8 AMALAN GANJARAN BERTERUSAN


Daripada:


“Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu”;

Tunaikanlah Solat

Tunaikanlah Solat

1)    Mendirikan masjid

¢ Mendapat ganjaran pahala selagi mana orang beramal di dalamnya sepanjang masa.

¢ Sama dengan binaan lain yang memberi manfaat baik dan dengan niat yang baik.

¢ Contoh;

            – sekolah, surau, rumah kediaman, perpustakaan dll.

 

2) Mengalirkan sungai. 

SUNGAI WARISAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

SUNGAI WARISAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

¢ Ganjaran pahala selagi mana orang meminumnya dan melakukan tugas-tugas menyuci.

¢ Contoh;

            – mandi, berwudhuk, bersuci dll.

 

 

KALAMULLAH

KALAMULLAH

3) Menulis mashaf

¢ Ganjaran pahala selagi ada orang membacanya dan mengamalkannya.

¢ Sama konsepnya amalan baik yang lain.

¢ Contoh :

            – membuat buku, majalah, nota, website @ blog dan lain-lain.

 

4) Menggali perigi IMG_4592

¢ Ganjaran pahala selagi ada orang menggunakannya.

¢ Sama konsep dengannya;

—  Memasang paip air, sistem boring, empangan @ tadahan.

 

Petani

5) Menanam tanaman

¢ Ganjaran pahala selagi mana tanaman @ tumbuhan dimakan manusia @ haiwan.

¢ Sama konsep dengan:

—  Mencipta sesuatu produk baru, peralatan baru dan seumpamanya.

 

 

 

6) Mengajar ilmu berguna guru-mengajar

¢ Pahala berterusan selagi mana di amalkan orang yang mempelajarinya dan mengamalkannya.

¢ Tetap berterusan jika di ajar pula kepada orang lain.

 

DOA AKU UNTUK IBU DAN BAPA KU

DOA AKU UNTUK IBU DAN BAPA KU

7) Doa anak soleh

¢ Doa anak yang Soleh dan selalu beristighfar untuk mereka.

¢ Berdoalah kepada Ibubapa, samaada semasa hidup @ sesudah mati.

 

8) Guru Al-Quran 

AL-QURAN PENYULUH JALAN KE SYURGA

AL-QURAN PENYULUH JALAN KE SYURGA

¢ Amalan anak murid dengan ilmu Quran yang diajarkan, berterusan pahalanya.

¢ Sama konsep;

—  Mengajar ilmu dunia lain. Seperti Matematik, sains, Geografi, Sejarah dan sebagainya.

 

JANGAN CACI MAKANAN!!!!


Mengapa kita sering mengeluh dan merasa jemu dengan apa yang kita makan?

mengapa kita sering mengadu, mencemuh dan mengata makanan kat situ tak sedap, makanan ni tak best,

mengapa??

Nabi Muhammad S.a.w sendiri tidak pernah mencaci makanan. baginda makan jika suka, dan meninggalkannya jika tidak menggemarinya. sama sekali tidak memperlekehkannya.

sama-samalah kita mengambil peringatan dan perhatikanlah, bagaimana nasib jutaan umat manusia lain yang masih lagi mengais di atas pasir untuk mencari sesuatu untuk di makan.

SANGGUPKAH KITA??

SANGGUPKAH KITA??

 

perhatikanlah jutaan manusia lagi yang terpaksa berjalan puluhan kilometer untuk mendapatkan bantuan makanan dan catuan air.

 

kebanyakan dari kita terlalu ‘memilih’ dan cerewet.

itu nak sedap… ini nak sedap..

 

kita sebenarnya ‘terperangkap’ di dalam dunia HAK PENGGUNA.

kita terlalu ego dan berbangga dengan slogan ‘customer alway’s right‘. sehinggakan kita menganggap diri kita sendiri seakan Raja yang perlu dijaga sebaik-baiknya.

 

bukan kita perlu menolak HAK PENGGUNA, ianya satu konsep yang sangat bagus, namun ianya harus hati-hati. bukan semuanya kita perlu pertahankan, lebih-lebih lagi soal makan dan minum kita.

 

kita selalu dapat perhatikan kerenah manusia di sekeliling kita, hatta diri kita sendiri. Apabila kita makan di sesebuah restoren atau kedai makan, menu yang ditempah tidak menepati citarasa kita.

 

Apa yang berlaku??  kebanyakannya terus ‘memboikot’ kedai tersebut dan tidak akan datang lagi pada masa lain. Pada masa menikmati hidangan yang ‘tak best’ itu memang kita akan memperlekehkan masakan tersebut, tanpa kita menyedari bahawa sebahagian keberkatan yang Allah turunkan melalui makanan @ minuman tersebut menjadi pudar. 

BAYANGKAN INI ADALAH KITA..

BAYANGKAN INI ADALAH KITA..

 

Nah..!! sekarang apa yang berlaku kepada diri kita?

 

Kita akan mula melatihkan diri kita dengan sikap sering tidak berpuas hati, mengkritik tanpa hala dan menanamkan sifat mazmumah dalam hati.

 

Apabila kita makan makanan segera yang sememangnya langsung tidak memberi khasiat, tiada sedikit pun terkeluar perkataan atau luahan kekecewaan terhadap rasa resepi tersebut.

 

Makanan segera seperti K****y Fried Chicken, Mc*****d, Co**-Cola, Pep**, dan seangkatan dengannya, memang sentiasa dikerumuni pelanggan. Secara peribadi saya tidak pernah mendengar orang yang menjadi pelanggan makanan ringan tersebut merungut tidak sedap.

 

IBUBAPA MENENTUKAN APA YANG ANAK MEREKA MAKAN

IBUBAPA MENENTUKAN APA YANG ANAK MEREKA MAKAN

Kesemuanya sepakat bersetuju menunya sentiasa sedap dan menyelerakan. Tidak terfikirkah kita apa kesannya terhadap kesihatan badan?

Jika badan menjadi lemah dan berpenyakit, bagaimana kita nak berjuang?? Kononnya..

 

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah makanlah makanan yang halal lagi baik. Makanan yang halal dan baik itu adalah penentu kepada kesempurnaan ibadah kita kepada Allah s.w.t.

 

PILIHLAH YANG HALAL LAGI BAIK, DAN JUGA BERKHASIAT

PILIHLAH YANG HALAL LAGI BAIK, DAN JUGA BERKHASIAT

Makanan yang halal dan baik, jangan dicaci walau tidak menepati citarasa kita. Kerana makanan itu ada keberkatan tersembunyi.  


Bagaimana meraih ilmu dengan mudah??

 

TUNTUTLAH ILMU YANG BERGUNASesuatu ilmu yang baik dan bermanfaat akan hanya masuk melalui hati, dan akan membentuk seluruh jiwa dan jasadnya dengan kebaikan. Tetapi ilmu yang buruk dan merosakkan akan masuk dari segenap penjuru, akhirnya akan merosakkan hati.

Namun, bukan semua hati mampu menerima ilmu yang berguna itu sepenuhnya. Kecuali dengan 7 kunci untuk menerima ilmu.

1)      JAGA PEMAKANAN

Hati yang lembut dan mudah dibentuk, ialah orang yang menjaga pemakanannya setiap hari. Lihat saja bagaimana orang-orang hebat di dunia ini,lihat bagaimana mereka menjaga pemakanannya. Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda;

“kami adalah umat yang hanya makan ketika kami lapar dan berhenti makan sebelum kami kenyang”.

 

2)      PEMILIHAN MAKANAN

Makanlah dari sumber yang halal dan dengan cara yang baik. Penyediaan makanan juga harus dititik beratkan.. ramai yang mengambil mudah perkara ini. Dalam Surah Al-nahl ayat 114, Allah menjelaskan;

“oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.”

 

3)      BANYAKKAN BERPUASA

Cuba amalkan sunnah Rasulullah dengan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Ini kerana organ penghadaman sentiasa bekerja keras apabila kita sentiasa banyak makan. Organ penghadaman menjadi terbeban. Rehatkan organ perut dengan berpuasa.

4)      BANYAK ISTIGHFAR

Kalimah astaghfirullah (betulkan dlm bacaan arab), bukan sekadar kalimah singkat yang terpacul sekadar di bibir. Tetapi ianya kalimah yang mampu membuka hati nurani, membuka pintu rezeki seluas-luasnya dan mendapat rahmat Allah s.w.t. penuhi hari kita seharian dengan beristighfar bagi mendapatkan hati yang terang.

5)      PELIHARALAH MASA

Sunnah Rasulullah, tidur selepas Isyak dan bagun di dua pertiga malam. Masa seharian kita tidak seharusnya berlalu dengan begitu sahaja. Jangan dibuat perkara yang tidak berfaedah, apatah lagi dengan perkara-perkara yang melibatkan maksiat, mengumpat, memfitnah, mencaci dan sebagainya. Apabila seseorang itu mula terlibat dengan perkara-perkara tersebut, maka hatinya akan sedikit demi sedikit menjadi keras dan kotor.

6)      PELIHARALAH HABLUMMINALLAH DAN HABLUMMINANNAAS (HUBUNGAN DENGAN ALLAH DAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA)

Sesiapa sahaja yang mahukan hatinya terang dan bersih, maka hendaklah terlebih dahulu memelihara hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.

7)      PELIHARALAH SOLAT

Solat itu tiang agama..!! solatlah di awal waktu, kerana pada waktu itulah terkandung 1001 rahsia, yang mana sel-sel tubuh kita akan tercas dengan baik dan bertenaga sepanjang masa..

 

 

“seseungguhnya aku hanya menyampaikan dan berkongsi”

“DENGARILAH SUARA KU”


“DENGARILAH SUARA KU”

SUARA.. suara merupakan salah satu elemen yang cukup penting bagi manusia. Suara adalah elemen terbaik digunakan untuk menyampaikan maklumat, meluahkan perasaan dan tidak kurang juga melepaskan kemarahan. Dengan bersuara, sesuatu maklumat itu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.

Perkongsian masalah, menghuraikan kekusutan hati dan pemikiran jalan terbaiknya adalah dengan meluahkan dengan bersuara. Berbual dengan rakan, berbincang dengan ibubapa, pensyarah atau orang yang lebih tua, dengan kaunselor sebaik-baiknya adalah amat disyorkan. Kesemuanya menggunakan suara.

Anda, pastinya biasa merasa marah dan geram pada seseorang atau sesuatu bukan?

Bagaimana reaksi anda?

Anda mungkin menjerit, mengeluh, merengus dan sebagainya. Tidak kurang pula menyumpah dan mencaci bukan? (*jangan di amalkan).

Mengapa ini berlaku? Fikirkan..

Sekiranya anda mengalami kekusutan hati dan pemikiran dan anda diamkan sahaja. Bagaimana agaknya terjadi?

Sekiranya anda marah pada seseorang atau sesuatu dan anda diamkan sahaja, bagaimanakah kesannya?

Biasanya, dan pastinya anda akan merasa lebih kusut. Anda marah, pastinya dada anda akan lebih terasa ‘sesak’ dan sakit. Seperti ada seekor ‘raksasa’ yang mahu merobek keluar dari dada anda.

Urusan seharian semestinya menjadi tidak keruan, bukan?

Itu suara dari peti suara.. tanpanya kita cukup tertekan.

Tapi, bagaimana suara dari hati anda?

Kita terlalu sering terlupa..

Apa itu suara hati?

Dimana letaknya?

Bagaimana bunyinya?

Mengapa aku tidak mendengarnya?

Apa kesannya jika aku tidak mendengarnya?

Itu hanyalah beberapa cebisan persoalan yang terbit pada mereka yang mencari. Pada yang tidak mencari, suara-suara itu akan terus tenggelam dan membisu seribu bahasa. Membisu kerana kita sering menggunakan suara dari peti suara berpandukan logik akal dan emosi.

Apa itu suara hati?

Suara hati tidak memerlukan huruf vokal, tidak memerlukan susunan konsonan atau kompenan lain seperti suara lisan untuk ia berbicara. Ia telah ‘berbisik’ kepada kita sejak mula roh kita ditiupkan sehinggalah roh itu ditarik kembali menghadap ilahi.

Berbisik kepada kita hampir setiap masa. Membisikkan siapa kita di dunia, apa tujuan kita, ke mana harus di tuju, apa yang harus dipilih dan menjadi benteng menghadapi Qada dan Qadar Allah s.w.t.

Kita sering menghadapi situasi;

1)      “gaji ku besar, jawatan ku bagus dan dipandang tinggi masyarakat.. tetapi mengapa aku rasa tak gembira? Mengapa aku tidak cukup masa untuk diri ku dan keluarga ku?”

2)      “aku berpendidikan tinggi.. selepas berhenti kerja dan bekerja sendiri, aku merasa lebih tenteram, aman dan tiada apa yang nak dikejarkan. Dada merasa lapang  walaupun pendapatan tidak semewah dulu”.

Dan banyak contoh lain..

Apa yang berlaku?

Situasi pertama adalah kerana dia telah ‘menutup mulut’ suara hati. Dengan logik pemikiran jawatan besar dan gaji yang besar serta dipandang hebat masyarakat kebahagiaannya terjamin. Pemikirannya dan kehendaknya mengatakan, “tempat kau di sini”. Lalu ia terkurung di dalam sangkar emasnya sendiri.

Situasi kedua adalah kerana dia telah menjumpai suara hatinya.. suara hati yang sering membisikkan sejak dahulu lagi, ‘kau diperlukan di sini’. Ia telah menjumpai keperluannya berbanding kehendaknya.

Suara hati terletak di dalam jiwa (bukan hati). Kita sering mengabaikannya dan tidak mahu mendengar bicaranya. Secara mudahnya, saya samakan suara hati ini seperti isteri kita (jika berkahwin). Bagaimana dia mengajak kita untuk keluar mencari barang keperluan harian. Setiap hari dia mengajak dan kita menolaknya dengan alasan sibuk dan tiada masa, akhirnya dia merajuk.. bila tiba masanya kita memerlukan barang keperluan itu, kita terpaksa mencarinya seorang diri.

Nah.. pastinya berbeza bukan perasaan berbelanja seorang diri dengan berbelanja bersama isteri? Mungkin kita terbeli barang yang tak sepatutnya dibeli dan tertinggal barang yang mustahak. Begitu jualah sebaliknya..

Carilah.. temuilah.. kenalilah.. dengarilah bicaranya. Bersihkan hati dengan zikir kepada Allah, berdoalah semoga suara hati dipandu cahaya Ilahi.  

“SUCIKANLAH HATI DAN JIWA.. INSYAALLAH, KITA AKAN MENDENGAR GETARAN BICARANYA”

PDF: CARI DAN DENGARI SUARA HATI (MUAT TURUN)

ANDA TIDAK GAGAL!!!!


ANDA TIDAK GAGAL!!!!

Ramai di antara kita yang telah mencuba berbagai kaedah, cara dan proses untuk menjadikan sesuatu yang kita hajati sebagai realiti. Walaubagaimanapun apabila kaedah-kaedah dan     cara-cara tersebut tidak memberi imbuhan seperti apa yang kita inginkan, kita mula kecewa dan mula menyalahkan diri bahawa kita tak layak untuk perkara tersebut.

Kita JANGAN sesekali menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan keadaan sekeliling kita apabila kita ‘gagal’ mencapai sesuatu. Kita harus ingat dan beringat selalu, bahawa KITA BUKANNYA GAGAL.. tetapi belum mencapai kejayaan. Kita dilahirkan ke atas dunia ini atas izin Allah yang Maha Esa bukanlah sebagai seorang yang gagal!

Sekiranya anda mengatakan bahawa anda seorang yang gagal, maka lihat kembali bagaimana Allah telah menjadikan kita sebagai manusia. Setiapa manusia itu dijadikan dari setitis air mani yang di dalamnya terkandung JUTAAN sperma yang setiapa satunya berpotensi berkembang menjadi manusia. Di dalam jutaan sperma itu HANYA SATU… hanya satu yang Berjaya sampai ke telur ibu (Ovum).  Maka sperma itu disenyawakan di dalam ovum dan atas izin Allah maka jadilah telur itu sebagai manusia. Dan salah satu manusia itu adalah ANDA!!! Anda yang sedang membaca petikan-petikan ini.

Ketahuilah hakikat bahawa anda adalah JUARA dikalangan juara dalam proses menjadi manusia. Anda yang terpilih dari kalangan berjuta. Mengapa perlu anda mengatakan bahawa anda seorang yang gagal??

Anda masih membaca petikan ini?? Jika Ya, teruskan pembacaan anda. Jika anda masih membaca petikan ini, cuba imbas kembali pada masa anda belum mengenal huruf A..B..C dan D. Alif..Baa..Taa dan tsa.. 1..2 dan 3. Bagaimana anda pada ketika itu? Anda merasa satu kekurangan yang perlu ditambah. Kita mula belajar mengenal huruf, mula mencantum huruf-huruf dan membunyikannya. Kita sudah mula membentuk perkataan, dan akhirnya kita sudah pandai membentuk sebuah karangan.

Sememangnya peringkat permulaan sesuatu yang agak sukar. Tetapi kesukaran itulah yang menjadikan kita terus berkembang. Inilah..!!! daripada seorang yang ‘buta huruf’ anda kini sudah mampu membaca, menulis dan mungkin sebagai pengarang yang hebat. Mengapa perlu mengatakan bahawa anda seorang yang gagal??

Sesungguhnya Allah itu tidak menjadikan setiap sesuatu itu dengan sia-sia.. ini menunjukkan bahawa setiapa apa yang diciptakan, setiap apa yang berlaku ke atas diri kita ini ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kita. Bukanlah apa yang tidak berlaku seperti apa yang kita mahukan menunjukkan kita seorang yang gagal, tetapi Allah mahu menunjukkan kepada kita apa yang kurangnya pada persiapan diri kita. Kekurangan-kekurangan itulah yang perlu kita baiki dan tingkatkan kualitinya.

Adakah anda masih membaca??

Terima kasih, teruskan pembacaan anda!

Kenalkah anda pada pencipta lampu / mentol yang menerangi ruang rumah dan pejabat anda?

Ya… dialah Thomas Eva Edison. Pada permulaan rekaanya, beribu percubaan dilakukan untuk menyalakan mentol, namun tidak berhasil. Dikatakan percubaannya sebanyak 9999 kali gagal!!

Apabila ditanya mengapakah beliau gagal menyalakan 9999 cubaan sebelum itu, beliau dengan pantas menjawab, “saya tidak gagal..Cuma saya belajar mengapa dan kenapa ianya tidak menjadi”.

Nah..!! bagaimana pendapat anda? Seseorang yang belajar dari kesilapan dan kekurangan diri mampu mencipta sesuatu yang dianggap agung pada masa kini. Bukannya seseorang yang hanya menyalahkan diri dan menangisi kekurangan-kekurangan yang ada pada dirinya.

Kita tidak gagal.. Cuma perlu belajar apa, mengapa dan kenapa ianya tidak menjadi seperti yang kita harapkan.

Kembangkan potensi diri anda :)

ANDA TIDAK GAGAL!!!!

Cuma belajarlah membaiki kekurangan.