ANTARA INTERNET & PERPUSTAKAAN


Antara Perpustakaan dan Internet..

 

assignment’ tak buat lagi, esok dah nak hantar.. camne?’.. bertanyalah seorang rakan dengan cemas.. Lalu di tenteramkan oleh seorang rakannya yang lain..

‘Apa yang kau nak risaukan? Mari datang bilik aku malam ni, ada Wi-fi. Kalau ‘signal’ tak kuat, kita pakat pergi bilik Pian. Dia ada Broadband. Kita search je dalam internet tajuk tugasan kita tu, berlambak keluar.. kita bubuh je la buku mana-mana pun sebagai rujukan. Lecturer bukan tau. Tak sampai setengah jam, tugasan siap!

Anda tentu pernah mengalaminya bukan?.. sekiranya ‘Ya’, syabas saya ucapkan kerana memanfaatkan sumber teknologi yang ada.

Saya ingin membawa anda ‘mengembara’ sejenak melalui penulisan saya yang tak berapa kemas ini, ke zaman KUSZA dahulu.. zaman yang mana Internetnya ada, tetapi ‘WI-FI’ itu yang masih tidak diketahui apakah bendanya tu.. masa tu nak tengok pelajar usung laptop, jauh panggang dari api. Sapa yang ada PC yang besar tu dengan skrin yang muat-muat meja studi tu dah cukup bangga dah.. dah dikira hebat.

Anda ( terutamanya pelajar UNISZA ) pernah tengok bila orang buat program, usung CPU seketul tu sebab nak tunjuk slideshow? Kalau pernah, anda beruntung.. kalau tak pernah, ni saya nak ceritakan. Dulu nak present, atau nak buat program yang melibatkan slideshow memang itulah yang budak-budak ni pikul. Lecturer mengajar pun masih pakai OHP. Korang tau ke OHP tu apa? Masa tu menjadi kekaguman sapa-sapa yang ada CPU pikul bawak masuk kelas. Sekarang ni nak buat cmtu? Alamatnya korang dianggap ‘buang tabiat’..tak pun orang anggap mungkin CPU tu anda nak buang kat mana-mana..

Masa tu tugasan memang hampir 100% merujuk kepada pustaka ( Perpustakaan Al-Mukhtar ), atau lebih senang budak UNISZA sekarang sebut ‘libry’ je.. standard sikit bunyinya. Kalau esok nak hantar, dan malam ni tak siap lagi, memang kalut. Sebabnya, memang tak sempat siap la kalau bahan rujukan tak cari awal-awal. Pustaka mana buka malam-malam. Sekarang ni ada ‘Perpustakaan’ yang buka 24 jam, cam kedai 24 jam depan Bazar tu.. nanti saya cerita pasal ‘perpustakaan’ tu..

Jadi, kalau tak sempat siap.. al-jawabnya tahan telinga la bila mengadap lecturer nanti. Sekarang ni dah senang.. segalanya dihujung jari anda. Taip & search, kemudian copy & paste, langkah seterusnya edit sikit-sikit dan bubuh kulit depan. Siap! Mudah kan? Tak perlu la risau-risau, sampai nak gaduh sebab tugasan tak siap. Tak perlu nak berjalan kaki pergi pustaka, bila pergi kad matrik pulak tak bawa kena halau keluar.. kalau dapat masuk nak cari kitab atau buku bukannya senang, kadang tak jumpa ( kena cara, tak susah pun ). Buku-buku kat pustaka Al-Mukhtar ni bukannya sikit.. boleh terkeluar biji mata kalau ditengok satu-satu. Alhamdulillah..jumpa jugak buku yang dicari.. masalah pula, nak bawak balik. Kitab dah la tebal-tebal mengalahkan buku panduan telefon. Alamatnya, pikul la buku tu sampai asrama Tok Jembal ( masa tu ). Bergaduh lagi pakat suruh pikul sorang sikit.. hehe..

Bila KUSZA dah ‘maju’ sikit, ada dah la budak-budak mula pakai laptop. Sapa-sapa yang ada laptop masa tu memang kerek gila.. maklumlah memiliki cebisan teknologi terkini.. terkini ke teknologi kita?? Setakat yang aku tahu, teknologi yang kita guna pakai sekarang ni, bila negara luar dah tak guna baru la teknologi tu sampai kat kita. Jadi, apa yang kita nak banggakan? Bangga la kita sebagai pengguna teknologi, bukan pencipta teknologi, kan?? Hehe..

Bila teknologi semakin canggih serta moden untuk ‘memudahkan’ serta ‘meringkaskan’ gaya hidup manusia, terutamanya pelajar IPT ni, maka terciptalah sebuah ‘perpustakaan digital’ yang diberi nama ‘Maktabah syamilah’.. korang tentu pernah dengar kan? Maktabah syamilah ni bukanlah perpustakaan yang mempunyai struktur binaan kukuh seperti  perpustakaan Al-Mukhtar ni, tapi ia adalah sebuah perisian komputer yang memuatkan segala himpunan kitab-kitab agama dan pelbagai bidang, dan boleh kita rujuk menggunakan computer. Taip je nama kitab / bab, berlambak keluar. Macam jaringan internet juga, Cuma tidak memerlukan jaringan jalur lebar sebab semua tu dah di ‘sumbatkan’ dalam sekeping CD. Hebat kan teknologi sekarang?

Dengan terciptanya ‘maktabah’ tersebut, pelajar-pelajar  ( lecturer / ustaz pun sama juga ) turut sama menerima manfaatnya. Nak rujuk apa-apa, taip je kat dalam komputer, tak payah pergi pustaka. Semua dah ada kat situ. Ustaz-ustaz yang nak mengajar pun ada yang buat camtu jugak ( sebab dia yang mengaku ). Tapi tak semua ustaz la.. maaf ye.

Bila ‘Perpustakaan’ dah ada depan mata, buat apa nak pergi libry kan? Penat je.. kalau pergi pun sekadar nak merasa air-cond, sambil sembang-sembang. Tak seronok ke tu?? Hehe. Korang fikir la sendiri.. buku-buku, kitab-kitab dan jurnal-jurnal dah ‘tak laku’.. yang ada terbiar sepi dan berhabuk.. korang tengok sendiri la, berapa banyak habuk yang melekat kat buku-buku tu.. habuk kat ‘keypad’ laptop? Hari-hari kita cuci kan? Kebersihan kena jaga, nanti cepat rosak.. buku-buku dan kitab-kitab tak pe, ada orang jaga dah.. habuk pun tak rosakkan kitab.. kan? Betul.betul.betul…

Jadi nilai ilmu di dalam laptop dan jaringan internet ni lebih berharga berbanding dengan nilai hasil tulisan tangan ulamak-ulamak terdahulu, buah fikiran cerdik pandai Islam dan sebagainya..

 

Aku kadang-kadang tertanya-tanya, perpustakan sekarang ni menjadi tempat rujukan ilmu atau tempat longgokan barang-barang antik? Berkenan ambil, tak berkenan tinggalkan atas meja.. sebab ada orang kemaskan.. nanti diorang takde kerja pula, ye tak?? Kalau korang rasa macam tu.. aku rasa tak lama lagi, mungkin beberapa tahun lagi, perpustakaan kita ni akan ditukarkan namanya, dari perpustakaan menjadi ‘muzium buku’.

Masuk muzium buku, pusing-pusing, ambil gambar, buku atas rak tak boleh disentuh kerana menjadi ‘khazanah negara’..  menarik bukan? Aku tak pasti samada terdapat atau tidak muzium buku ni kat negara lain.. kalau tiada bagus jugak, Malaysia mungkin menjadi negara pertama mengadakan muzium buku.. sebab pustaka kat Malaysia ni banyak yang melalui proses ke arah itu.. kita yang menyumbangkannya.. berbanggalah.

Secara peribadi aku merasakan, sekiranya ulamak-ulamak dan cerdik pandai Islam terdahulu, sekiranya Allah takdirkan mereka hidup kembali, aku cukup pasti mereka tak akan keluar dari perpustakan yang mereka masuk. Mereka mungkin mahu menelaah hasil tulisan ulama yang terdahulu dari mereka dan juga ulama selepas mereka.. tapi tak mungkin mati hidup kembali kan? Yang hidup ni la yang akan mati, tunggu masa dan ketika.

Aku hairan juga, perpustakaan kita ni cukup banyak himpunan kitab-kitab ulama lama, tapi kenapa kita tak jadi hebat seperti mereka? Jangan kata tulis kitab, buat surat pun tak reti, format tunggang langgang.. mahasiswa kita.. hehe.

 

Buku kata :

“Buah Langsat Kuning Mencelah,

Senduduk Tidak Berbunga Lagi,

Sudah dapat Gading Bertuah,

Tanduk Tidak Berguna Lagi..”

 

Internet pula menjawab :

“Mudik ke hulu membawa Parang,

Hendak menebang si pohon cendana,

Engkau Pipit Aku Enggang,

Manakan layak terbang bersama..”

 

P/S : Wi-Fi tak kuat sekarang ni, kadang-kadang ‘out’ terus, apa cerita??

3 responses to “ANTARA INTERNET & PERPUSTAKAAN

  1. Salam. Menarik artikel ni. Memang benar kata2mu. Aku sendiri pun dah lama sangat tak jengok perpustakaan, yakni apabila komputer/laptop jd pilihan utk aku cari maklumat. (terkini hanya melalui henpon pula..) Dah tak ingat lg bila kali akhir aku menelaah buku d sana.. Oh! Aku patut ke sana lg tapi..

  2. Salam. Menarik artikel ni. Memang benar kata2mu. Aku sendiri pun dah lama sangat tak jengok perpustakaan. Dah tak ingat lg bila kali akhir aku menelaah buku d sana.. Oh! Aku patut ke sana lg tapi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s