KETAHUI KEKUATAN NIAT ANDA..!!


KEKUATAN NIAT

Inson Mata Aji Semar………
Niat Inson Mata Aji Semar………
(Kepada masyarakat jawa, saya mohon maaf , sebab saya sendiri pun tidak faham apa maksud …kalimat di atas ). Saya hanya memetik kalimat Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee. Apa yang saya faham ialah Niat Inson
(Bermaksud Niat Saya…. selebihnya apa aje lah……asal faham)

Merupakan dua kalimah sakti untuk membuka dan menutup pintu gua, di dalam gua itu ada harta dan wang berjuta., di bawakan oleh 40 penyamun. Niat juga di gunakan untuk membuka pintu “ Gua Hati Anda” dan anda akan memperolehi harta dan wang yang berjuta akan datang kepada anda melalui 40 atau lebih cara untuk mendapatkanya sama ada melalui cara “menyamun atau dengan cara ikhlas” “rela atau terpaksa” yang penting anda akan mendapatkanya.

Kenapa niat begitu hebat untuk merealisasikan apa pun impian kita ?
Apakah sebenar niat itu ?
Bagaimana niat ini bekerja?
Benda Apakah niat ini jisim atau tenaga?
Diperbuat daripada bahan apakah niat ini?
Niat ini makhluk atau sifat ?
Bertanyalah perlahan-lahan dalam hati anda apakah jawapan dari soalan saya di atas…..anda akan terkejut dengan jawapan dari hati anda ( bukan dari analisa fikiran), maka anda akan faham kenapa hati menjadi nahkoda dalam kehidupan kita dan Cahaya Ilahi dalam pembentukan akhlak kita…………

Ini merupakan soalan- soalan yang saya bertanya kepada diri saya sendiri. Sehinggalah saya memperoleh sebuah jawapan yang sangat indah dan luar biasa. Sejak itu saya mula mengkagumi Islam dalam sudut pandang yang sangat berbeza dari apa yang pernah saya pelajari dahulu.

Dengan lafas Bismilahhirohmannirohim ( sila perbetulkan bacaan anda dalam bahasa Q’uran). Saya memulakan topik ini dengan hati yang sangat ikhlas dengan fakta yang telus dan saya bershukur atas ilmu yang telah diberikan.

Soalan yang pertama yang saya ajukan kepada peserta kursus dalam Kursus Minda Bawah Sedar anjuran menjaro.

Menjaro: Jika bacaan anda bagus, rukuk anda bagus, sujud anda kemas dan cantik. Jika anda tidak ada niat langsung untuk melakukan solat apakah solat anda sah ?
Peserta : Tidak sah, ( mereka menjawab serentak )

Menjaro: ( sambil berselawat, di ikuti oleh para peserta kursus ). Kenapa..?
Peserta : Niat merupakan syarat sah solat………..
Menjaro: Sambil tersenyum……….. jika solat tidak sah tanpa niat, apakah anda pergi kerja tanpa niat itu sah? Anda makan tanpa niat itu sah ? anda belajar tanpa niat itu sah?
Peserta: Tidak…………

Menjaro: sebab itu anda BOSAN dengan pekerjaan anda, sebab itu anda makan tidak pernah menikmati makanan anda dan anda rakus dalam mencari makanan, sebab itu anda belajar susah untuk otak anda untuk memahami apa yang anda belajar…………..

Sifat Manusia

Niat bukan lah sesuatu yang anda lakukan, niat adalah apa yang anda hubungkan, link. Niat bukanlah internet, tetapi inernet jaringan dalam hati anda dengan Allah. Dimana anda berniat disitulah energy anda akan membuat satu hubungan inernet dalam diri anda, sebab ALLAH tidak di luar atau di dalam diri anda dia tidak bertempat dan tidak di tempatkan.Anda adalah ……….niat tersebut…..ANDA ADALAH APA YANG ANDA NIAT KAN.

Dia seumpama cahaya yang berada di dalam miskah, cahaya dalam cahaya. Jika anda berniat maka anda telah melakukan link dengan Allah. Gerak anda gerak tepat, penglihatan anda, pendengaran anda dan seluruh kehidupan anda ada link. Anda tidak merasakan bersendirian dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

Tidak ada kesilapan dalam hidup anda. Anda tahu segala musibah dan kegembiraan semuanya adalah terbaik untuk anda. Allah beserta dengan anda dalam membuat segala keputusan. Pilihanya adalah yang tepat untuk anda, segalanya mengandungi hikmah.Anda tidak akan merungut dalam menerima musibah dan kegembiran, bagi anda menerima musibah dan kegembiraan adalah sama.

Bila bercakap tentang niat kita telah bercakap tentang manusia. Niat, jiwa, fikiran, tubuh dan apa pun yang bersangkutan tentang diri anda adalah satu sistem. Tidak ada konsep faraitkan diri anda. Jadi niat berjalan serentak mind body dan spritual. Bila pemisahan ini berlaku inilah yang di katakan spritual virus, keruntuhan moral dan perbuatan manusia.

Jika anda bekerja fikiran anda akan bertanya untuk apa anda bekerja dan kenapa ( why )? Virus spritual dari fikiran mula menyerang diri anda.
Jika anda berzikir fikiran akan bertanya untuk apa saya berzikir ?
Virus spritual dari fikiran mula menyerang diri anda.
Bila hati anda berkata saya bekerja kerana Allah, saya berzikir agar hati saya menjadi tenang kerana Allah………… fikiran anda akan diam . Stop.
Tiada alasan lagi untuk tidak menjalankan dengan sempurna. Stop.
Ini amanah dari Allah. Stop.
Ini merupakan “locking mind teknik” untuk mengunci pergerakan fikiran. Stop.

Kenapa.?
Untuk apa ?
Sebab Apa ?
Hati akan faham dan menjalankan apa yang anda sarankan termasuk saranan spritual asmaq tunggal “ Allah”. Anda akan lihat bagaimana efektifnya jika niat di gunakan sebagai jambatan dalam jiwa anda. Anchorkan setiap saranan jiwa anda setiap 6 m

SUMBER PETIKAN : MENJARO

20 responses to “KETAHUI KEKUATAN NIAT ANDA..!!

  1. Pingback: 2010 in review « Halimlading21's Blog

  2. Maaf for what?
    Bukan agak blur mmg blur pun…
    Ha,lbh kurang cam tu r yang saya maksudkan…
    Longat itu x termasukkan dalam bahasa?
    Okie.. we r waiting wat halimlading21 want to say….:)
    Haha da title tis page bukan bincang pasal culture pun..:)
    So,sori halimlading21…:)

    • saje nak minta maaf kat qistin…mana la tau ade tersalah silap ke…lgpn x semestinya kita kena buat silap dulu baru nak minta maafkan…hehehe:)
      ha`a la,qistin..dah lari tajuk.heee….tapi apa salahnya…:)

      • nanti kalau halimlading21 marah………:(
        Kalau kene silat…nanti..PARAH..
        Dah x lehy ganggu blok ni …:)

  3. qistin orang kelantan ke??
    pada pndapat ain y kurang ilmu ni….ain rasa tu dialek/loghat bg setiap negeri…bahasa melayu tu sndiri mmpunyai plbagai jenis dan ciri2nya…n dialek/loghat adlh slh satu drinya..setiap negeri ada dialek msg2..bgtu juga dgn bahasa lain..bahasa inggeris contohnya.x silap ain ade bhasa inggeris standard british n uk.betul ke??adakah klu kedua2nya berbeza ia bukan bhasa inggeris??asalnya ttap bhasa inggeriskan…bgtu juga dgan bahasa cina dan hindu pun ade bnyak jenis dan cabangnya…
    klu salah betulkan ye…:)

    • Owh…i’m not..
      yeah…ada bnyk version…British.AS…
      Mmg ada bnyk tp sleng dan ejaan juga lain
      Kan saya penah kata hr tu sy ni off skit bab mcm ni…Mmg kdg2 small pieces..tp bleh jd kenfius..Ibarat seperti remaja yang masih mencari identitinya yang sebenar…
      Ye r kalau saya,saya x faham sangat pun kalau org kelantan ckp…kene translate ke bhs melayu..
      Sebab tu sy katakan adakah ia tergolong dalam bhs melayu…
      Eh boleh faham ke apa yang saya nak smpaikan ni..:)
      Takut blur…
      Kalau bahasa inggeris hampir2 sama…Kita boleh memahaminya…cuba cari kawan2 Kelantan,Terengganu,Kedah,Sabah/Sarawak ke…dengar mrk cakap..then renung2 kan…apa sebenarnya yang saya nak tnye…cz kadang2 kene translate
      Saya pun x tahu apa yang saya nyatakan ini orang boleh faham ke tidak…:)

      • ohh…ain faham ape qistin cube smpaikan tp blehla agak blur2 skit…tunggu pndpat a.halim la plak…:)
        ain ade ramai kwan2 dr kelantan,tganu n kedah…mmg dorang(kwan2 ain) x bleh lari dr dialek negeri msing2.wpun ckap biasa pasti ade slang skit2…mmg kena translate la klu x faham..selalu ain tnya blik klu ain x faham ape yang dorang ckap sbb kdng2 ape y dorang cube smpaikan berbeza dengan ape ain faham..dgan lecturer pn sama…seronok..kelakar pn ada…:)
        maaf,qistin….:)

  4. Niat inson tu..maksudnya bukan niat insan,niat manusia?
    Kalau niat saya biasa..gune,Niat ku…atau niat nyong…
    Dalam cerita TU,juz nk kata,yg keyword nk buka pintu bahawa setiap insan msti nk harta yg bnyk
    Eh, ni cume ckp je tw..padahal bukan tw pun…HEE..:)

    • semasa saya mengikuti PERSIDANGAN PRIBUMI DI UDM dahulu ( tak pasti peringkat kebangsaan / antarabangsa ), ada pengkaji yang membentangkan kertas kerja kajian beliau, menyatakan bahawa maksud “Niat Inson Mata Aji Semar Nginseng” & “Rampong Nginseng Mata Aji Semar Tilem” ( baca ikut dialek, bukan ikut tulisan ).
      maksudnya :
      “Niat Hati Ku Wahai Aji, Aku Nak Berak/Kencing”
      “Selepas Aku Berak/Kencing, Aku Nak Tidur”.
      dikatakan dialek bahasa disatu kawasan di Indonesia.

      • ain kurang jelas tentang “ANDA ADALAH APA YANG ANDA NIATKAN”?…kenapa niat tu menggambarkan diri kita…..bleh a.halim jelaskan x??
        niat dengan kata hati sama ke??
        lagi satu…kenapa dia kata,’anchorkan setiap saranan jiwa anda setiap 6 m’??
        ain salah tmpat bertnya ke?

      • hmm..perbahasan tu agak panjang kalau diceritakan. saya boleh jelaskan sedikit secara ringkas di sini. saya sebenarnya lebih senang menjelaskan sesuatu secara terus melalui lisan. niat dan kata hati itu lain sedikit. nanti la ada masa saya akan cuba terangkan. soal hipnosis yang ain tanya aritu pun saya tak sempat nak jawab lagi. itu saya kena rujuk SIFU saya dulu. ustaz hanafi. hipnosis satu tajuk yang cukup menarik, cuma kurang pengamalannya di malaysia. saya cuba buat tajuk hipnosis menurut Islam sebagai tajuk Thesis saya dulu, tapi tajuk tu tidak mendapat kebenaran kerana agak “berat”. saya sedang kumpulkan maklumat tambahan mengenai perkara itu dan apa yang aian tanya tadi. nanti saya akan keluarkan tajuk tu, boleh sama2 bebrbincang. terima kasih kerana bertanya.

      • untuk menjawap persoalan secara detail mengenai hipnosis, saya tak sempat nak buat rujukan secara tepat lagi masa sekarang. cuma yang saya boleh syorkan awak baca ialah pada link ini : http://menjaro.blogspot.com/.

        merujuk pada ‘kita adalah apa yang kita niatkan’, adalah cuba awak kembali pada program ZERO GENTAR dulu.. ingat kembali teknik memanjangkan anak jari dengan menggunakan Minda Anda Sendiri. cuba.. tak faham bagitau balik, kalau faham bagitau juga apa yang awak faham. untuk berkongsi.. mungkin ada sesuatu yang baru dapat saya perolehi dari awak.

      • a’ah memang pun..dielek dissuatu kawasan di Indonesia,
        Kadangkala,tidak semua dielek Indinesia sama maksudnya dengan bahasa jawa..cume untuk mentionkan tu je kadang sama…
        Papa saya pernah kata itu bahasa jawa kuno….🙂

      • so,kaalu bahasa kelantan tu pun bahasa melayu juga ae?(sori…tp ni saya tnya series ni)…:)
        ‘Hipnosis’…advance.. tuh..! Gud sound..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s