MENGINAP DI DALAM KEM TENTERA SELAMA 15 TAHUN SEHINGGA BERPINDAH KE RUMAH SENDIRI DI KOK LANAS. SEBAB AYAH DAH BORING DOK DALAM KEM.

 

PENDIDIKAN:

1) Menerima pendidikan awal di Taman Didikan kanak-kanak Batalion ke-3 Rejimen Askar melayu Di-Raja, Kem Desa Pahlawan.

2) Menyambung persekolahan ke peringkat darjah 1-6 di Sekolah Kebangsaan Desa Pahlawan (SKDP).

  1. 1 Serindit- 2 Serindit- 3 Serindit- 4 Serindit- 5 Serindit dan seterusnya ke kelas 6 Serindit.

masa tu nama kelas menggunakan nama burung, seperti Kenari, Nuri, Merak, Serindit dan Pipit. kelas Serindit merupakan Kelas yang berada di ranking ke-2 ( dari belakang ). bangga betul aku.

sepanjang belajar selama 6 tahun di situ, nama aku sering berada pada senarai yang pertama pada mana-mana ‘list’, samada senarai kehadiran, jadual bertugas dan sebagainya.

sejak dari darjah satu hingga enam, dalam jadual bertugas nama aku mesti pada hari Ahad, nama yang pertama dan tak pernah kena tugasan lain, mesti sapu papan hitam. hehe.

pendek cerita, sampai la UPSR kat situ. dapat keputusan 2 A, 1 B, 2 C. Bangga betul ayah aku masa tolong pergi amik keputusan aku kat sekolah. aku tak dapat mengambilnya sendiri, kerana aku terpaksa di ‘kuarantin‘ kan di rumah berikutan aku baru sahaja melalui proses klinikal untuk melayakkan aku melangkah ke alam dewasa. satu proses yang cukup ‘digeruni‘ untuk dilalui tetapi cukup ‘manis‘ untuk dikenangi😛

 

SEKOLAH MENENGAH :

Aku seterusnya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat Menengah, lalu sekolah yang dicadangkan mak dan ayah dan langsung aku tak nak, terpaksa menjadi pilihan. Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Aman, kok Lanas.

akhirnya, aku seronok di situ. bermula dengan kelas Peralihan selama setahun, sehinggalah ke tingkatan 3. selama 4 tahun untuk mengikuti pelajaran ke peringkat PMR. sekolah Menengah kebangsaan 3 tahun je. jeles betul aku masa tu.

AKTIVITI SEKOLAH :

1) Tingkatan 1 dilantik menjadi pengawas sekolah.

  • Songkok Hitam; Kemeja Hijau; Kasut Hitam ( Bangga sikit )😛

2) Tingkatan 2 juga masih dilantik Pengawas Sekolah

  • juga dilantik menjadi Skuad Leader bagi Skuad Kawad kaki sekolah. budak-budak tingkatan3 menyampah betul dengan aku, sampai sorang pun xnak join. dek kerana tak mahu merendahkan ‘martabat’ senior mereka.
  • pada masa ini aku mendapat gelaran ‘* anjing‘.
  • pada masa ini juga aku ‘kehilangan’ kawan. ( tikam belakang ).

3) Tingkatan 3, aku dilantik menjadi Ketua Pengawas.

  • * kawan‘ aku semakin ramai.
  • di sini aku mula mengenali SILAT!!! (JANGAN KLIK)🙂

 

BERSAMBUNG🙂

p/s : mana-mana perkataan yang bertanda ‘*‘, akan diceritakan dalam ruangan yang akan datang. sekadar berkongsi pengalaman hidup, bukan untuk menghina sesiapa.

 

 

19 responses to “RIWAYAT HAYAT

      • sesetengah orang terlupa bahawa dia telah melampaui batas apabila memberikan komen dam pandangan mengenai orang lain. sepatutnya sebelum meluahkan kata2 fikirkan perasaan orang lain…. put yourself in others’ shoe…🙂

  1. ….:)
    saya dh stop lah..x sengaja tersesat di sini..salah tempat sebenarnya.
    maaf saya x de pun cubaan nk menyenyuh hal peribadi…itu adalah kata2 sahaja pd asalnya…tapi klu betul anda seperti itu..kurangkanlah…;)delete r yg mana patut..terima kasih🙂

    • Sebab saya rasa telah ‘digelakkan’ oleh awak berdua, sebab saya menggunakan perkataan ‘sapu papan hitam’. semacam perkataan tu salah pada pandangan awak. saya cuma menulis mengikut apa yang biasa saya tuturkan secara lisan.
      perbezaan ‘dialek’ saya mungkin nampak lucu kerana bertentangan dgn apa yang awak biasa tuturkan..

      • ohh..ingtkan ain y kena gelak..rupanya ain y gelakkn orang..ain x de niat pun n lgsung x tergelak…maaf ye..:(ain ingtkan a.halim tersalah tulis sbb tu ain ckp mcm tu.rasa pelik..ain x tau y tu slh satu dialek…siap byngkan lg,mcm mne klu ain nk buat mcm tu…masih brusaha nk memahami dialek org sini…n hr ni dpt 1 pkataan bru…maaf ye…maaf skali lg…maaf sgt2…:(:(:(maaf ye..
        buah cmpdak di ats pagar,
        ambil glah tlng jolokkn,
        saya bdk bru bljar,
        klu salh tlong tnjukkn…:(:)terima ksih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s