PUTUS CINTA.. BUNUH DIRI.. APA CERITA??


22 Mei 2010

GADIS 17 TAHUN DITAHAN CUBA MEMBUNUH DIRI

KUALA TERENGGANU Seorang suspek ditahan di tingkat empat sebuah rumah kedai di Jalan Banggol disini semalam, setelah cuba untuk membunuh diri.

Sumber polis Kuala Terengganu memberitahu remaja perempuan berusia 17 tahun itu cuba terjun dari bahagian belakang bangunan tersebut pada kira-kira jam 11.30 malam

&(Gambar – suspek yang belum didedahkan identitinya, dibawa turun oleh pihak polis dan bomba dari atas bangunan)

Gadis tersebut cuba terjun dari tingkat empat bahagian belakang bangunan, dengan bantuan pihak polis dan bomba, dia sempa ditarik dan diselamatkan,kata sumber itu.

Katanya, suspek berbuat demikian kerana kecewa dalam percintaan dan kini di tahan untuk disoal siasat.

Kekasih gadis tersebut telah dipanggil untuk memberi keterangan dibalai polis,kata sumber itu lagi.

Membunuh diri dan Cubaan bunuh diri kerana kecewa seolah-olah menjadi satu trend, di negeri Terengganu sejak kebelakangan ini

Pada 18 Mei lalu, dilaporkan, seorang bapa kepada tiga anak yang kecewa akibat ditinggalkan keluarganya dari Kampung Pela, Ajil, cuba membunuh diri dengan menjerut lehernya dengan tali nilon.

Sebelum itu, pada 6 Mei, seorang lelaki berusia 41 tahun di Flet Sri Kolam dekat sini telah bertindak membunuh diri dengan menikam dadanya.

Khairudin Wazir Khan dilaporkan bertidak menamatkan hidupnya apabila ‘kecewa’ tidak dapat menahan tekanan kemiskinan kerana kehilangan pekerjaan

Sumber : http://buletinonline.blogspot.com/2010/05/gadis-17-tahun-ditahan-cuba-membunuh.html

P/S : PELAJAR UNISZA RAMAI YANG “COUPLE” KAT CAFE DAN KERUSI BATU SAMPAI TENGAH MALAM.. BERCINTA BAGAI NAK RAK, BILA PUTUS.. HAAA.. JADI CAM KAT ATAS NI LA.. BILA CINTA TAK BERPANDUKAN WAHYU ALLAH & RASULNYA.. CINTA NAFSU AKHIRNYA LESU.. INGAT BAIK-BAIK..

 

BUNUH DIRI

Thio (2001) mentakrifkan bunuh diri sebagai tindakan yang disengajakan iaitu mencabut nyawa sendiri daripada badan di mana mereka yang membunuh diri berasa kekurangan dan kekecewaan pada dirinya sendiri. Salah satu punca utama yang mengakibatkan remaja / dewasa mengambil tindakan membnuh diri adalah kerana gangguan mental. Menurut Cherry dan Cherry (1973), kita semua mengalami gangguan mental seperti situasi kita mengalami penyakit fizikal yang lain. Keadaan ini berlaku pada masa yang berbeza.

Kutchins dan Krik (1997) menambah, gangguan mental melibatkan masalah dalam kehidupan kita seharian terutamanya kepada golongan remaja. Masalah itu termasuklah perasaan sedih, bimbang, lekas marah ataupun anti sosial sehingga menyebabkan remaja itu mudah terdedah kepada gejala ketagihan dadah, alcohol, minuman berkafein seperti teh dan kopi ataupun yang lebih serius lagi membunuh diri.

Link et. Al. (1993) berpendapat, kesedihan ataupun kekecewaan boleh menyebabkan gangguan mental. Golongan yang mengalami tekanan sosial seperti berikut berisiko tinggi menghadapi masalah gangguan mental.

  • Pengangguran
  • Penceraian
  • Penyakit
  • Kekurangan kasih sayang ibu bapa

Antara tanda-tanda awal bunuh diri di kalangan remaja adalah :

  • Kehilangan ahli keluarga
  • Gangguan emosi
  • Perubahan tingkah laku yang drastik.

Ada beberapa tip yang boleh digunakan bagi menangani kes cubaan membunuh diri. Ia boleh dijadikan langkah menolong dan juga sebagai langkah menyelamatkan mangsa.

1)      Galakkan mereka bercakap dan bantu mereka berjumpa dengan kaunselor.

2)      Tanya remaja itu sekranya dia mempunyai rancangan membunuh diri ataupun hendak mencubanya.

3)      Fikirkan mengenai rancangan itu sama ada lengkap ataupun tidak dan sejauh mana bahayanya. Jangan pandang rendah pada rancangan yang dianggap kurang lengkap ataupun tidak bahaya. Sebenarnya, semua cubaan membunuh diri adalah serius dan mesti dilaporkan.

4)      Galakkan remaja yang ada niat bunuh diri itu bagi membentuk pelan keselamatan peribadi. Ini termasuklah masa yang diperuntukkan dengan ahli keluarga dan orang yang signifikan. Tujuannya adalah bagi melengah-lengahkan tujuan itu.

 

Di samping itu, kerahsiaan tidak dapat disimpan apabila potensi membunuh diri itu tinggi. Apabila remaja itu memberi nota tetapi tidak mahu ibubapa membukanya, itu menandakan bahawa beliau serius hendak membunuh diri. HATI-HATI J

 

SUMBER : BUKU INTRAPERSONAL & INTERPERSONAL untuk remaja..

5 responses to “PUTUS CINTA.. BUNUH DIRI.. APA CERITA??

  1. knp perlunya nk b’jumpa o berdating2?dh r abeh kdit dgn sms’y.x ckup2 lg ke?tp itu lh manusia apabila nafsu menyelubungi diri,snggup buat apa shj asalkn puasssssssss

  2. bgus2…. tp sy nk tambah nasihat… klau bleh bercinta tuu lepas kahwin baru bahagia rumah tangga lepas kawin nnt… btol tak?? klau bercinta awal2… nnt lepas kawin bosan… x dan 2… 3 bulan pastu cerai huhuhuhu… renung2kan…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s